Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 24, 2015

PAS gagal, UMNO laksanakan hudud

Akhirnya Demang buka juga fail video yang dikatakan mempersendakan hudud di Kelantan. Ternyata benar telahan Demang bahawa video tersebut hanya alat untuk menaikkan populariti pembikinnya, dan nampaknya usaha tersebut berhasil. Dari segi marketing, ia srategi yang bijak!

Kali pertama Demang dihantar fail tersebut, Demang diminta memberi komen. Mulanya Demang malas nak layan. Namun akhirnya apabila makin ramai yang memperkatakan, Demang pun buka dan terus menyesal. Langsung tiada apa yang nak dikomen. Cuma Demang bersetuju, tindakan yang sesuai diambil ialah kenakan tindakan di luar undang-undang yang boleh membuatnya menyesal seumur hidup.

Demang bukan emosional dan bukan menghasut tetapi apabila seseorang yang sudah beraqal melakukan sesuatu yang tidak beraqal, maka tindakan yang serupa lah balasannya.

Bagaimana rentak begitulah tari.

Mari kita lihat satu mesej lain yang baru Demang terima. Elok lah baca dulu dan lihat . Tapi kalau nak cepat, boleh skip dan teruskan membaca komen dan cadangan Demang di bawah sekali.

-MESEJ MULA-

Kenapa Rang Undang-Undang (RUU) Hudud yang dibawa oleh Pas ditentang ramai?

Bagi membolehkan RUU Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015), Pas hanya perlu melakukan salah satu daripada tiga perkara di bawah:

1.  Meminda Akta 355 dan 356 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 atau

2. Memohon kebenaran di bawah Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

3. Meminda Perlembagaan

Untuk meminda dua akta (1) atau (2), Pas hanya memerlukan sokongan "simple majority" atau 112 orang ahli parlimen sahaja bagi membolehkan ianya diluluskan.

Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Dari 222 orang, jumlahnya ahli parlimen Islam adalah seramai 136 orang.

Dari jumlah ini, jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan menyokong RUU ini adalah seramai 25 orang, iaitu 7 orang daripada PAS (PasMa), 2 orang DAP dan 16 orang PKR termasuk Anwar). Itu belum termasuk yang di luar jangka.

RUU ini dibawa oleh PAS dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana anggotanya majoritinya terdiri daripada umat Islam. Bagaimanapun untuk mendapat sokongan 'simple majority' di Parlimen, PAS perlu membuat persiapan yang lebih rapi.

Kenapa RUU PAS ini ditentang ramai?

1. PAS didapati gagal meyakinkan ahli-ahli PAS sendiri, iaitu yang bersama Pasma untuk menyokong RUU Hudud ini. Dari segi moral, jika PAS gagal meyakinkan ahlinya sendiri untuk menyokong RUU ini, maka itu menunjukkan kredibiliti PAS sendiri boleh dipersoalkan.

2. PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam Pakatan dan mendapatkan sokongan mereka walaupun telah bertahaluf siyasi selama lebih 2 penggal. Jika PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam PR, maka memang sudah dijangka RUU ini tidak disokong oleh ahli parlimen bukan Islam dalam PR.

3. PAS tidak bersungguh-sungguh mengadakan taklimat dan dialog mengenai RUU Hudud ini kepada semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam dan melobi sokongan mereka.

4. PAS tidak bersungguh-sungguh membuat penerangan bagi mendapatkan sokongan 'stake holder' yang lain termasuk para peguam syari'e, peguam sivil, termasuk Majlis Peguam dan NGO-NGO berkaitan.

Memandangkan PAS perlu mendapatkan sokongan 'simple majority' sahaja, maka sebelum membentangkan RUU Hudud ini, wajar bagi PAS untuk membuat persiapan yang lebih rapi dan penerangan kepada golongan-golongan yang disebutkan di atas terlebih dahulu. Setidak-tidak PAS boleh meyakinkan 112 ahli parlimen Islam untuk bersama-sama menyokong RUU ini dan mengurangkan tentangan daripada ahli-ahli Parlimen yang lain.

Sanggupkah PAS lakukan semua ini terlebih dulu?

-MESEJ TAMAT-

Baca pula komen Demang:

Jika PAS dikatakan tidak mampu melaksanakan hudud maka UMNO lah yang wajar mengambil tanggungjawab. Bukankah UMNO parti terbesar ummat Islam di Malaysia? Bukankah UMNO yang menguasai BN dan UMNO juga yang mengepalai kerajaan?

Dengan kedudukan itu, UMNO mempunyai peralatan yang cukup bagi melaksanakan hudud. Tidak perlu lagi memikirkan hudud di Kelantan dan Terengganu bahkan hudud boleh dilaksanakan di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya di negeri-negeri tertentu.

Nak tunggu apa lagi?

1 comment:

Anonymous said...

PAS tak mampu,
UMNO tak layak,
DAP, PKR, MIC, MCA tak mahu.
Siapa kafir, siapa fasik, siapa zalim ?
Cer tanya HH.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)