Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, September 11, 2014

UPSR kertas BI pula bocor

Seperti yang dijangka, akhirnya terbukti bukan hanya kertas Sains UPSR sahaja yang bocor.

Demang cadangkan batalkan sahaja UPSR tahun ini dan murid-murid tahun 6 2014 termasuk anak Demang dinilai melalui ujian sepanjang tahun yang telah mereka ambil.

Keputusan ujian-ujian tersebut boleh digunakan bagi mereka memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh yang mereka minat.

Selain itu, pihak SBP boleh mengadakan temuduga pada calon yang berminat.

Hikmah peristiwa ini ialah kita boleh laksanakan PBS lebih awal ketika seluruh rakyat melihat sendiri keburukan sistem peperiksaan yang diamalkan selama ini.

Demang nak tanya guru-guru... jawablah dengan jujur dalam hati sendiri: adakah ini kali pertama soalan bocor atau sudah berlaku sebelum ini?

4 comments:

Anonymous said...

Inilah padahnya apabila kita masih lagi menggunapakai sistem pendidikan berorientasikan pendidikan. Semua orang mengejar KPI. Lepastu berlumba-lumba nak jadi sekolah cemerlang. Percayalah bahawa kes soalan bocor pasti akan berulang lagi pada masa akan datang. Ini kerana, kita masih lagi mengukur kejayaan murid melalui bilangan A yang diperoleh dan bukannya dinilai melalui akhlak, jatidiri, nilai peribadi dan modal insan.

Anonymous said...

Pembetulan untuk September 11, 2014 at 5:42 PM

Inilah padahnya apabila kita masih lagi menggunapakai sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan....

Anonymous said...

Untuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :

Sistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktivit sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.

Cheguman said...

Inilah yg nak kita laksanakan melalui sistem baru iaitu PBS. Lihat http://waadat.blogspot.com/2014/09/antara-srp-pmr-dan-pt3.html

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)