Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, September 28, 2014

Perjuangan sia-sia a. Samad said

Terkelip-kelip mata Demang menatap surat daripada sebuah syarikat insuran.

Puas Demang cuba fahamkan namun ada ayat yang mengelirukan. Padahal itulah bahagian terpenting.

Tiba-tiba Demang terfikir jika Demang yang rasanya tidak pernah gagal kertas bahasa Inggeris sejak sekolah rendah hingga di universiti, sesekali terpaksa membuat rujukan dalam bahasa Inggeris pun bimbang dengan pemahaman bahasa Inggeris berkaitan undang-undang, bagaimana dengan rakyat kebanyakan lain?

Alangkah 'cerdik'nya mendakwa perjanjian dalam bahasa Melayu boleh mengelirukan maka perlu digunakan bahasa Inggeris! Tok guru yahudi mana yang ajar mereka?

Apa yang pejuang bangsa, pemimpin politik, tokoh bahasa, dan lain-lain buat? Mana PAK SAMAD SAID (he he..) yang bukan main lagi kononnya berjuang menentang pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris?

Apa hasil perjuangan itu? Hasilnya ialah orang Melayu ketinggalan semula!

Sekarang pembelajaran bahasa Inggeris dalam matematik dan sains sudah tiada. Dalam masa yang sama penggunaan bahasa Melayu kekal bahasa kampungan. Dokumen-dokumen penting tetap menggunakan bahasa Inggeris 100%.

Mana perjuangan? Orang yang mengaku pejuang bahasa tahu perjuangan taik kucing?

Ini bukan soal politik. Ini perkara hak rakyat. Hak pengguna yang sepatutnya faham perjanjian dan sebagainya yang dihempuk di atas kepala mereka.

Tak perlu tanya orang kampung dan rakyat marhaen. Pergilah ke sekolah-sekolah dan jumpalah guru-guru Melayu. Berapa ramai yang mahir berbahasa Inggeris dan mampu menahami surat perjanjian bank dalam bahasa Inggeris?

Jangan lupa, tanyakan berapa kerat yang tidak pernah berurusan dengan bank dan terpaksa menandatangani dokumen tebal dalam bahasa Inggeris?

Susah sangat kah nak menggunakan bahasa Melayu dalam perundangan. Bodoh sungguh profesional di Malaysia ini kerana TIDAK MAMPU mempertahankan perundangan menggunakan bahasa Melayu.

Kenapa orang bodoh seperti itu dibayar gaji dengan duit rakyat?

Apa guna bahasa kalau sukar digunakan? Lebih baik berbahasa babi atau anjing!

Sepatutnya bahasa adalah alat untuk berkomunikasi. Komunikasi dianggap gagal apabila penerima gagal menerima maklumat yang diterimanya. Apabila penerima maklumat gagal memahaminya maka komunikasi tersebut dianggap rosak dan penghantar maklumat juga dianggap GAGAL.

Adakah bahasa Melayu kekurangan istilah? Hanya sibodoh yang tidak mahir bahasa Melayu sahaja yang menganggap begitu.

Lantas kejahilannya itu ditutup dengan alasan bodoh. Lebih bodoh lagi apabila mereka menyangka orang lain juga bodoh!

Aneh sungguh apabila sasterawan negara membantah PEMBELAJARAN bahasa Inggeris dalam matematik dan sains namun dalam masa yang sama buta, tuli, dan bisu dalam hal PENGGUNAAN bahasa dalam dokumen penting yang perlu difahami oleh rakyat bangsa Melayu!

Perjuangan apa itu? Perjuangan untuk populariti atau ada perkara lain yang tidak puas hati?

Demang percaya sebagai sasterawan negara Pak Samad takkan membaca blog kerdil ini. Justeru Demang harap jika ada yang mampu, tolonglah sampaikan perkara ini kepada yang berkenaan.

Demang petik nama Samad Said sebab Demang rasa ini juga tugas sasterawan negara. Demang tak petik nama Zetti Aziz sebab orang bank selaku peneraju sistem kapitalis peduli apa dengan bahasa.

Bahkan kalau anjing dan babi boleh bawa duit banyak-banyak ke bank, maka bukan sahaja anjing dan babi itu akan dilayan seperti raja bahkan bankers akan mengistiharkan bahasa utama di bank ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua makhluk Allah tersebut.

Friday, September 26, 2014

BN menang di Pengkalan Kubur

Keputusan PRK Pengkalan Kubor mengikut Utusan Malaysia sms alert : 

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,961 undi 

calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan 7,326 undi dan 

Bebas, Aizat Bukhary Ismail Bukhary pula mendapat 38 undi. 

Undi rosak 230. 

Jumlah yang keluar mengundi adalah 73 peratus. 

Tuesday, September 23, 2014

Azmin Ali MB terbaru Selangor

Akhirnya persoalan rakyat terhadap isu MB Selangor terungkai apabila Azmin Ali menerima surat bagi mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini.

Biarpun belum tahu adakah beliau akan lebih baik daripada Khalid Ibrahim sekurang-kurangnya Selangor terlepas daripada berketuakan seorang wanita.

Sifir Demang mudah sahaja. Seteruk-teruk pemimpin lelaki, ia adalah lebih baik daripada pemimpin terbaik kalangan wanita.

Sementara itu beberapa pemimpin PKR dan DAP masih belum berputus asa untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB.

Demang percaya mereka hanya akan berhenti mencuba apabila MB yang baru mampu menjanjikan keuntungan untuk mereka.

Jika tidak, Selangor akan mendapat MB baru pula sekali lagi.

Monday, September 22, 2014

Wan Azizah hampir pasti MB Selangor

Manusia merancang manakala Allah taala yang menguasai semua perancangan.

Justeru bagaimana sekalipun cuba dialihkan perjalanan takdir, maka yang telah ditentukan pasti akan berlaku.

Siapa yang menyangka Anwar Ibrahim akan dipecat daripada semua jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri padahal tinggal tak berapa lama sahaja lagi akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5?

Namun segalanya telah tersurat.

Esok satu peristiwa lagi akan berlangsung. Namun selagi ia belum berlaku maka ia belum menjadi takdir.

Andai Wan Azizah menjadi MB Selangor dan andai Anwar Ibrahim perlu berehat di penjara Sungai Buluh maka adakah ia kebetulan?

Andai Wan Azizah berkuasa di Selangor bagaimana keadaan Anwar yang ditempatkan dalam penjara di negeri Selangor?

Bagi Demang penjara adalah neraka kecil yang berada di dunia. Mampukah MB Selangor yang baru berupaya menjadikan ia syurga kecil buat suami tercinta?

Atau Wan Azizah tidak akan campur tangan langsung atas alasan beliau tidak harus mengganggu birokrasi dan mengeksploitasi jawatannya untuk kepentingan peribadi?

Jika Wan Azizah tidak boleh 'masuk' ke dalam penjara sesuka hati, maka Anwar Ibrahim juga tiada kuasa 'keluar' daripada penjara dan 'mentadbir ' sebuah negeri.

Sebenarnya Demang sedang meneka-neka, siapa sebenarnya yang akan memerintah Selangor? Adakah Wan Azizah akan bertindak sendirian atau sekadar peranti yang kawalannya di sebalik jeriji besi?

Demang terpaksa membuat spekulasi sebab teringat pesanan ulama bahawa apabila kuasa diberikan pada orang yang bukan ahlinya (yang tidak berhak) maka tunggulah saat kehancuran.

Demang bukan sekadar mempertikai Wan Azizah tetapi yang lebih penting ialah Wan Azizah adalah seorang wanita dan kebanyakan ulama menolak perlantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi.

Demang katakan 'kebanyakan ulama' dan bukannya semua ulama sebab ada juga ulama yang berkepentingan diri.

Kita tunggu esok.

Berbalik pada persoalan awal tadi iaitu berkenaan ketentuan Allah, mungkinkah ini takdir kita dalam proses kehilangan kuasa di tanahair sendiri?

Monday, September 15, 2014

Antara SRP, PMR, dan PT3

Siapa dalang di sebalik kebocoran dan penyebaran kertas UPSR 2014 sebelum masanya?

Terkini Demang mendapat berita beberapa individu di Pulau Pinang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum itu Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan timbalan pengarah bahagian operasi (kalau tak silap) digantung tugas.

Kali ini Demang bukan nak bicara soal kertas bocor lagi meski isu tersebut iaitu kertas Sains dan BI UPSR 2014 bocor masih berdengung di warung-warung, majlis kenduri, dan media sosial.

Biasalah, apabila terbakar, walaupun api sudah padam namun baranya masih ada. Kalau sekam lebih bahaya, ia membakar dalam diam.

Kali ini Demang ingin menyelak lipatan sejarah yang belum begitu jauh ditinggalkan.

Masa Demang bersekolah dulu, kami ambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) manakala sebelum itu ada pula LCE (BI).

Namapun SIJIL Rendah Pelajaran maka ketika itu masih ada jawatan yang meletakkan syarat, calon jawatan tertentu perlu memiliki SIJIL tersebut.

Malah semalam seorang bapa saudara Demang beritahu, ada rakannya yang hanya pemegang sijil SRP/LCE kini telah berada di gred 48 setelah mengalami beberapa kali kenaikan pangkat.

Demikianlah pentingnya sijil SRP.

Selepas itu SRP diganti dengan Penilaian Menengah Rendah atau PMR. Ramai yang menyangka PMR cuma perubahan nama padahal beza SIJIL dengan PENILAIAN amat besar.

Kekeliruan tersebut bukan hanya berlaku pada orang awam yang bukan berlatar belakang pendidikan bahkan pengetua sekolah menengah dan segelintir pegawai pelajaran pun agak kabur atau pura-pura kabur.

Calon SRP yang gagal dalam peperiksaan tersebut tidak dibenarkan menaiki tingkatan empat. Mereka perlu menduduki sekali lagi di sekolah swasta atau merayu ke sekolah kerajaan. Pilihan lain ialah menamatkan pesekolahan dan terus ke bidang pekerjaan.

Hal ini kerana tanpa sijil SRP seseorang tidak boleh mengambil sijil SPM manakala untuk memperolehi sijil STPM perlu ada sijil SPM.

Sebaliknya pelajar yang mengambil ujian PMR tidak perlu bimbang kerana samada lulus atau gagal mereka tetap ke tingkatan empat. PMR hanya berfungsi mengasingkan pelajar yang cenderung di bidang sains, sastera, perdagangan, pertanian, atau vokasional.

Demang agak nakal semasa bersekolah. Semasa di tingkatan tiga sudah tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan sebaya. Apabila jauh daripada ibu bapa dan tiada kawalan guru maka faham-faham sahaja lah. Ke sekolah pun sekali sekala.

Akhirnya Demang cuma lulus sederhana, sekadar layak ke tingkatan empat. Itupun aliran sastera.

Daripada sekolah aliran agama Demang bertukar ke sekolah menengah biasa tidak jauh daripada kampung sendiri.

Di sekolah baru, Demang bertemu semula kawan-kawan semasa di sekolah rendah. Ramai juga yang masuk aliran sains. Kebanyakan mereka tinggal di asrama semasa tingkatan tiga.

Pelajar aliran sastera dianggap manusia kelas kedua. Kami pun sedar diri dan tidak begitu bergaul dengan 'budak-budak sains.'

SPM adalah saringan paling penting untuk anak manusia di Malaysia. Rasa Demang, tidak sampai 2% daripada calon SPM sekolah Demang berjaya ke universiti. Sudah tentulah 'budak sains.'

Demang termasuk dalam kelompok kecil yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam dalam aliran sastera. Demang agak sekitar 10% daripada lepasan SPM memasuki tingkatan enam yang juga dianggap prauniversiti.

Walaupun tingkatan enam ada aliran sains namun Demang dapati ramai juga rakan-rakan daripada aliran sains semasa SPM ditawarkan aliran sastera untuk tingkatan enam.

Demang ceritakan semua ini bukan untuk mendedahkan kesah peribadi sebaliknya ini adalah sampel yang dikongsi oleh manusia yang seangkatan Demang.

Kadang-kadang Demang terfikir bahawa Demang bernasib baik kerana tidak begitu rajin ke sekolah semasa tingkatan tiga. Jika tidak tentulah Demang akan terlibat dengan program peperiksaan seperti latih tubi, soalan ramalan, dan mungkin juga menerima soalan bocor.

Jika demikian maka Demang akan masuk ke aliran sains dan akhirnya gagal dalam SPM sebab kemasukan Demang ke aliran sains bukan benar-benar kerana kecenderungan dan minat Demang sebaliknya kerana hafalan soalan-soalan peperiksaan yang disediakan setiap hari oleh pihak sekolah.

Alhamdulillah, Demang serasi dengan aliran sastera dan sudah lebih 20 tahun menjadi guru! Sekarang sudah DG44.

Sebenarnya semua anak manusia di Malaysia diberi peluang yang sama untuk menerima pendidikan dari umur enam tahun hingga mencapai usia 15 tahun. Dalam tempoh itu mereka akan belajar semua subjek. Dengan kata lain, tiada pengkhususan.

Lebih penting lagi, semua anak manusia di Malaysia diwajibkan untuk dididik berdasarkan empat unsur utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dihafal dan dihadam para guru sebagai JERI iaitu akronim:

Jasmani
Emosi
Rohani
Intelektual.

Pihak penggubal dasar pendidikan negara telah menegaskan bahawa setiap pelajar mestilah diseimbangkan keempat-empat unsur tersebut pada diri mereka.

Itu adalah asas yang tidak boleh diambil ringan.

Seterusnya potensi diri anak manusia perlu dikembangkan berdasarkan kecenderungan dan kebolehan mereka.

Namun adakah ia benar-benar diaplikasi?

Kes kebocoran kertas UPSR baru-baru ini adalah bukti bahawa falsafah pendidikan sudah terpinggir. Demi mengejar keputusan akademik, integriti (sifat amanah) diketepikan.

Demang dengar-dengar, ini bukan kes tunggal malah setiap tahun sampai berita kebocoran ke telinga Demang. Memang Demang tiada bukti namun perlu diingat, Demang sudah lebih 20 tahun menjadi guru!

Itu baru isu bocor. Ada beberapa isu penting lagi yang Demang simpulkan dengan ayat:

"dalam mengejar keputusan UPSR semua unsur yang terkandung dalam FPK telah dipinggirkan sama sekali termasuk unsur intelektual".

Berbalik pada perbincangan awal iaitu perbezaan SRP, PMR, dan PBS maka Demang lihat PBS yang mula diperkenalkan tahun 2014 adalah satu usaha bagi kembali pada FPK yang menekankan keseimbangan rohani, emosi, intelek, dan jasmani tanpa ada yang lebih utama.

Pelajar tingkatan tiga 2014 ini akan menerima empat keping penyata penilaian iaitu:
1) Pentaksiran Pusat
2) Pentaksiran Sekolah
3) Pentaksiran Psikometrik
4) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Ertinya anak- anak kita nanti tidak dinilah semata- mata faktor akademik.

Sekali lagi Demang persoalkan, adakah semua sekolah bersikap positif dan melaksanakannya dengan patuh sebagaimana sebaris ayat yang terdapat di bawah surat rasmi iaitu "saya yang menurut perintah"?

Demang amat dukacita apabila mengetahui pihak-pihak tertentu di kementerian, jabatan, dan sekolah-sekolah berasrama penuh masih mendewa-dewakan peperiksaan sehingga sanggup mengenepikan aspek lain demi menjuarai PT3 yang mereka samakan dengan SRP.

Demang tahu mereka berpegang pada konsep:

"apabila pelajar terbaik UPSR berada di sekolah terbaik maka keputusan PT3 mestilah terbaik".

Jika tidak, pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut akan kena marah dengan JPN.

Sudah tentu konsep tersebut dicetus dan didalangi pihak atasan dalam kementerian pelajaran!

Akhirnya para pengetua merancang program-program yang terlalu berfokus pada peperiksaan sehingga ada sekolah yang tidak membenarkan pelajar beriadah pada waktu petang, membekukan semua program bukan akademik, dan mengharamkan pelajar bercuti bersama keluarga.

Demang ingin bertanya: produk apakah yang sedang mereka keluarkan?

Jika begini, berjayakah sistem baru yang sedang kita laksanakan?

Berikut adalah salinan daripada web rasmi berkenaan PBS:

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.

Thursday, September 11, 2014

UPSR kertas BI pula bocor

Seperti yang dijangka, akhirnya terbukti bukan hanya kertas Sains UPSR sahaja yang bocor.

Demang cadangkan batalkan sahaja UPSR tahun ini dan murid-murid tahun 6 2014 termasuk anak Demang dinilai melalui ujian sepanjang tahun yang telah mereka ambil.

Keputusan ujian-ujian tersebut boleh digunakan bagi mereka memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh yang mereka minat.

Selain itu, pihak SBP boleh mengadakan temuduga pada calon yang berminat.

Hikmah peristiwa ini ialah kita boleh laksanakan PBS lebih awal ketika seluruh rakyat melihat sendiri keburukan sistem peperiksaan yang diamalkan selama ini.

Demang nak tanya guru-guru... jawablah dengan jujur dalam hati sendiri: adakah ini kali pertama soalan bocor atau sudah berlaku sebelum ini?

Wednesday, September 10, 2014

Soalan sains upsr 2014 bocor

Sejak beberapa hari ini Demang ada menerima beberapa mesej melalui media sosial yang didakwa sebagai soalan-soalan UPSR sebenar.

Demang malas nak layan sebab bagi Demang yang dikatakan UJIAN dalam UPSR dan lain-lain peperiksaan berpusat bukanlah soalan-soalannya TETAPI cara mana kita menghadapi peperiksaan tersebut.

Jika kita menipu dalam peperiksaan maka itulah kegagalan sebenar!

Mari kita lihat, siapakah yang diuji dalam UPSR ini:

1) murid yakni calon UPSR.
Mereka sepatutnya diuji berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan keseimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

2) guru yang mengajar
Jika murid hanya dilatihtubi dengan soalan ramalan dan lain-lain yang menjurus peperiksaan semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara lain dalam pendidikan maka gagallah guru itu. Lebih teruk lagi yang membocorkan soalan!

3) pentadbir sekolah (GB)
Jika terlalu mengagungkan keputusan UPSR sehingga mengenepikan program lain dalam falsafah pendidikan terutama kerohanian maka gagallah beliau awal-awal lagi. Rasanya kebanyakan guru besar begini adalah kerana ditekan oleh PPD.

4) PPD iaitu pihak yang menyelia Sekumpulan sekolah di daerahnya.
Jika hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata maka gagallah mereka. Kebanyakan PPD berjiwa murni tetapi bersikap penakut pada JPN.

5) JPN menyelia PPD.
Kalau setakat untuk bermegah apabila negeri mereka mencatat keputusan UPSR terbaik hingga maka gagallah mereka. Namun semua JPN di Malaysia berniat baik cuma mereka terpaksa 'jaga periuk nasi'.

6) KPM menyelaras di peringkat pusat.
KPM kalau setakat melagang teori semata-mata dan sudah berpuluh tahun meninggalkan profesyen guru di sekolah, maka banyaklah keputusan syok sendiri dibuat dan akhirnya pihak KPM lah bapa segala kegagalan. Namun KPM adalah badan terbaik cuma mereka.... hmm (tolong bantu Demang carikan alasan).,

Kesimpulan Demang ialah kes kebocoran kertas sains UPSR 2014 yang berlaku hari ini adalah BUKTI bahawa sistem peperiksaan yang kita amalkan selama ini sudah jauh terpesong daripada tujuannya.

Hal ini kerana keghairahan pihak-pihak tertentu yang terlalu mengejar keuntungan peribadi. Contohnya, guru subjek, guru besar, pegawai JPN, KPM, dan lain-lain yang meletakkan UPSR sebagai tangga untuk mencapai impian peribadi, bukannya kerana ikhlas mendidik anak manusia.

Mendidik anak bangsa yang jika tidak mampu berjasa besar pun sekurang-kurangnya tidak menyusahkan manusia lain.

Hello... siapa yang pandai-pandai ubah kementerian PENDIDIKAN menjadi kementerian PELAJARAN? tolong kembalikan semula istilah yang lebih murni itu.

Thursday, September 4, 2014

Sandiwara MH370 terbongkar

Beberapa hari lalu Demang terima sebuah buku bertajuk Selamat Malam MH370 - apabila kebenaran adalah racun;  dan malam tadi Demang selesai membaca buku bersaiz poket itu.

Oleh kerana Demang bukan dapat percuma, maka tidak perlulah Demang memuji-muji secara berlebihan kandungan buku tersebut cuma Demang ingin katakan bahawa RM25 yang Demang keluarkan itu memang berbaloi.

Buktinya, Demang boleh tangguhkan waktu makan dan waktu tidur ketika membaca buku yang ditulis penulis halimunan memakai nama Oxford Man.

Agak berbeza daripada sangkaan asal Demang, buku tersebut bukan sekadar menyiarkan semula peristiwa kehilangan MH370 bahkan pembaca seolah diajak ke belakang pentas untuk melihat manusia-manusia yang terlibat dalam penggambaran filem MH370.

Bahkan selepas itu Oxford-Man turut membongkar bilik penulis skrip dan pengarah MH370 dan hasilnya kita menemui beberapa skrip baru yang telah ditulis tetapi belum disiapkan untuk tayangan umum.

Lebih memeranjatkan kerana dalam skrip tersebut, kita dapati kita akan terlibat secara langsung malah memegang watak penting. Cuma belum pasti adakah watak kita itu akan menjadi hero atau pengganas!

Bagi Demang buku tersebut amat perlu disebarkan agar diketahui oleh orang ramai kerana hanya itu sahaja caranya bagi menggagalkan pembikinan filem baru yang telah mereka rancang.

Jika tidak memikirkan betapa penulis dan penerbit buku juga perlukan wang untuk membayar pelbagai kos serta menyara keluarganya, mau sahaja Demang salin seluruh isi kandungan buku itu ke blog ini agar anda dapat membacanya secara percuma.

Apapun, sesiapa yang berminat mendapatkan buku tersebut boleh email pada Demang kerana Oxford Man belum bersedia untuk bertemu pihak CIA buat masa ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)