Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 16, 2011

Kek perisa babi




Demang cadangkan lepas ini kita jangan lagi makan kek atau beli kek untuk majlis harijadi, perkahwinan dan sebagainya.

Sebagai ganti, kita guna kuih bingka atau bengkang. Bentuknya tak jauh beza dengan kek. Macam-macam perisa boleh kita adun. Ada bingka ubi kayu, keledek, nenas, karot, tepung, barli, dan sebagainya.

Tak perlu tempah, kita buat sendiri. Sebab, kalau tempah di kedai mereka akan gunakan bahan yang entah dari mana.

Kalau tak reti buat, boleh belajar atau mintak tolong jiran atau sedara. Tapi jangan lupa bagi duit beli bahan dan lebihkan sikit untuk upah. Hidup ni jangan nak berkira sangat.

Selamat hari guru.

Berita asal:
PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

Sumber:
http://m.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fbharian%2Farticles%2FDuabahanbuatkek_rotiadaDNAbabi_JAKIM%2FArticle%2Findex_html&h=2e9b8&refid=0&_ft_a=214066990599&_ft_tf=184654541584588&_ft_tpi=214066990599&_ft_ti=17&_ft_time_ft=1305506140&_ft_mf_objid=184654541584588&cb=5

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)