Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, February 5, 2017

Ikan goreng nan seekor

Tinggal seekor ikan kembung bawah tudung saji, lebihan tengahari tadi. Jangan makan dulu, kata mak. Tunggu ayah balik surau,  makan sama-sama.

Lepas isya, kedengaran bunyi salam. Ayah balik tapi bukan seorangan.  Ada sesusuk tubuh lelaki mengekorinya dan ikut masuk ke dalam rumah.

Ayah membisikkan sesuatu pada mak dan sebentar kemudian setalam hidangan dibawa ke ruang tamu tingkat bawah.  Ayah dan tetamunya makan di situ.

Adik,  kakngah,  dan along mengintai dari celah lantai loteng, tepat ke talam yang terhidang. Si tetamu makan dengan berselera. Ikan kembung nan seekor terdampar di dalam pinggan ayan berteman pucuk ubi rebus dan sambal belacan.

Kakngah menarik muka masam apabila tetamu mula mencubit ikan kembung goreng idamannya. Takpe,  kata abang memujuk. Ada sebelah lagi. Si tetamu dipelawa tambah dan dengan segan-segan menadah pinggan untuk dicedukkan nasi.

Along menelan liur dan tiba-tiba adik bersuara agak kuat: "la... Dia alih sebelah lagi."

Itu kesah sekitar 1970an barangkali. Namun awal 1980an kesah seekor ikan kembung berkongsi 4-5 orang bukanlah pelik sangat. Rata-rata keluarga melayu sempat melaluinya.

Yang makan nasik berkuah air panas campur garam pun ada. Ikan masin sudah cukup baik dan sardin dikira mewah.

Masa itu,  mitos yang ditanamkan ialah makan ikan boleh kecacingan. Kekurangan ikan diterima sebagai hikmah,  bukannya masalah.

Satu lagi yang diulang-ulang ibu saya ialah:  "makan malam ni nak bagi larat tarik selimut aja."

Hari ini?  Tak perlulah saya beritahu anda sebab anda sendiri sedang melaluinya.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)