Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 30, 2016

Jangan pertahan najib

Kata team Mahathir, jika Najib digantikan maka peluang UMNO untuk menang lebih cerah.

Ada penyokong Najib jawab, apa pula tujuan pembangkang mendesak Najib letak jawatan? Nak bagi UMNO menang juga?

"Secara logiknya, ia tidak logik." Kata seorang pengulas yang bukanlah di atas pagar.

Pendapat Demang pula, untuk membantu Najib mengekalkan jawatan bukanlah demgan cara memberitahu rakyat bahawa Najib baik apatah lagi menuduh team Mahathir tidak baik. Apa yang perlu dilakukan penyokong Najib ialah membuktikan bahawa Najib masih relevan.

Bagaimana?

Pertama, kawal harga barang keperluan. Caranya bukan dengan memaksa puak kapitalis nenurunkan harga tetapi dengan menambah pengeluaran produk berkenaan.

Bagaimana? Soalan itu bukanlah Demang yang patut jawab tetapi pengarah-pengarah pelbagai agensi kerajaan lah kena fikirkan.

Kedua, tingkatkan pendapatan rakyat. Jangan lah nampak hanya satu cara sahaja iaitu menaikkan gaji dan elaun kakitangan kerajaan atau memaksa gaji minimum pekerja swasta, atau menambah peruntukan BRIM. Ia hanya akan memberi galakan pada puak kapitalis menaikkan lagi harga berlipat ganda.

Sekali lagi Demang cadangkan, tingkatkan produktiviti rakyat dengan menambah sumber pendapatan. Ia tidak sama dengan menaikkan gaji dalam pekerjaan sedia ada.

Apabila ramai rakyat mengeluh pasal harga rumah yang melambung tinggi, kerajaan boleh berikan sahaja rumah secara percuma. Sebagai pulangan, penerima rumah tersebut perlu bekerja dengan kerajaan dalam bidang pengeluaran.

Tak faham? Kerajaan binalah kilang dan sediakan rumah untuk para pekerja!

Tak logik? Tun Razak dah buktikan 50 tahun lalu dengan penubuhan FELDA. Ladang atau kilang, persamaannya ialah kedua-duanya menghasilkan PRODUK.

Sunday, April 24, 2016

Games tokdet dan pakjib

Selewat-lewatnya Oktober 2016 Pakjib akan letak jawatan. Itupun kalau Sarawak masih sempat diselamatkan. Kalau Sarawak masih dipegang BN, Pakjib ada peluang untuk buat permintaan terakhir. Itu sahaja. Stop must be stop. Its enough.

Orang politik tak buat permintaan terakhir begitu sahaja depan publik. Kalau adapun, itu hanya gimik persembahan. Mereka akan susun strategi agar perkara yang tersimpan di hati dapat direalisasikan. Orang politik amat realistik meski di luar nampak penuh retorik dan persepsi.

Pakjib akan hulur proposal bawah meja. Kalau perlu, ikut celah kangkang. Tajuknya ialah 'sepupu saya akan menggantikan saya'.

Sudah tentu Tokdet sudah lama mengetahui perkara ini. Kalau ketua bahagian di Kedah nikah di siam tanpa pengetahuan bini tua pun Tokdet boleh tahu, takkan helah dua kupang Pakjib Tokdet tak faham?

Demang kurang bersetuju dengan tuduhan sesetengah pihak bahawa Tokdet menentang Pakjib kerana mahukan anakandanya menjadi PM. Alasan lebih tepat ialah Tokdet tidak mahu H2O jadi PM.

Kenapa Tokdet menolak H2O? Sebenarnya bukan hanya Tokdet yang meluat dengan H2O yang bagaikan anak rusa nani itu bahkan majoriti rakyat ada sedikit geli geleman dengannya.

Sebagaimana yang Demang tulis sebelum ini, air dengan air sampah ke tepi juga, maka begitulah percaturan Tokdet dan Pakjib. Bidak-bidak tidak pernah dibenarkan membuat keputusan.

Ketika Tokdet dan sekutunya menghunjam Pakjib dengan rangkaian misil yang dilepas satu demi satu, Pakjib pula tidak berundur begitu sahaja. Bom-bom jangka dan jerangkap samar diletak merata-rata. Panglima-panglima perang yang dirasakan boleh melompat melangkahi sepupunya akan ditebas atau dicacatkan.

Demang percaya anda faham maksud Demang. Sebagai bukti, perhatikan beberapa pemimpin seperti DZH dan Tokpa. Pakjib cerdik. Dia akan arahkan orang-orang yang ingin dipancungnya untuk mengeluarkan kenyataan yang bangang dan bengong. Kesannya, rakyat akan sakit hati, benci dan populariti orang itu pun merudum. Dalam pada itu, Pakjib akan balik dari luar negeri dan berlakon sebagai pembela rakyat dan pura-pura memujuk rakyat.

Sementara itu, sepupunya yang diharapkan akan menaiki singgahsana bendahara direhatkan secukupnya. Proses pengeraman H2O bukan sahaja bagi mengelakkan dia bercakap perkara yang bodoh-bodoh malah juga bagi memastikan bulu-bulu halus anak rusa nani itu nampak kembang dan bersih.

Meski keadaan politik agak rumit namun ada sedikit ruang yang rakyat mampu berharap. YDA kita Demang dengar agak uzur. Moga Allah memberikan baginda kesihatan yang baik. Namun jika sudah sampai ketetapan Ilahi, kita akan dapat bakal pengganti yang lebih hebat.

Demang amat optimis dengan beberapa calon antaranya baginda sultan Perak yang intelektual atau sultan Kelantan yang warak.

Kita jangan lupa bahawa ketua negara kita bukannya PM tetapi Yang Dipertuan Agong yang juga ketua agama Islam. Dalam negara Islam, ketuanya adalah khalifah atau sultan. Jangan pening sangat perkara asas ini.

Semoga Allah terus memberi rahmat kepada Malaysia Darul Islam.

Monday, April 11, 2016

Sekolah manusia

Ini sekolah apa?
Ini sekolahmu 'nak.
Guru akan mengajarmu menulis dan membaca, menghafal dan mengira

Sekolah apa kalau begini?
Aku dimarah apabila masih tidak dapat mengeja ketika kawan2 lain sudah fasih membaca

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang kami bina untuk kau
Supaya dapat belajar cara beribadat yang betul
Supaya kau mampu menghafal ayat-ayat sebanyak mungkin
Supaya kau dapat menulis semula jawapan seperti yang guru ajar, di atas kertas apabila ditanya dalam peperiksaan

Sekolah apa kalau begini?
Apabila loceng berbunyi guru masuk ke kelas menyuap maklumat
Dan memaksakan latihan demi latihan,
kemudian keluar untuk ke kelas lain setelah loceng berbunyi lagi.
Padahal perutku sedang kosong
Pagi-pagi tadi ibuku sudah keluar bekerja tanpa menyediakan sarapan.
Aku mengantuk
Malam tadi bapaku pulang lewat dan mereka bertengkar sehingga aku tidak betah lena.

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang disediakan negara
Kau akan diajar, dibimbing, dilatihtubi sehingga kau mampu menjawab apa sahaja soalan peperiksaan yang diajukan
Nanti kau akan lulus cemerlang, menjawat jawatan bagus
Dan menjadi warga yang patuh.

Sekolah apa kalau begini?
Aku bukan mahu menjadi doktor, lawyer, atau pensyarah
Aku cuma mahu jadi petani
Tidak bolehkah kalian bimbing aku menjadi pengusaha tanah yang berjaya?
Aku bukan mahu menjadi ulama sperti dua tiga kerat rakanku yang cerdas otak mereka.
Aku cuma mahu jadi peladang yang mahir
Mengeluarkan hasil
Dan sedar siapa pemilik sebenar yang menumbuhkan pokok-pokokku.

Aku mahu bermain, bermain yang sungguh2 dengan fizikal dan perasaanku
Bukan bermain supaya sekolahku dapat nama
Bukan bermain supaya jurulatihku mendapat pujian
Bukan bermain untuk ditonton khalayak ramai

Aku mahu belajar mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji walaupun aku bukan siapa-siapa dI dunia ini

Aku suka muzik
Aku mahu tiup seruling dan lagukan melodi indah
Aku mahu ketuk kulit rebana dan kompang dengan irama talu dan tingkah yang meriah
Bukan menatap not-not togel yang tiada kudengar bunyinya
Bukan mendengar herdik guru dengan rotan ditangan yang sedia membelasah punggungku tiap kali aku menggendang meja.
Aku tidak mahu diconteng muka dengan makeup tebal di hari persembahan menghafal senikata kaku yang tidak aku faham.

Aku mahu sekolah yang mampu menjawab persoalan di benakku walaupun aku tidak pernah menggerakkan lidahku untuk bertanya
Aku mahu tahu kenapa ibuku perlu keluar bekerja
Aku mahu tahu kenapa bapaku selalu pulang larut malam
Aku mahu tahu kenapa ibubapaku sering bergaduh
Aku mahu tahu apa harus aku buat apabila mereka berperang lagi.

Aku juga mahu tahu kenapa aku disuruh belajar ayat2 janggal yang tidak pernah kudengar ditutur begitu oleh orang di kampungku sebab aku bukan mahu jadi pengarang buku
Aku juga mahu tahu kenapa aku wajib lulus periksa?
Apa perlukah aku menghantar resume untuk jawatan petani di tanah sendiri?

Ini sekolah apa?
Beginikah sekolah anak manusia?



Monday, April 4, 2016

Bangunlah anakku

Anehnya rumah ini anakku
Semua yang kaulihat itu hanyalah dinding
Dulu memang ada jendela dan pintu di situ
Lama sebelum kau dan aku lahir
Mereka menutupnya dengan lukisan-lukisan
Lantas bangunan, pohon, gunung, bukit hatta laut yang kau nampak itu hanyalah palsu
Ia sudah lama tiada
Lama sebelum kita lahir

Tidurlah anakku
Kehidupanmu ada dalam mimpimu
Kebenaran yang kau pelajari lewat tutur gurumu
Hanya muncul ketika engkau masih lena
Tatkala kaubangun dan kau buka jendela
Kaupasti kecewa
Kerana mereka telah menutupnya dengan batu bata

Anakku
Justeru kau hanya perlu bangun
Ketika kebanyakan manusia sedang nyenyak tidur
Tika itu kau berdiri hanya dengan tuhanmu
mengadu dan bermohonlah
Tiada lagi tabir bagimu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)