Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, February 27, 2014

Jembalang air di selangor

Akhirnya hari ini, sebagaimana yang diagendakan, urusan air Selangor dikembalikan pada kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan.
Maka selesailah pusingan pertama kemelut Syabas-kerajaan Selangor dengan DAP sebagai pemenangnya.
Pusingan kedua nanti bertema bebas. Ertinya tiada tema khusus.
Demang jangkakan, pengurusan air akan semakin kucar kacir di bawah kerajaan negeri yang semua orang tahu ketidakcekapannya mentadbir negeri.
Kecurian air akan semakin galak. Bukan oleh rakyat marhaen tetapi kilang/bengkel berskala kecil, sederhana dan besar.
Dalam pada itu sabotaj akan diteruskan. Misi mensabotaj tak susah dijayakan sebab ia menguntungkan pihak yang mensabotaj. Tidak perlu keluar belanja tambahan sebaliknya hanya perlu merasuah penguatkuasa supaya tutup mata dan ini akan dilakukan oleh towkey-towkey secara sukarela dengan budget mengikut kemampuan masing-masing.
Rasuah memang budaya kaum tak berBIN dan dalam jabatan kerajaan sedia menganga mulut-mulut longkang yang tanpa segan silu menyalurkan rezeki haram pada anak-anak mereka.
Sebagaimana 'games' kali ini, akhirnya rakyat yang marah akan dieksploitasi bagi menekan kerajaan. Urusan air mesti dipulihkan.
Oleh kerana kerajaan negeri (PR) dan kerajaan persekutuan (BN) terbukti gagal maka penswastaan adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Ada dua alternatif dalam memilih syarikat yang akan menerajui urusan air iaitu menyerahkan kembali pada Syabas dan 3 konsesi yang pernah terlibat sebelum ini atau melalui tender terbuka.
Demang rasa sudah tentulah akan dibuat melalui tender terbuka sebab sekarang kononnya zaman ketelusan. Lagipun, keempat-empat syarikat konsesi itu sudah terbukti GAGAL.
Demang (dan juga DAP) jangkakan orang Melayu takkan sanggup berpakat untuk menubuhkan konsortium atau sebagainya bagi memenangi tender.
Malah usahawan Melayu takkan bersedia memberi laluan pada orang Islam lain yang berkemampuan seperti Syed Mohtar.
Maka kesudahan episod ini sudah boleh dijangka. Urusan air di Selangor akan diterajui sebuah syarikat yang pemiliknya takberbin.
Demang yakin, pusingan berikutnya akan berakhir demikian!
Ingat, air adalah sumber kehidupan yang semua makhluk bernyawa perlukan, dan kita perlu membayarnya kepada mereka.

Tuesday, February 25, 2014

Campurtangan DAP dalam isu air

Isu air di Selangor bukanlah masalah yang tidak dijangka.

Demang telah beberapa kali menulis tentang isu air di Selangor. Ternyata analisis yang Demang buat bahawa orang politik menjadikan air sebagai isu dan memangsakan rakyat adalah betul.

Jika ditanya pada penyokong PKR paling bawah sekalipun tau bahawa kegagalan Khalid menjadi MB Selangor bukan kerana beliau tidak cerdik tetapi kerana DAP lebih cerdik.

Formula mudahnya ialah:
Air = sumber kehidupan
Maka mau tak mau orang kena beli.

Alangkah untungnya jika dapat menguasai syarikat air. Masalahnya, sudah ada syarikat yang menguasainya dan dimiliki seorang bumiputra melayu.

Hanya jika syarikat sedia ada itu gagal barulah boleh dibatalkan kontrak dan diserahkan pada pihak lain.

Maka di situlah 'kerja' DAP bermula. Apa yang perlu DAP buat? Sabotaj apa sahaja usaha SYABAS termasuk:

Beri air percuma
- Kesannya, kerajaan negeri terhutang dengan SYABAS dan hutang yang semakin bertambah akan melemahkan pengurusan syarikat air itu.

Curi air banyak-banyak
- Setakat mana lah rakyat marhaen nak curi air? Namun jika kilang dan lain-lain yang curi, kesannya amat besar pada syarikat penyedia perkhidmatan sebab kos merawat air bukanlah sedikit.

Halang usaha-usaha SYABAS dalam mencari alternatif baru. -- Ia boleh dilakukan melalui kerajaan negeri yang dikuasa DAP.
 
Lihat bukti bagaimana DAP berperanan mensabotaj rakyat Selangor.

Kenyataan berikut jelas membuktikan pihak kerajaan negeri gagal bertindak balas atas amaran yang telah keluarkan pihak SYABAS sejak dulu.

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.  (SYABAS) merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang dibuat pada 16 Julai 2012 berhubung dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih operasi SYABAS dengan menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam Perjanjian Konsesi sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media hari ini.

Dakwaan Menteri Besar Selangor di dalam kenyataan tersebut bahawa SYABAS telah tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Krisis bekalan air yang sedang melanda di sebahagian kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk diagihkan oleh SYABAS akibat dari keengganan Kerajaan Negeri Selangor melulus dan melaksanakan projek-projek untuk menambah bekalan air terawat di negeri ini. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pembangunan kepada projek pembinaan Loji Langat 2  dan kegagalan Kerajaan Negeri mengazetkan perlarasan tarif  yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi juga merupakan faktor yang telah menyumbang kepada krisis ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS dan ini telah membantutkan usaha-usaha SYABAS untuk mengurangkan kadar NRW serta, menaiktaraf, penambahbaikkan dan penyelenggaraan sistem sedia ada ketahap yang lebih baik lagi.

SYABAS sebelum ini telah beberapa kali memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengenai akan berlakunya krisis bekalan air jika program program penambahan bekalan air tidak dilaksanakan melalui 48 pucuk surat yang telah dihantar semenjak 25 Mei 2005 lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan kepada Menteri Besar sendiri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan SYABAS mengenai perkara ini melalui 9 mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah semenjak hujung tahun 2010 yang mana Kerajaan Negeri mempunyai 30% pegangan saham di dalam SYABAS. Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, Kerajaan Negeri turut dimaklumkan menerusi wakilnya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kedudukan bekalan air yang kritikal tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Menteri Besar Selangor juga telah membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan apabila mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah.  Sebenarnya isu kekurangan bekalan air adalah merujuk kepada kekurangan air terawat untuk memenuhi permintaan pengguna.

Tanggungjawab untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai loji rawatan air yang mencukupi adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri semenjak tahun 2005 telah dimaklumkan bahawa kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuknya.

Menteri Besar Selangor boleh melihat dan merujuk kepada semua laporan-laporan dan surat-surat yang telah dihantar kepada beliau sebelum ini. Untuk  memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, SYABAS menjemput Menteri Besar untuk melihat sendiri keadaan operasi loji-loji yang diurus oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan.

Dalam hal ini, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus tadbir oleh Konsortium Abass Sdn. Bhd., syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor juga telah beroperasi 20% melebihi kapasiti rekabentuknya. 

Adalah ganjil dan amat mengelirukan jika Menteri Besar  sendiri tidak tahu menahu atau buat tidak tahu status pengeluaran loji yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Sebagai pemegang saham di dalam SYABAS, Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat, tetapi ini tidak dilakukan oleh beliau.

Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pembekalan air mentah yang mencukupi dan tidak tercemar seperti diperuntukkan di bawah Senarai Kedua, Senarai Negeri, Perkara 6 (C) Perlembagaan Persekutuan.

Selain dari itu adalah juga menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa bekalan air terawat mencukupi.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua masalah yang timbul akibat tindakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar yang telah menyebabkan pembinaan Loji Langat 2 tidak dapat dilaksanakan dan Menteri Besar juga yang mengarahkan agar CAPEX tidak dijalankan dan akibatnya SYABAS tidak dapat melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil atau NRW (Non Revenue Water) dan menjejaskan usaha SYABAS untuk membaikpulih dan menaiktaraf aset bekalan air bagi meningkatkan kecekapan dalam memberi perkhidmatannya kepada pengguna. 

Pada masa yang sama kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengazetkan perlarasan tarif telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

Oleh itu, tuduhan dan dakwaan Menteri Besar menerusi kenyataannya itu adalah tidak benar dan mengelirukan.  Kita sepatutnya bertanya kepada Menteri Besar apa tindakannya untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya masih lagi membuat kajian-kajian yang mengambil masa yang panjang sedangkan realitinya para pengguna dan rakyat Selangor amnya telahpun berdepan  dengan masalah kekurangan bekalan air.

Pihak SYABAS sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan serta SPAN untuk membincangkan langkah-langkah mencari jalan menyelesaikan masalah bekalan air ini dengan kadar segera.
 
IR. V. SUBRAMANIAM
Pengarah Eksekutif
Perkhidmatan Teknikal

Saturday, February 22, 2014

Rakyat menangis

Cuba perhatikan, apakah yang dilakukan bayi jika ia lapar? Adakah ia akan mintak susu baik-baik atau menjerit dan menangis?

Bagaimana jika ibu bapanya sedang melayan tetamu ketika itu? Siapakah nak didahulukan? Bayi atau tetamu?

Secara normalnya walaupun tetamu perlu dilayan namun kita akan tangguhkan bagi memenuhi permintaan sibayi. Takkanlah kita nak beritahu bayi bahawa kita sedang berbincang hal penting atau mengajar sibayi bahawa melayan tetamu hukumnya wajib.

Dalam kes di atas, kita akan mendahulukan bayi dan berharap tetamu faham situasi kita bukannya terus melayan tetamu dan meminta sibayi memahami kewajipan melayan tetamu.

Begitulah halnya hubungan kerajaan dengan rakyat. Kerajaan adalah ibu bapa manakala rakyat sebagai anak, kalaupun bukan bayi.

Itulah sebabnya apabila rakyat tidak berpuas hati, perbincangan bukanlah pilihan pertama sebaliknya mereka lebih suka berdemontrasi.

Sebabnya, rakyat sama seperti anak-anak yang menangis dan menjerit apabila mahukan sesuatu.

Setuju? Tak setuju pun tak apa. Anggap sahaja Demang bermonolog.

Monday, February 17, 2014

Kenapa orang gila selalu sihat?

Baru-baru ini Demang terima satu mesej whatsapp.

Demang boleh faham jika ia hanya gurauan. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira setiap kali kita menerima sesuatu pernyataan. 

Paling penting, kita perlu bersikap kritis.

Baca dulu kenyataan yang dihantar dan ulasan Demang menyusul di bawah sekali.

"Kenapa Orang Gila Selalu Sihat?
Pernahkah anda berfikir, mengapa orang gila selalu sihat? Apa rahsianya? Beberapa kali kita berusaha memikirkan mengapa orang gila tidak pernah sakit? Tidak pernah kita melihat sekali pun ada orang gila berurut di pinggir jalan, meminum ubat, memakai koyok, atau bahkan sakit gigi sekalipun. Jawabannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!"

"Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada soto ayam, masih mencari pizza, hotdog, dan sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan macam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Bahkan nasi basi pun mereka makan."

"Kedua, orang gila itu selalu qona'ah. Mereka itu redha. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal masih minta motor. Sudah punya motor, masih minta kereta. Rumah sudah mewah, masih lagi rasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovasi ini renovasi itu. Akhirnya hutang sana sini untuk membiayai hal2 tersebut. Jadi bila hutang sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.
Orang gila itu entah punya pakaian ataupun tidak, mereka relax saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlu tikar, apalagi tilam empuk atau springbed. Sedangkan ada diantara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Sebab sudah terbiasa tidur di springbed. Tidur tanpa AC juga tidak boleh."

"Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu bahagia. Buktinya mereka kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everything is running well! Semuanya berlalu dengan baik-baik saja."

"Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Makanya dia senantiasa tersenyum."

"Jd, kalau anda semua ingin selalu sihat jadilah "orang gila". Maksudnya, hiduplah dengan qona'ah, redha, tidak perlu ada keinginan macam-macam dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan anda sihat selalu walaupun selalu dan terus tersenyum."

Komen Demang:

Statemen 1:
Kenapa Orang Gila Selalu Sihat?
(Kritis: Selalu sihat, bukannya sentiasa sihat)

Statemen 2:
Tidak pernah kita melihat sekali pun ada orang gila berurut di pinggir jalan, meminum ubat, memakai koyok, atau bahkan sakit gigi sekalipun.
(Kritis: Tak berubat tak bermakna tak sakit)

Statemen 3:
Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka...
(Kritis: tadi kata selalu sihat. Skrg dah kata 'tidak pernah sakit').

Statemen 4:
tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. (Betul ke org gila tak fikir macam-macam?)

Zaman ini zaman fitnah. Justeru kita perlu bijaksana setiap kali menerima sebarang info agar kita tidak terlibat sama dalam menyebarkan fitnah atau berita palsu.

Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.

Sunday, February 16, 2014

Hukum pelaburan ASB

Antara Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti negeri, dan badan penasihat syariah sekuriti, mana yang paling tinggi?

Baru-baru ini Demang terima sepotong video ceramah agama berkenaan hukum pelaburan ASB. Tak dapat Demang pastikan tahun rakaman itu dibuat.

Tarikh rakaman amat penting kerana ia mungkin tidak valid lagi setelah beberapa tindakan semasa.

Kalau ikutkan, tak boleh kita komen perkara yang sekerat-sekerat. Namun oleh kerana yang sekerat-sekerat itulah yang disebarluas dalam media sosial sehingga mengelirukan ummah maka Demang fikir jika tidak dijawab nanti makin terkerat-kerat ukhwah orang Islam di Malaysia.

Yang nak ditegur pula seorang ustaz merangkap penceramah yang mungkin ada ramai peminat.

Menurut ustaz tersebut, pelaburan ASB adalah haram!

Beliau menyebut bahawa mufti selangor dan mufti Pulau Pinang memfatwakan haram manakala mufti Perak mengatakan harus.

Ustaz tersebut tak pula memberitahu audiens tentang pendirian negeri-negeri lain.

Menurut ustaz tersebut, majlis fatwa kebangsaan yang memfatwakan harus pelaburan ASB mendakwa majlis fatwa kebangsaan paling rendah statusnya berbanding badan penasihat syariah dan mufti negeri.

Maka Demang buka web rasmi majlis fatwa kebangsaan. Demang lihat ahli majlis fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti-mufti setiap negeri di Malaysia dan mereka bertindak atas kehendak majlis raja-raja.

Yang mana lebih tinggi; raja atau majlis raja-raja? Jika dalam majlis fatwa kebangsaan ahli-ahlinya ialah mufti dari setiap negeri, siapa pula yang bermesyuarat bersama mufti si peringkat negeri? Lebih tinggikah authority mereka.

Demang tekankan soal authority kerana itulah hujah ustaz tersebut.

Maka bertambah hairanlah Demang bagaimana mufti sesebuah negeri yang menjadi ahli majlis fatwa kebangsaan membuat keputusan yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah majlis yang beliau sendiri menjadi ahlinya!

Kenapa mufti berkenaan tidak berhujah dalam mesyuarat mereka? Ataukah mereka telah bermesyuarah dan majoriti bersetuju hukum ASB adalah harus manakala bakinya tidak bersetuju?

Jadi, apakah kesudahannya? Kenapa tidak berlapang dada dengan keputusan ramai setelah perbincangan ilmiah?

Inilah masalahnya apabila ada ulama yang hanya mementingkan pendapat sendiri dan mengenepikan kesatuan ummat Islam. Mereka lebih rela ummat Islam berpecah belah daripada mengambil keputusan berhikmah dan bijaksana.

Agak-agak ulama berkenaan pernah tak buat loan bank atau finance kereta atau beli rumah tanpa faedah bank? Adakah sistem bank di Malaysia benar-benar bebas riba samada secara langsung ataupun secara subhah?

Mungkin ustaz tu beli cash je semua harta tetapnya. Maklumlah, bayaran upah ceramah sekarang ni agak lumayan juga.

Demang rasa eloklah anda buka sendiri web rasmi majlis fatwa kebangsaan dan baca hujah yang dikemukan. Jangan lupa membaca sejarah di sebalik penubuhan PNB dan Serangan Selepas Subuh http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

Hujah majlis fatwa kebangsaan pula boleh dibaca di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Semoga kita lebih berhati-hati dan tidak menerima bulat-bulat apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang termasuk yang berstatus penceramah atau ustaz.

Monday, February 10, 2014

Salah guna istilah wujud

Agak lama juga Demang tidak menulis di blog ini. Sibuk sikit dengan urusan perniagaan. Semakin meningkat usia, masa yang Allah beri dirasa semakin singkat.

Kali ini Demang nak panjangkan pesanan guru Demang di USM dulu, iaitu Dr Ishak Ramly.

Kata beliau, istilah WUJUD sepatutnya khusus untuk Allah Taala sahaja kerana ia mempunyai definisi uniq.

Maksud beliau, tidak wajar diguna wewenang dalam konteks lain. Contohnya: "bank tersebut telah diwujudkan bagi membantu..." Sepatutnya: "bank tersebut telah ditubuhkan bagi membantu..."

Satu lagi contoh: "telah wujud beberapa kumpulan pendesak...." yang sepatutnya di tulis: "telah muncul beberapa kumpulan pendesak...."

Perkataan wujud bukan daripada bahasa Melayu. Ia tiba ke tanah melayu bersama kemasukan Islam. Bahkan ia muncul khusus bagi memberi kefahaman tentang sifat Allah Taala.

Demang fikir pencabulan terhadap penggunaan perkataan itu bermula daripada penulis yang gemar memanipulasi istilah bagi menyedapkan bahasa. Mereka lupa bahawa selain niat, perkataan yang dikeluarkan juga boleh merosakkan aqidah.

Wujud tidak sekadar bermaksud 'ada' kerana perkataan 'ada' bagi sifat benda ialah daripada tiada kepada ada dan daripada ada menjadi tiada.

Contohnya, manusia. Asalnya Adam itu tidak ada. Kemudian Allah Taala ciptakan Adam. Maka Adam pun 'ada'. Namun kemudian Adam dilenyapkan daripada muka bumi ini. Adam sudah tiada.

Hal tersebut bertentangan dengan Allah Taala yang tidak bermula dan tidak ada pengakhiran. Istilah yang digunakan untuk sifat yang begitu ialah WUJUD.

Maka jika ada yang mengatakan "persatuan itu telah wujud sejak 1985" maka ia tidak menepati maksud perkataan 'wujud'. Malah jika diterbalikkan kenyataan itu ia boleh memberi kefahaman bahawa Allah juga bersifat seperti persatuan yang boleh 'ada' dan boleh 'tiada'.

Demang amat bersetuju dengan guru Demang itu dan berharap semua pihak tidak lagi menyalahguna sifat wajib Allah taala tersebut secara semborono.

Bahasa Melayu amat kaya dan ada banyak perkataan yang boleh kita pilih dan guna mengikut kesesuaian.

Wallahu'alam.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)