Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, May 17, 2013

Fakta 154 vs 67 kerusi di parlimen


Kata orang; yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis puisi.

Kata Demang; yang menang melakar sejarah, yang kalah boleh berpuisi tetapi janganlah berilusi.

Kempen PRU13 usailah sudah. Bahkan kabinet baru pun telah terbentuk. Proses memperkasa negara diteruskan lagi.

Rumah siap pahat berbunyi. Apa nak dihairankan. Dalam masyarakat melayu, pahat bukan untuk meruntuhkan rumah. Pahat adalah alat untuk mencantikkan rumah. Ia lebih lazim digunakan bagi membuat ukiran berbanding untuk membina. Demang rasa takkan runtuh rumah dek pahat dan tukul.

Negara kita yang tak seluas mana ini dibahagi pada 222 kawasan yang setiap satu diwakili seorang Ahli Parlimen.

Daripada jumlah tersebut, 154 kawasan mempunyai majoriti penduduk Islam manakala 67 bukan Islam. Menarik juga dicatat bahawa terdapat sebuah kawasan yang penduduknya terbahagi dua iaitu 50% Islam dan 50% bukan Islam.

Jika demikian, rakyat Malaysia sepatutnya tidak perlu risau apa-apa kerana kawasan sudah ditentukan sejak awal.

Di kawasan Islam, sepatutnya calon-calon yang diletakkan mestilah beragama Islam manakala di kawasan parlimen yang majoriti penduduk bukan beragama Islam, maka sudah pasti lah calon YB dari kalangan bukan Islam.

Justeru, apa nak digaduhkan sangat?

Jika semua pengundi cina menyokong DAP, maka yang kalah hanyalah MCA atau Gerakan. Orang Melayu tak rugi apa-apa.

Begitu juga jika semua orang Melayu memberi undi pada PAS, maka yang kalah adalah UMNO. Kalah atau menang, tetap orang Islam.

Namun untuk mengatakan tiada perbezaan langsung samada UMNO atau PAS tentulah tidak wajar. Yang paling penting diambil kira ialah dengan parti mana mereka berkawan (kalaupun bukan bersekedudukan).

Demang fikir cukuplah dulu untuk kali ini. Barangkali ada yang mahu membaiki tulisan ini. Apa salahnya kita bertukar pendapat secara santai. Pilihanraya pun lambat lagi.

Oh ya. Demang guna istilah bertukar pendapat dan bukannya berdebat. Bertukar pendapat bermaksud mungkin di akhir perbincangan, pendapat anda pula yang Demang pakai atau sebaliknya.

Menariknya, samada Demang ambik pendapat anda atau anda ambik pendapat Demang, ia adalah percuma :)

Artikal ini juga boleh dibaca di page facebook.com/titahdiraja

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)