Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 6, 2011

Kematian murid di sekolah PAS

KANGAR 5 April – Pas negeri hari ini memohon maaf berhubung kematian seorang murid sebuah sekolah agama kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini kelmarin yang dipercayai akibat dipukul gurunya, baru-baru ini.

Sambil merakamkan rasa dukacita di atas kejadian di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan parti berkenaan, Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin dalam satu kenyataan hari ini turut memohon maaf kepada seluruh warga pendidik.

Menurutnya, ini disebabkan peristiwa tersebut turut mencalarkan imej dan persepsi umum terhadap golongan itu.

Kata beliau, Pas negeri mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian itu.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan kematian seorang murid, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, kelmarin dipercayai akibat dipukul gurunya di asrama sekolah berkenaan.

Hashim berkata, kejadian berkenaan memeranjatkan pihaknya setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan parti itu.

Sehubungan itu, kata beliau, Pas negeri berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan kes tersebut dijalankan secara rapi bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Menurut beliau, Pas negeri telah menjalankan tanggungjawab dan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak keluarga murid, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes itu.

Di samping itu, kata beliau, Pas juga mengambil langkah-langkah wajar bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti berkenaan beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.




Bagi Demang, PAS boleh meminta maaf dan mengemukakan pelbagai alasan. 


Cuma Demang nak tanya, bagaimana jika ia berlaku di sekolah kerajaan?Sumber: 
Utusan Malaysia 
Inspirasi Remaja

6 comments:

chegumin said...

Keadilan untuk beng hock..

"Bukan bunuh diri dan tidak di bunuh"
Chegu tolong jawab,macammana dia mati?..

Untuk arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee,

Al fatihah,semoga roh adik di cucuri rahmat. Pas perlis dah mohon kemaafan..yang buat perbuatan keji itu gurunya,bukan PAS,kalaulah ianya berlaku di sekolah kerajaan sekalipun,orang tak salahkan kerajaan,salahkan guru kerajaan terbabit..harap maklum.


Setiap yang bersalah,pasti akan di hukum..tidak mengira umno atau pas,muslim ;atau bukan muslim. Lagi satu saudara..kejadian itu pertama kali berlaku sejak 25 tahun pas mengelolakan sekolah tersebut. Cuba saudara bandingkan dengan sekolah kerajaan. Saya tak salahkan kerajaan tapi cuba kaji apa yang kerajaan terapkan dalam prinsip pembelajaran di sekolah.Itu saja.

chegumin said...

Saudara..

Ok ke pakai galaxy tab? Nak tanya sikit..bolehkah applikasi windows di gunakan dalam galaxy tab? Contohnya microsoft word,boleh guna ke? Sekadar tanya..

hangkedee said...

apa apa pun ini adalah produk Hampas.Belajar lah skit saikologi jangan terus terajang loji.Sikit sikit takbir dan berdemo.pakai lah akal yang di beri main terjah aje padam Hamba Allah tu .Fikir sebelum buat jangan main redah aje Dapig suruh tidur atas jalan kenapa ikut.?????

Anonymous said...

Sekurang2nya cik gu SAR bertanggungjawab & mengaku memukul pelajar yang akhirnya menyebabkan kematian.

kelemahan manusia & takdir illahi walaupun dia seorang ustaz.

yang perlu sekarang siasatan polis dan proses pengadilan mahkamah.

berbeza kematian misteri beng hock. kos perbicaraan yang tinggi. pelbagai rumours. tiada yg bertanggungjawab? kecuali Allah saja yang maha mengetahui.

Anonymous said...

Salam Cheguman,

Inilah Guru yang hanya ditarbiah untuk MENGHUKUM. Salah sikit HUKUM. Yg tak sokong PAS dihukum KAFIR..

Jadi mesti terbawa-bawa juga dalam sekolah mereka...Salah sikit HUKUM...

Dan jika berlaku kematian pun mesti ramai yang masih menyebelahi PAS..PAS ni parti syurga jadi ramai yang memuja walau pun telah berlaku kematian.

Cheguman said...

Salam semua.

Chegumin... Galaxi Tab memang hebat. Boleh jadi modem bergerak tanpa wayar utk 5 device (laptop, pc etc) secara serentak.

All in one.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)