Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 5, 2012

Kemalangan bas di Genting pagi tadi


KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang mereka naiki bersama 20 lagi penumpang senegara terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara dilaporkan hilang dikawal sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.

Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang dan dua pemandu bas yang juga warga tempatan tersepit selepas bas berkenaan yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres terbalik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

"Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu. 

"Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius. 

Katanya lagi mangsa yang kebanyakan mengalami cedera parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian. 

"Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh," katanya. 

Sementara itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NahasdiGenting_Penyelamatterpaksapecahbumbungbaskeluarkanmangsatersepit/Article

posted from Bloggeroid

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)