Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, January 31, 2011

PKR vs PAS di Merlimau

Bukanlah rahsia lagi betapa ketua pemuda PKR amat mengidam 'kan DUN Merlimau yang sepatutnya ditandingi PAS.

Maklumlah, sebagai ketua angkutan parti yang pernah digembar gemburkan bakal mengambil alih Putrajaya, takkanlah tidak layak menjadi calon.

Sementelah pula khabarnya Shamsul memang orang Jasin. Ada sekali, seorang teman berbual dengan Shamsul. Ujar teman tersebut:

"usah kan engkau, kalau Anwar Ibrahim pun yang bertanding tak 'kan menang di Merlimau ni".

Isu besar Merlimau


DUN Tenang kembali tenang biarpun air masih melimpah ke dada jalan. Para pemain politik bergerak pulang membawa seribu kenangan dan pengalaman baru.

Yang tersingkap dan terlondeh barangkali akan tertutup kembali dipadam masa yang terus berlalu. Namun yang terguris dan terluka mungkin mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

Apa boleh buat. Ia penyakit yang sengaja ditempah.

Namun semarak pilihanraya sudah tentu tidak berakhir di situ. Tidak jauh dari Tenang, DUN Merlimau yang hanya di sebelah negeri Johor mula melambai, menggamit soldadu perang ke medan baru.

Semalam Demang sempat bersiar-siar di pekan Merlimau. Sempat juga berbual dengan beberapa orang penduduk di situ. Secara umumnya tidak ada isu tempatan yang gagal diselesaikan allahyarham YB Haidir.

Namun begitu ada sedikit masalah dengan masyarakat India di luar bandar iaitu isu sekolah. Dikatakan tidak ada SK(j) Tamil di kawasan petempatan mereka.

Itulah isu kaum India di Merlimau. Barangkali PKR atau PAS boleh memainkan isu ini bagi menarik simpati kaum India.

Isu masyarakat Cina setakat ini tidak ada. Oleh itu, bagi mengambil hati kaum tersebut, Shamsul AMK sudah memintas gerakan PAS dengan mengedarkan buah limau sempena perayaan Tahun Baru.

Namun PAS bukan bodoh. Itu kawasan mereka. Justeru PAS sebenarnya tidak lah ketinggalan kerana telah membuat sedikit jamuan ketika YB Haidir belum pun meninggal dunia.

Agaknya, sambil berdoa agar YB Haidir cepat habis umur.

Tak-lah. PAS takkan buat begitu. PAS baik.

Yang penting, PAS dan PKR sedang bersaing.

Bersaing dalam diam? Tak juga. Kalau diam, macamana orang boleh tahu?

ariel dipenjara 3 tahun

Penyanyi Peterpan, Ariel dihukum penjara tiga tahun enam bulan atas tuduhan menerbitkan video lucah dengan Cut Tari dan Luna Maya.

Tiga tahun sahaja untuk dua orang?

Di Malaysia, meliwat tanpa rakaman video pun kena enam tahun.

Agaknya, tu sebab Anwar suka ke Indonesia.

Eh, kalau tak silap, adik angkat Anwar dulu tu orang Indonesia.

Betulkan jika Demang silap.

PKR akan rampas Merlimau

Belum pun usai PRK Tenang, PRK sudah nampak riak kekalahan PAS. Malah agaknya cuma cikgu Mala dan cikgu Maarof sahaja yang tidak perasan bahawa mereka dijadikan umpan sahaja oleh parti kesayangan mereka itu.

Sebagaimana yang Demang peringatkan di awal penamaan calon, Normala adalah mangsa permainan politik Anwar yang berjaya memperdaya PAS.

Dengan kekalahan tersebut PKR kini mempunyai cukup alasan untuk mengemukakan calon mereka pula di Merlimau.

Demang tidak membuat andaian kosong kerana Ketua AMK PKR sendiri secara terbuka melalui laman sosialnya menyalahkan PAS dan mempertikaikan kemampuan parti 23 kerusi itu berikutan siri kekalahan mereka dalam beberapa PRK.

Shamsul Iskandar juga tidak bercakap kosong kerana sejak beberapa hari lalu beliau telah merayau-rayau di Merlimau sambil membawa buah limau untuk diagihkan kepada pengundi Cina.

Nampaknya PAS ada masalah besar di Merlimau kerana saingan mereka bukan UMNO sebaliknya PKR sendiri.

Sunday, January 30, 2011

SAH BN menang lagi

BN pertahan kerusi DUN Tenang apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang majoriti 3,707 undi tewaskan calon PAS, Normala Sudirman.

Terkini di Tenang: BN mendahului


Keputusan Tak Rasmi N05 Dun Tenang

BARISAN NASIONAL: 5283

PAS: 1513

MAJORITI :

Keputusan Peti Undi

Pekan Air Panas : BN 220 PAS 48

Ladan Labis Utara : BN 152 PAS 40

Felda Tenang : BN 950 PAS 160

Ladang Bukit Dato : BN 352 PAS 99

Tenang Station : BN 746 PAS 352

Labis Tengah BN 365 PAS : 801

Kg Redong : BN 175 PAS : 96


KLIK TERKINI



Sumber:
Blog Sejarah Melayu

terkini: Amaran SPR di Tenang


SPR meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin bahawa proses pengundian ditangguhkan akibat hujan atau banjir di Tenang.

Setakat 12.00 tengahari seramai 7219 daripada 14753 orang sudah keluar mengundi (48.93%).

Siapa yang untung daripada penyebaran khabar angin ini?

Sesiapa pun tahu bahawa penyokong PAS amat fanatik dan tetap keluar mengundi biarpun berlaku ribut taufan atau tsunami. Mereka juga boleh memaafkan tindakan PAS menyebarkan khabar angin atas alasan darurat kerana jihad.

Oleh itu BN kena berusaha memastikan pengundi atas pagar yang kini sudah condong kepada kepimpinan Najib agar keluar mengundi.

Alangkah malangnya jika BN kalah sedangkan majority rakyat di situ menyokong kerajaan.

terbaru di Tenang


Setakat pukul 11.00 tadi kira-kira 5703 orang (38.66%) telah keluar mengundi.

Semoga lebih ramai yang dapat keluar mengundi.

Saturday, January 29, 2011

DAP ketua pembangkang



Tatkala PAS mengemukakan calonnya di PRK DUN Tenang, seluruh negara (kalau pun bukan dunia) terkejut. PAS yang selama berpuluh dekad memegang fatwa tidak membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya tiba-tiba mengubah pendirian dengan hujahan: tafsiran terhadap hukum yang tidak melibatkan perkara pokok memang boleh berubah.

Agaknya, apa lagi yang akan berubah jika PAS meemerintah? Bagaimana dengan janji-janji PAS selama ini?

Sebenarnya rakyat tidak perlu bimbang dengan tindakan PAS walaupun pendirian mereka sering berubah-ubah.

Demang percaya, dengan situasi politik terkini, PAS tidak akan mampu mengubah apa-apa fatwa lagi.

PAS kini 23 kerusi
PKR pun 23 kerusi
DAP lah yang mengetuai gerombolan pembangkang dengan 29 kerusi.

Sepatutnya Anwar perlu serah jawatan ketua pembangkang kepada DAP namun bagi DAP ia tidak perlu kerana selagi semua rahsia Anwar dalam genggaman Karpal, semua agenda DAP akan ditaati Anwar.

BN yang memperolehi 138 kerusi dalam PRU-12 kini dibantu 7 MP bebas dan terbaru, seorang lagi MP PKR melarikan diri (Gobalakrishnan – Bagan Serai)

suami Normala cuti sebulan


Baik-baik cikgu. Kang jatuh dalam tu, cuti lagi 30 hari.





“Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.”

“Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.”

“Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.”

“blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.”


“Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.”


“Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.”


Perhatikan berita di atas:
1) Normala memberitahu suaminya ditimpa masalah kemurungan akibat ditukarkan dalam tempoh 24 jam.

2) Normala tidak menyatakan tarikh pertukaran tetapi mengakui suaminya diberi cuti pada 6 dan 7 Januari. Kemudian disambung 5 hari dan seterusnya ditambah 14 hari lagi menjadikan kesemua cuti sakit yang diperolehi berjumlah 21 hari.

3) Jika dihitung, cuti cikgu DG32 itu akan tamat 26 Januari. Sementara itu banyak sekolah yang telah mula bercuti sempena Tahun Baru Cina pada hari Jumaat semalam (28 Januari) selama 9 hari.

Ertinya cikgu yang di didik di institute perguruan hasil usaha UMNO itu menikmati cuti selama 30 hari.



Sumber:
http://penditakainsingkat.blogspot.com/2011/01/normala-tenang-doktor-dalam-bahaya.html

Gobala keluar PKR

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan umum lepaskan semua jawatan dalam PKR dan meneruskan kerjanya melalui NGO yang baru: BERNAMA

sumber: BH sms, 29/1

Friday, January 28, 2011

suami Normala kritikal?


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk 'PRK Tenang: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her' yang disiarkan semalam.

Menurut penulis blog itu, cuti sakit yang panjang tersebut membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

''Saya bertanyakan rakan yang merupakan seorang doktor, apakah penyakit yang memerlukan seseorang mengambil cuti sakit sehingga dua minggu dan dia (doktor) berkata, penyakit itu mestilah sangat serius dan berkemungkinan mengancam nyawa.

''(Sebab jika) demam hanya diberikan cuti sakit satu atau dua hari dan jangkitan mata pula paling lama hanya beberapa hari.

''H1N1 pula akan dikuarantin selama dua minggu. Mungkinkah beliau dijangkiti H1N1?.

''Saya tidak pasti tetapi selepas dua minggu, adalah jelas beliau masih tidak sihat untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen dan doktor menambah lima hari lagi cuti sakit dari 24 hingga 28 Januari," katanya.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, penulis blog tersebut menambah, beliau membuat banyak rujukan, menyemak kamus perubatan, bercakap dengan ahli fizik dan pakar, malah, turut menulis kepada beberapa buah pusat kawalan penyakit.

Bagaimanapun tambahnya, kesemua usahanya itu menjurus kepada satu jawapan iaitu kesimpulan yang tidak dapat dijelaskan.

''Kami dengan sedih memaklumkan kepada Cikgu Mala (Normala) bahawa suaminya itu telah mengalami politicitis husbandus temperaturis permanantum atau juga dikenali sebagai election fever-candidate's husband strain 2 (EF-CHS2).

''Ia boleh menjadi penyakit yang kekal dan membunuh kariernya sebagai seorang guru," katanya dalam blog itu.

Penulis blog itu menambah, kelibat Maarof yang sentiasa kelihatan bersama Normala ketika berkempen sebelum ini telah menimbulkan pertanyaan di kalangan orang ramai mengenai pekerjaan sebenar beliau.

Antaranya, kata beliau, apakah Maarof bekerja sendiri atau merupakan seorang ahli politik sepenuh masa.

''(Sebenarnya) Maarof adalah seorang guru dan sangat jelas beliau sedang merahsiakan sesuatu daripada isterinya.

''Bukan rahsia kecil tetapi rahsia yang boleh merubah hidup," katanya.



Sumber:
Utusan Online
Blog Marahku

Foto sekadar hiasan.

Wednesday, January 26, 2011

BN Barang Naik apa yang naik?


Pelbagai respon Demang terima daripada pengunjung Waadat berikutan beberapa artikal berkenaan isu BARANG NAIK (BN) yang masih cuba diputarbelit pembangkang sejak PRU-12 sehingga dalam kempen PRK DUN Tenang.

Demang percaya ia akan digunakan juga dalam kempen PRK DUN Merlimau nanti. Maklumlah, masalah ekonomi adalah perkara kompleks yang sukar difahami rakyat.

Apa yang dimaksudkan dengan BN-Barang Naik? Sebenarnya ada beberapa keadaan yang dipanggil ‘Barang Naik’.

Salah satu daripadanya ialah ‘anu menegang ‘pun dikatakan Barang Naik.

Memang eloklah tu.

Mari kita dengar pendapat Ah Seng yang membuka kedai runcit di kampung Demang:
“Wah, kalau hari-hari barang naik, cepatlah kita kaya..”

Kata-kata tersebut diucapkan Ah Seng kepada isterinya pada suatu malam. Demang dengar secara tidak sengaja ketika hendak membeli rokok. Kebetulan Demang boleh memahami mandarin sikit-sikit.

Berikut adalah contoh lain ‘Barang Naik’:
“Cepat… cepat, kasi naik cepat itu barang. Kita sudah mau jalan.” Kata Lee Lam Pok kepada Muthu yang menjadi pekerja merangkap kelendan lorinya.

Sebenarnya banyak lagi maksud ‘Barang Naik’ yang biasa digunakan di Malaysia. Yang mana satu pembangkang maksudkan?

Jika ‘Barang Naik’ yang dimaksudkan ialah inflasi, maka benarlah pembangkang sedang menipu rakyat,. Kalau tak pun, mereka yang memang tidak faham struktur ekonomi.
Di bawah nanti Demang senaraikan sumber yang boleh diselusuri bagi memberi pemahaman tentang inflasi dan bagaimana ia berlaku.

Dalam dunia tanpa sempadan, ia menjadi lebih buruk lagi dan sukar dikawal. Ia amat rapat dengan sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba.

Barangkali ada satu cara untuk keluar daripada masalah inflasi dan riba iaitu melalui penggunaan dinar emas. Tun Mahathir telah mengusahakannya dan hampir-hampir berjaya sebelum dihalang US melalui pegangannya ke atas Arab Saudi.

Sayangnya pembangkang (dengan diketuai Anwar Ibrahim) juga yang telah menggagalkan usaha tersebut dengan memberi tekanan ke atas Tun sehingga beliau meletakkan jawatan.

Balik-balik, Anwar jugak yang terlibat!

Sumber rujukan untuk inflasi:
http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/inflasi.asp
http://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi
http://www.harian-metro-online.com/negara-tak-hadapi-risiko-inflasi-zeti
http://www.harian-metro-online.com/bank-dunia-unjur-ekonomi-negara-7-4-peratus-tahun-ini

Normala tu bukan guru?


Ingat PAS ingat ‘tentang perpaduan’

Ya, memang Demang ingat. Masihkah anda ingat?

Tiba-tiba BN ditimpa bencana. Sokongan padu rakyat selama ini seakan terburai. BN, walaupun masih layak membentuk kerajaan pusat namun gagal mempertahankan majoriti 2/3 di perlimen.

UMNO yang menjadi parti utama BN terperanjat besar. Bedah siasat segera dilakukan dari segenap aspek. Data dan penyata disemak dan dianalisis. Akhirnya ditemukan punca bahawa tsunami tersebut melanda berikutan beralihnya posisi pengundi bukan Melayu.

Hal ini dibuktikan dengan perangkaan undi. Gerakan yang menjadi alternatif kepada MCA dalam BN luluh di tangan DAP di Pulau Pinang.

MCA cuma dapat SATU kerusi di DUN Perak manakala MIC terus hancur tanpa sebarang kemenangan termasuk presidennya Sammy Vellu.

Laporan pakar perangkaan diambil perhatian secara serius para pemimpin Melayu yang tidak berpihak mana-mana parti politik. Keputusan PRU-12 membuktikan biarpun Melayu-Bumiputra masih rakyat majority namun dalam pilihanraya ia boleh dinafikan apabila berlaku perpecahan sesama sendiri.

Maka tokoh-tokoh Melayu non-partisan mendatangi pemimpin-pemimpin politik utama (UMNO dan PAS). Penerangan, perbincangan dan pujukan dilakukan.

Mungkin kerana terdesak, pemimpin UMNO memberi respon positif ke arah perpaduan Melayu. Malangnya ia tidak berlaku di pihak PAS. Memanglah bukan semua.

Barangkali PAS merasakan mereka berada di pihak yang menang walhal PAS cuma memenangi 23 daripada 222 kerusi di parlimen. Angka yang amat kecil sebenarnya.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan namun perkiraan politik mengatasi kebenaran. Hj Hadi, biarpun mulanya menyokong perpaduan namun akhirnya terpaksa akur dengan pengaruh Nik Aziz menjelang pemilihan partinya.

Demang menulis hal ini setelah menerima komen seorang pengunjung yang menegur Demang kerana menjadi blogger. Padahal adalah lebih baik Demang member tumpuan pada tugas sebagai guru.

Ya, Demang akui kebenaran tersebut. Namun Demang tidak mampu menahan diri dari ikut mempertahankan negara di saat politik negara dalam keadaan kritikal. Isu perpaduan bukan perkara enteng yang boleh diabaikan begitu sahaja.

Demang tidak lari dari tanggungjawab. Setiap bulan Demang terima gaji daripada peruntukan kerajaan. Sama macam guru lain. Demang mengajar macam guru lain. Demang juga berbual tentang politik ketika rehat sama seperti guru-guru lain.

Namun Demang dapati terlalu ramai guru yang berbual tentang politik untuk menjatuhkan kerajaan sediada. Kerajaan yang melantik mereka menjadi guru!

Sebagai contoh, calon PAS di tenang adalah seorang guru. Adakah Normala baru minggu lepas menyertai PAS iaitu sebaik dipilih sebagai calon?

Inilah reality yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara. Guru-guru tertarik kepada pembangkang setelah mendapat maklumat daripada internet, terutamanya blog.

Itulah sebabnya Demang menjadi blogger. Dan, Demang menulis di waktu senggang. Guru tidak mengajar 24 jam sehari semalam, sama seperti pekerja lain juga. Di sekolahpun para guru mempunyai masa rehat.

Demang boleh berhenti menjadi blogger dan member tumpuan 100 peratus pada tugas mengajar dengan syarat semua guru berbuat demikian. Namun selagi masih ramai para guru menjadi musang berbulu ayam, Demang akan terus berjuang.

Demang yakin, gaji Demang lebih halal berbanding guru yang menjadi pembangkang dan dalam masa yang sama sibuk menyokong pembangkang dan mengutuk kerajaan.

Malah, apabila teringatkan tentang perpaduan, Demang segera teringat perihal PAS yang pernah menentang perpaduan!

Allahuakbar!

Tuesday, January 25, 2011

pendedadahan imam masjid negara


Adik Azmin Ali telah menyiarkan rakaman percakapan antara Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dengan bekas mangsa liwat, Hairani Hj Nahfis yang juga bekas penulis pidato Anwar.

lihat sini

Bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar diharap Ustaz Taib Azamuddin dan Anwar Ibrahim memberi respon terhadap perkara ini kerana ia sudah tersebar luas.

Jika tidak benar, Ummi Hafilda wajar disaman.

alhamdulillah, harga barang naik lagi


PAS terus cuba memperbodohkan rakyat dengan isu kenaikan harga barang. Padahal yang menaikkan harga barangan ialah peniaga. Siapa peniaga? Orang gila pun tahu bahawa kaum cina yang mendominasi perniagaan di Malaysia.

Itu bukan masalahnya. Siapapun yang berniaga akan cenderung menaikkan harga atas banyak alasan dan rasional.

Selain kenaikan kos bahan, aspek paling penting ialah kos buruh (tenaga kerja).

Para pekerja setiap tahun mahukan kenaikan gaji maka ini mendorong pemilik perniagaan meningkatkan pengeluaran di samping menaikkan harga barang jika ada kesempatan.

Wang tidak bertambah tetapi bertukar tangan. Dan, wang tidak hilang sebaliknya berlegar dari tangan ke tangan pengguna.

Lihat komen Demang di blog Rajahmas atas isu kenaikan harga yang cuba dimainkan pembangkang yang tidak faham (atau pura-pura tidak faham) sistem ekonomi:


Ya, harga barang setiap tahun naik. Semasa saya bersekolah dulu, beras cuma RM1 sekg. Sekarang? RM5?

Masa saya posting dulu (1990, gaji RM435. Sekarang? RM3500.

Masa baru kerja dulu saya beli motor secara hutang berharga RM2000.

Sekarang saya bayar kereta RM1500 setiap bulan, dan saya tidak perlu berlapar untuk itu.

Peningkatan harga barang diikuti kenaikan gaji adalah petanda kemakmuran ekonomi dan peningkatan kualiti pendapatan rakyat. Menjelang 2020 berapakah sasaran pendapatan rakyat Malaysia? Adakah logik harga barang kekal seperti 20 tahun lalu?

Syabas BN-UMNO.

Sebenarnya kenaikan harga barang diikuti kenaikan pendapatan sebagaimana sekarang perlu dialu-alukan.

Adakah orang PAS mahu gaji meningkat setiap tahun dan harga barang kekal macam dahulu?

Barang apa yang naik harga? Kebanyakannya yang melibatkan barangan utama yang biasanya orang Melayu terlibat. Contohnya, makanan dan produk pertanian.

Adakah jika DAP-PAS-PKR memerintah harga barang di Malaysia tidak akan naik?

Cuba tanya peneroka Felda apakah perasaan mereka jika harga sawit naik dan naik lagi setiap tahun?

PAS memang bodoh kalau meneruskan isu ini di Tenang!

Monday, January 24, 2011

muslihat Khalid dalam isu pindaan


Demang tertarik dengan analisis blogger Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/2011/01/muktamad-34-sokong-20-menentang-188-3.html

Demang kutip catatan tersebut ke sini:

06.25pm: Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk mendapat majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dengan 34 menyokong dan 20 menentang.
Speaker mengumumkan bahawa dua pertiga yang diperlukan tidak tercapai, pindaan tersebut tidak boleh disusulkan dengan perbahasan susulan.
06.28pm: Khalid Ibrahim berkata, walaupun pindaan itu tidak menjadi kenyataan, usaha kerajaan mereka telah dipertunjukkan.
06.30pm: Sidang ditamatkan.

Gimik pertama ialah : Menunjukkan seolah-olah mereka berusaha keras untuk menyelesaikan sebuah kemelut yang mereka cipta sendiri.
Gimik kedua ialah : Menunjukkan seolah-olah mereka ingin mengembalikan 'kuasa Sultan' padahal tanpa meminda perkara ini, Sultan Selangor langsung tidak mengalami kehilangan kuasa sedikit pun.

Umum mengetahui bahawa aturan perlantikan SUK sebegini bukan sahaja membabitkan Selangor, malah membabitkan semua negeri bekas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tanpa mengira parti apa yang memerintah negeri tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor tidak mendatangkan apa-apa keuntungan ke atas mereka dengan gimik ini dan rakyat yang semakin memahami sistem pentadbiran awam mencemuh tindakan PR yang menyangka rakyat tidak cukup pandai.


Sementara itu terdapat juga usaha mengungkit tindakan BN meminda Perlembaggaan pada tahun 1993. Bagi Demang tindakan itu adalah usaha terdesak untuk membohongi rakyat. PR menyangka golongan muda yang ramai menyokong PKR sebelum ini akan kembali bersetuju dengan mereka kerana perkara itu berlaku ketika generasi muda belum lahir atau masih bersekolah.

Mereka lupa bahawa sumber rasmi sejarah amat mudah diakses dan rakyat sudah tahu menyaring maklumat.

Bagi yang keliru atau samar-samar dengan isu 1993, sila semak semula daripada sumber sahih.

Bagi Demang, isunya amat berbeza.

PAS akan hapus pilihanraya


"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih merupakan wakil rakyat kerusi berkenaan.

Permohonan itu, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, antara lain adalah untuk membuktikan bahawa pengisytiharan Speakar DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kerusinya kosong, adalah batal dan tidak sah.

Demikianlah apabila parti chauvinis mendapat kuasa. Itu baru sedikit.

Demang pernah mendengar bahawa jika PAS memerintah, pilihanraya akan dihapuskan kerana demokrasi bukanlah sistem Islam (sebagaimana yang mereka faham).

Demang cabar kepimpinan PAS berterus terang dalam perkara ini agar rakyat membuat keputusan dengan betul ketika mengundi nanti.


Sumber:
http://brojinggo.blogspot.com/2011/01/badrul-fail-saman-bagi-deklarasi.html

Kisah sebenar sarung tangan cikgu Mala


Sebenarnya tidak ada isu besar mahupun sederhana di negara kita sekarang. Semuanya dalam keadaan terkawal.

Beberapa perkara yang kelihatan agak kurang molek hanyalah kerana ia masih di peringkat perancangan dan sebahagiannya sedang dalam proses.

Begitu juga di DUN Tenang.

Sebagai contoh, jika terdapat isu dalam Felda, ia sebenarnya adalah isu-isu yang sedang diselesaikan kerajaan.

Isu Islam pula sudah tidak relevan kerana semua yang dianggap tidak Islamik dan haram oleh PAS suatu ketika dulu kini sudah menjadi halal dengan termeterinya ikatan kasih PAS-DAP-PKR.

Soal moral pemimpin MCA pun agak sensitive untuk disebut memandangkan penasihat PKR iaitu sekutu PAS sendiri terjebak dengan kes liwat.

Malah kes ADUN Selising yang ditangkap khalwat pun belum selesai.

Justeru Demang nasihatkan orang UMNO terutama para blogger jangan terperangkap dengan isu sarung tangan calon PAS tersebut kerana ia perkara sensitive dan boleh dimanipulasi dengan pelbagai cara.

Sebaiknya, jika tiada isu dan ingin bercakap (menulis), tumpukan pada pembangunan nasional yang sedang giat diusahakan kerajaan.

Jangan sekali-kali bermain isu peribadi calon kerana boleh mengundang simpati pengundi kepada calon tersebut.

Selamat berkempen.

kematian pun dipolitikkan


Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.


Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.

Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Banyak benda bohong disiarkan. Janganlah soal mati pun hendak dijadikan bahan politik,” katanya.


“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.


Sumber:
Media Umno
http://pilihan-anda.blogspot.com/2011/01/kerana-politik-kematian-jadi-modal.html

korban PAS


Memang agak mengejutkan apabila PAS meletakkan calon wanita di Tenang. Malah Tun Mahathir sendiri menyindir Pas yang suatu ketika dulu memegang prinsip untuk tidak membenarkan wanita bertanding dalam pilihan raya.

Demang melihat ada bayangan seseorang yang bukan ahli PAS dalam permainan tersebut. Orang tersebut memang diketahui mampu bertukar menjadi apa sahaja dan siapa sahaja mengikut kesesuaian. Jika di sekelilingnya Islam, maka Islam-lah gerakannya.

DUN Tenang sememangnya antara kubu kuat UMNO. Biarpun Pas dapat menambah undi dalam PRU 12 namun itu adalah undi protes daripada pengundi bukan Melayu yang mewakili hampir separuh daripada jumlah pengundi di situ.

Temubual eksklusif Mingguan Malaysia dengan Presiden MCA semalam member gambaran pengundi Cina semakin menyukai cara Najib. Pandangan Chua Soi Lek tersebut tidaklah berlebihan dan beliau melihat dari sudut masyarakat cina yang mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding orang Melayu.

Itu sebabnya walaupun CSL pernah terlibat dengan skandal seks namun itu tidak menghalang beliau dari memenangi jawatan Presiden.

Berbalik pada pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS ramai yang berpendapat bahawa Normala adalah calon untuk dikorbankan.

Dalam PKR, berkorban adalah perkara lumrah hatta berkorban untuk penasihat parti. Justeru apabila PAS sudah bersama PKR maka PAS juga menerima kaedah tersebut bagi menunjukkan yang PAS sudah moderate.

Lagipun dalam mana-mana kumpulan ekstremis, pengorbanan terhadap pemimpin adalah perkara biasa.

Sunday, January 23, 2011

hebatnya Anwar


"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala." Kata Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP

Bukan sukar untuk memahami maksud tersirat chauvinist DAP itu. PR yang dimaksudkan ialah gabungan tidak rasmi parti-parti pembangkang yang tiba-tiba muncul selepas PRU 12.

Namun kekuatan sebenar pakatan tersebut ialah Anwar Ibrahim. Buktinya, sebelum ini pembangkang memang tidak pernah dapat bergabung sebagaimana sekarang. Tidak syak lagi betapa Anwar memang berkemampuan menjadi pemimpin besar.

Anwar memang hebat. Tidak hairanlah US begitu teruja dapat ‘berurusan’ dengannya.

Sayangnya semua rahsia Anwar berada dalam genggaman Karpal Singh apabila Anwar melantiknya menjadi peguam dalam kes salah laku seksnya.

Justeru, Anwar selamanya akan berada di bawah telunjuk Karpal yang pada suatu ketika dulu mendakwa mempunyai maklumat mengenai salah laku seksnya.

Itu yang kita bimbang sebenarnya. Nak harapkan PAS, parti itu masih jauh daripada sasaran untuk menjadi wakil tunggal orang Islam di negara ini. Ketika UMNO dilihat amat lemah dan BN ditolak oleh majoriti kaum bukan Melayu, PAS cuma mampu memperolehi 23 daripada 222 kerusi kerusi parlimen.

Mahu tidak mahu, UMNO adalah pilihan yang kita ada.

Fatwa haram PAS

"Hare tu..." kata Nik Aziz.


"Haram undi UMNO", kata Nizar.



"Haram lelaki bersalam dengan wanita tak kira bangsa apa." kata cikgu Mala calon PAS Tenang.





Agak Demang, haram untuk orang lain, pemimpin PAS takpe. Tuhan dah ampun.

provokasi melampau wajar ISA

Jika ini ajarannya...


Maka beginilah hasilnya...



Foto pertama di DUN Tenang manakala foto kedua berlaku sebelum ini.

Nampaknya di Tenang berlaku lagi. Membakar bendera lawan adalah provokasi melampau yang wajar dikenakan ISA kerana boleh mencetuskan rusuhan.



"PAS dah lain sekarang ni, terutama sejak bercampur dengan PKR dan DAP," ujar seorang teman yang sebelum ini simpati pada PAS.

siri debat Anwar di Astro chanel baru


orang ramai berbaris panjang menanti giliran. Beginikah agaknya sambutan orang ramai apabila dibenarkan berdebat dengan Anwar? (gambar hiasan)


Anwar ingat nak mengacah rakyat dengan cara mengajak PM berdebat. Rupa-rupanya ramai pulak yang teringin nak berdebat sama.

Zulkifli Nordin (MP Kulim-Bandar Baharu) yang pernah menjadi orang kuat PKR hari ini sekali lagi secara terbuka mencabar kejantanan Anwar dengan menyebut nama individu-individu yang patut berdebat dengan Anwar terlebih dahulu.

Antaranya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar telah meliwatnya. Seterusnya Anwar juga perlu berdepan dengan MP Padang Serai, N. Gobala Krishnan iaitu orang kuat PKR sendiri.

Turut tersenarai ialah Karpal Sighn yang pernah mendakwa Anwar mempunyai kes liwat. Mat Sabu juga tidak patut dikeccualikan selain Nik Aziz dan Hj Hadi yang turut menyimpan maklumat mengenai kes Anwar.

Selain itu Azizan yang pernah menjadi pemandu kepada Wan Azizah juga boleh menjadi lawan debat Anwar bagi menafikan aduan liwat. (kes Azizan telah disebut di mahkamah tetapi Anwar dilepaskan kerana masalah teknikal).

Ummi Hafilda Ali iaiatu adik kandung Azmin Ali juga sudah beberapa kali mencabar Anwar untuk berdebat. Anwar patut jawab sebab rakyat pun nak kepastian.

Malah Zulkifli menyatakan bahawa Lee Kuan Yew (bekas PM Singapura) serta bahagian risikan Australia serta Singapura juga mempunyai isu untuk dijawab oleh Anwar.

Demang cadangkan Astro membuat satu saluran khas bagi menyiarkan siri debat Anwar. Gerenti meletup!!!

Saturday, January 22, 2011

PAS didik minta sedekah



Keluar daripada bilik kecil yang menempatkan mesin ATM di sebuah bank, Demang disapa seorang remaja perempuan.

“Derma, pakcik. Untuk anak yatim.” Kata gadis bertudung labuh itu.

Demang melemparkan senyum sedikit dan menegur:

“Awak tak ke sekolah ke?”

Kemudian Demang pun berlalu.

Demang bukan kedekut. Demang juga ada memberi sumbangan wang sekadar yang Demang mampu, tetapi melalui saluran lain. Salah satu daripadanya ialah melalui potongan gaji setiap bulan.

‘Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah’. Demang masih ingat tok guru Demang mengajar dulu.

Itu saranan Islam. Ia bukan untuk dibacakan kepada orang lain sebaliknya untuk diri sendiri. Orang yang layak menuturkannya kepada kita hanyalah Rasulullah SAW kerana Baginda adalah pesuruh Allah dan tugas Baginda adalah menyampaikan.

Kita? Kita adalah ummat yang diperintahkan melakukan perkara yang dinyatakan itu. Jika Rasulullah SAW menyuruh kita menderma atau bersedekah, maka tak perlulah kita suruh orang lain melakukannya. Jika tidak, siapa yang nak menjadi ‘tangan di atas’?

Tindakan menadah tangan atau kotak bukanlah kaedah yang baik. Malah jika dibuat atas nama Islam, ia sebenarnya memalukan Islam itu sendiri.

Islam tidak mengajar ummatnya meminta-minta.

UMNO kafir?


Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Bagaimana Perlembagaan Malaysia boleh meletakkan Islam sebagai agama negara?

UMNO lah yang melakukannya. Justeru wajarkah parti Islam itu didoakan begitu? Apa perjuangan PAS sebenarnya. Doakan kemusnahan dan kehancuran parti yang meletakkan Islam pada tempatnya?

PAS menang ertinya DAP lah...


Penyokong PAS tak perlulah seronok sangat melihat Ravichandran (foto) berserban. Malah mereka sepatutnya insaf melihat keghairahan chauvinis DAP itu menggawang bendera DAP.

Di Pulau Pinang DAP memerintah tanpa PAS. Di Selangor memang ada PAS tetapi sebagai apa? Siapa PAS di Selangor?

Ingat, Johor hanya di sebelah Singapura. Dan Singapura dulunya bernama Temasik. Tunku Abdul Rahman terpaksa melepaskan pulau itu kerana perpecahan ummat Islam juga.

Mahukah kita mengulanginya lagi?

saudagar beg udara


Tindakan kerajaan untuk wajibkan semua kenderaan penumpang memasang beg udara sememangnya wajar disokong bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan.

Demang tidak pasti adakah ia melibatkan kereta baru sahaja atau semua kereta yang sedang digunakan? Maklumlah, Kos pemasangan beg udara bukanlah murah. Sedangkan masih banyak pengguna yang setakat mampu memiliki kereta terpakai yang sudah agak uzur.

Jika pacuan 4 roda boleh dikecualikan pemakaiannya, Demang fikir kereta 'orang kampung' juga boleh dikecualikan.

Memanglah soal keselamatan kita tidak boleh bertolak ansur namun dalam keghairahan menunaikan tanggungjawab, perlu kita ingat bahawa ajal maut di tangan Tuhan.

Demang fikir soal keselamatan bas express masih belum selesai sedangkan ia melibatkan rakyat yang 'tidak tahu apa-apa'.

Kasihan mereka yang mati ketika sedang tidur dan bermimpi indah untuk pulang bertemu orang tersayang.

Jangan sampai rakyat bertanya curiga:

"salesman mana yang telah mempengaruhi orang berkenaan bagi melariskan jualan beg udara tu?

Demang ingatkan sahaja.

Friday, January 21, 2011

orang yang dilarang memasuki DUN Tenang

AMARAN kepada penduduk di DUN Tenang!

Ada kawan yang boleh diajak ke rumah, naik, dan mungkin juga bermalam;

Ada kawan yang setakat di muka pintu sahaja, itupun sekadar menunggu kita mengambil barang tertinggal di rumah;

Ada 'kawan' yang terpaksa kita suruh tunggu dalam kereta sahaja sementara kita naik ke rumah sekejap.

Ada 'kawan' yang kita tak boleh bagitau langsung alamat rumah kita.

Berikut adalah 'kawan-kawan' yang langsung tidak termasuk senarai di atas. Bukan setakat rumah, DUN kita pun jangan benarkan mereka hampiri.

Bahaya...


dikatakan pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawan


dikhabarkan pernah ditangkap kerana berzina dengan isteri kawan

dikatakan berzina dengan isteri kawan dan meliwat kawan

tuduh zina: PAS minta 4 saksi

Artikal Demang siang tadi berkenaan Ustaz Saufi yang bersumpah bahawa beliau memberkas ADUN PAS berzina dengan bini orang mendapat respon daripada seorang penyokong fanatik PAS. Lihat komen pengunjung yang tidak bernama tersebut:

Aiik.. asal "nafi" atau "bersumpah junjung koran" saja dah kira betul, benar dan tak bersalah? .. eheh eheh senangnya "mahkamah kanggaro (kanggaroo court) umnoAPCO" nih... undang rimba (jungle law) mana dipakai umnoAPCO tak tau la..... @ mungkin jugak ajaran tuAN garu Ustad Najib Rosmah M 1st Laddyy

memang blogger2 umno ni kaki ampu ... mentaliti blogger cap ayam ...hhehehe ... mereka ingat rakyat hari ni otak macam mereka cap ayam jugak ko??

Wahai alkazab… bacalah al Quran surah an Nur (surah ke24) ayat: 1 sehingga 21…. tu sikit....

Saidi kena bawa 4 saksi adil yang melihat secara nyata jelas bila menuduh/ dakwa seseorang berzina, ... jika disabitkan seseorang yang berkahwin/pernah berkahwin melakukan ZINA .. maka hukum hududnya REJAM SAMPAI MATI MANDATORI .....

Tetapi jika pertuduhan zina/liwat tanpa bukti/ saksi yang disyaratkan... maka sipenuduh hendaklah didakwa dibawah hukum QAZAF ... jika disabit kesalahan.. hukum hududnya .. DISEBAT 80 ROTAN dan HILANG KELAYAKAN MENJADI SAKSI, WALI, HAK WARIS selama-lamanya......

Nota: "Sirah rasul: Golongan munafik & fasik amat gemar memfitnahkan golongan mukmin & Islam ... dengan tujuan mengampu ketua2 jahiliyyah mereka.. "

Anda-anda yang gila menulis & menyebarkan "berita palsu & bohong" & "bahasa mencarut" secara konsisten ... juga ... mengaut saham yang sama ..... hanya pembalasan Allah saja yang mungkin menentukan...

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. QS. an-Nur (24) : 11

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji (zina/liwat) itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” QS. an-Nur (24) : 19


-Nilai akhlak anakcucu melayu pengikut2 umnoAPCO mazhab mahathirisme merudum kesetaraf dengan masyarakat jahilyyah musyrikin Mekah!-


…………………………………………

Hebat ‘Anon’ ni berhujah. Siap diselitkan ayat Al-Quran. Itu sebabnya masih terdapat pengundi yang terpesona dan terpengaruh. Apatah lagi orang jahil yang selama ini hidup terumbang-ambing dan tiba-tiba rasa ingin bertaubat (rujuk kes-kes artis yang tiba-tiba sokong PAS).

Ini lah kelebihan penyokong PAS. Mereka mahir menggunakan ayat Quran bagi memenangkan pandangan mereka. Itulah satu-satunya kelebihan mereka setelah terpaksa mengaji di ‘sekolah arab’.

Oleh kerana dah disertakan ayat Quran, maka Demang bersetujulah dengan pendapat ‘Anon’. Maaf lah, Demang gelarkan ‘Anon’ sahaja. Harap lain kali gunalah nama sendiri atau jika tak berani, gunalah nama samaran yang boleh dirujuk.

Cuma Demang hairan, kenapa apabila kes melibatkan ADUN PAS maka barulah digunakan ayat tersebut. Kenapa dalam kes fitnah terhadap Najib dan yang terbaru Rais Yatim tidak pula orang PAS merujuk pada ayat Al Quran?

Ketika kes salah laku seks Anwar baru disebut dulu, Mat Sabu dan pemimpin PAS lainnya yang leluasa melagangkan isu tersebut. Kenapa tika itu mereka tidak merujuk pada surah tersebut?

Kemudian hanya apabila Anwar disingkir daripada UMNO dan pertentangannya menguntungkan PAS, maka sibuklah PAS membuka Al-Quran dan menyiarkan ayat yang berkenaan.

Jujurkah PAS dalam menegakkan hukum Allah atau sekadar menggunakannya apabila sesuai dengan keinginan mereka?

Bagi Demang, oleh kerana Ustaz Saidi tidak mampu menghadirkan saksi yang cukup maka itulah sebabnya beliau bersumpah. Atas alasan itu jugalah Najib bersumpah dulu.

Kenapa ADUN PAS yang dikatakan itu tidak melakukan perkara yang sama? Cukupkah dengan hanya menafikannya begitu sahaja?

Demang tidak perlu jawab sebab ‘Anon’ ini sudah menjawabnya pada perenggan pertama di atas tadi iaiitu setakat ‘nafi’ sahaja tidak memadai.

Saksi zina ADUN PAS bersumpah


Gomo dan Nadi Rakyat nampaknya tidak main-main apabila melagang cerita seorang ADUN PAS berkhalwat dengan isteri orang.

Satu persatu bukti diketengahkan ke hadapan khalayak dalam bentuk, teks, foto, dan video.

Skandal dalam kalangan orang politik memang lumrah dan tidak menghairankan, terutama di luar negara. AS antara negara yang banyak melahirkan pemimpin yang sarat dengan skandal.

Namun apabila pemimpin PAS yang sering dikaitkan dengan alim dan wara’ sehingga digelar ustaz dan ulama’ (walaupun sesetengahnya tidak pernah ke sekolah agama pun) memang mendukacitakan rakyat.

Lebih malang lagi apabila pemimpin PAS tersebut berzina dengan isteri orang. Lebih teruk lagi suami wanita itu juga ahli PAS yang begitu menyanjungi para pemimpin PAS.

Bayangkan betapa hancurnya hati lelaki itu serta rakan dan saudara mara mereka.

Itulah yang dirasakan Ustaz Saidi apabila isteri sepupunya sendiri dizinai ADUN PAS. Itulah yang membuatkan beliau tekad membuat pendedahan seelepas aduannya kepada Nik Aziz tidak dilayan.

Bukan sedikit cabaran yang beliau terima. Beliau bukan setakat diugut malah telah pun diekori dan dilanggar.

Lihat sumber berita.

Thursday, January 20, 2011

DUN Merlimau kosong

ADUN Merlimau yang juga Exco Melaka, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra.

Demang ucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Walaupun tidak kenal rapat namun Demang ada juga terlibat dalam beberapa program bersama beliau.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Alfatihah...

Amaran bahaya Singapura


Mari baca tulisan Dr Ridhuan Tee mengenai kebimbangannya terhadap Singapura

Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew minggu lalu, mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.

Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).

Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita?

Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?

Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.

Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.

Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.

Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.

Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?

Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.

Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.

Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.

Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?

Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.

Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.

Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.

Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.

Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.

Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.

Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?

Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?

Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.

Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.

Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?

Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?

Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.

Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.

Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.

Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial ,supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.

Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.

Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.

Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?

Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Debat Anwar-Najib: siapa berbohong?

“Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang” - Anwar
ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama

Benarkah demikian?
Sila lihat bukti kenyataan Anwar sebelum ini:


Lihat kenyataan Mufti Perak mengenai Anwar yang beliau kenal secara peribadi.

Wednesday, January 19, 2011

Harusani cerita sejarah Anwar

Jika anda fikir hal peribadi Anwar yang dikhabarkan bloggers dan orang politik sebagai agenda politik semata-mata, maka apa kata anda dengar dan lihat daripada ulama yang pernah dijadikan rujukan oleh PAS sendiri.

Malah jika anda rasa anda sudah kenal Anwar atau anda fikir pemimpin PKR dan PAs begitu mengenali Anwar, maka mufti Perak ini jauh lebih kenal dengan Anwar.

Klik sini

Anwar dilarang di Tenang


Najib membuat keputusan bijak apabila beliau bukan sahaja memilih anak jati Tenang sebagai calon malah Mohd. Azhar Ibrahim dilihat ‘bukan calon UMNO’.

Maksud Demang ‘bukan calon UMNO’ bukanlah bermakna orang UMNO tidak menyokong Azhar. Hanya orang bodoh yang akan menyangka Demang bermaksud begitu. Maksud Demang ialah Najib tidak hanya mengambil kira pendapat orang UMNO sebaliknya mengambil kira kehendak dan penerimaan pengundi di DUN Tenang.

Maksudnya, tak kira orang UMNO mahupun orang atas pagar, Azhar dilihat boleh diterima berbanding nama-nama lain yang dicadangkan.

Kenyataan Demang ini juga tidak bermaksud Azhar hanya yang terbaik dalam kalangan UMNO sahaja sebab di DUN Tenang, pembangkang memang tidak begitu disukai.

Sebenarnya ada beberapa sebab yang membuatkan orang Tenang mual dengan pembangkang.

Nanti Demang ceritakan.

Oh ya, dalam pada itu ada mesej rahsia disampaikan pada urusetia PAS di Tenang: "Tolong jangan sekali-kali benarkan Anwar Ibrahim datang ke Tenang kalau PAS rasa nak menang."

Normala Sudirman



Calon PAS di DUN Tenang ini mengenal ABC di sekolah yang diusahakan UMNO. Menyambung pelajaran ke sekolah menengah pun di sekolah yang kerajaan UMNO bina.

Ya, Itu tanggungjawab kerajaan, maka UMNO dan BN telah berjaya melaksanakan tanggung jawab memberi pendidikan kepada rakyat. Padahal sebelum merdeka, penjajah membiarkan orang Melayu tertinggal lebih 100 tahun di luar sistem pendidikan bersepadu.

Anak peneroka Felda ini kemudiannya diterima masuk ke Maktab Perguruan Tuanku Bainon, sebuah institusi yang diusahakan UMNO juga. UMNO berharap dengan pembukaan lebih banyak institusi perguruan akan meluaskan lagi peluang pendidikan kepada rakyat.

Dalam masa yang sama lebih ramai anak Melayu memperolehi pekerjaan dengan pendapatan tetap sebagai guru.

Normala juga adalah salah seorang daripada jutaan anak peneroka yang ibu bapanya suatu ketika dulu adalah rakyat ‘di bawah paras kemiskinan’.

Kategori di bawah paras kemiskinan ertinya tidak mempunyai harta, tiada pekerjaan tetap, tiada kediaman sendiri dan berpendapatan kurang daripada RM200 sebulan.

Maka kerajaan BN-UMNO membuka Felda. Golongan rakyat termiskin itu diberi rumah, tanah, dan ladang. Hari ini, pendapatan peneroka sudah melebihi RM2500 sebulan!

Apa lagi yang diinginkan Normala? Islam?

PAS sudahpun melacurkan perjuangan Islamnya melalui persekongkolan dengan DAP!

Maka, jangan bicara soal agama sebaliknya jawab dulu soalan: tidak cukupkah semua yang kerajaan BN-UMNO berikan?

Jika ingin mencari si Tanggang generasi baru, Normala Sudirman adalah sampel terbaik sepsis tersebut!

meliwat politik


Di bawah ini bukan Demang kata. Demang ambil daripada blog Des.

Pun, bukan Des yang cakap. Ia diambil daripada Bernama. Ertinya ia adalah berita yang boleh dipertanggungjawabkan.

Kenyataan ini dibuat oleh bekas orang kuat Anwar sendiri. Orang yang sama-sama berjuang dalam PKR.

Cuba fahami dan selami apakah maksud kenyataan berikut:

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari Selasa mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan pengerusi DAP Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat.

Beliau mendakwa Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat yang dihadapinya manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu, menggunakan kes liwat itu sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP.

Anuar mendakwa keadaan itu telah mengelirukan anggota PKR yang telah membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar dan parti itu dikuasai pihak lain. - Bernama


Jika demikian, bagaimana Anwar nak mempertikaikan kerajaan sedia ada?

Sebenarnya Anwar cuma nak menangguh-nagguhkan perbicaraannya sahaja.

najib jawab anwar

Cabaran Anwar untuk berdebat dijawab Najib dengan sindiran: "selesaikan dulu kes liwat!" Sebenarnya Najib mengulangi seruan majoriti blogger sebelum ini yang meminta Anwar menyelesaikan masalah peribadi di mahkamah.Demang katakan 'majoriti blogger' kerana dapatan terkini menunjukkan blogger pro kepimpinan Najib semakin mendominasi ruang maya. Semakin ramai blogger yang dulunya menentang Dr M dan Paklah kini menyokong Najib. Kenapa? Kerana Najib dilihat menepati inspirasi kepemimpinan zaman IT yang telus dan terbuka.

Tuesday, January 18, 2011

ki

Harakah dengan bangganya menyiarkan berita DAP Selangor menderma pada tabung pekerja Islam di tempat maksiat yang mahu bertukar kerja.

Hebat sangatkah sumbangan itu dibandingkan cadangan Rooney Liu agar dipinda perlembagaan bagi membolehkan orang Islam bekerja di tempat maksiat?

Sebenarnya PAS tak ada kuasa maupun suara dalam kerajaan Selangor. PAS hanya penumpang tongkang tambang murah. Khalid sendiripun cuma makan gaji dengan DAP.

Itulah hakikatnya.

Justeru Demang akan berjuang habis-habisan bagi memberi kefahaman pada rakyat tentang realiti poitik di Malaysia. Perseteruan UMNO-PAS hanya merugikan Islam.

Daripada 222 kerusi parlimen PAS cuma memiliki 23 kerusi. Mampukah PAS menambah jumlah kerusi dalam PRU13 bagi menjadi pemegang kuasa majoriti menggantikan UMNO?

Jika tidak boleh ertinya sia-sia menyokong PAS sebab setiap undi yang diberi pada PAS bermakna membantu melemahkan UMNO.

Apabila PAS tidak menang dan UMNO lemah, siapa yang menang?Entahlah, yang pasti Ummat Islam lah yang rugi.

jurus awal Najib

Najib umum peruntukan RM1.6 bilion untuk pembangunan FELDA dan agihan 500 lot tanah untuk generasi kedua dengan kos prasarana RM8.5 juta.

Itu baru jurus mula pembuka gelanggang. Demang percaya, akan ada lagi kenyataan yang menguntungkan peneroka dan generasi kedua Felda.

Bagi yang bukan anak Felda tak perlulah masuk campur dan mengadu domba para peneroka dan anak cucu mereka.

Kalau peneroka menolak kerajaan, pembangkanglah yang harus menanggung dosa di akhirat sebab memberi fakta yang salah.

Sememangnya jasa Felda yang diasaskan Tun Razak itu amat besar.

Sumber:
BH 18/01:

Monday, January 17, 2011

Anwar kata melayu bodoh

Jika masih ada yang menyangka tidak ada bezanya pemerintahan UMNO-MIC-MCA dengan DAP-PKR-PAS, lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang meski baru sepenggal.

Itu belum lagi jika dilihat di Singapura. Walaupun populasi orang Melayu lebih ramai berbanding India di Singapore (ejaan Singapura pun ditukar), namun orang India mendapat layanan dan peruntukan yang lebih berbanding orang Melayu.

Usaha menyedarkan orang Melayu tentang hak sendiri memang tidak pernah berhenti. Inilah yang menyebabkan pemimpin chauvinist cina dan India jaki dan sakit hati. Padahal UMNO tidak pernah merampas kepentingan kaum lain, apatah lagi yang layak dipanggil hak kaum lain. UMNO hanya mempertahankan perkara yang sepatutnya diperolehi orang Melayu.

Bercakap tentang orang Melayu, Jika Tun Mahathir mengatakan orang Melayu mudah lupa, Anwar pula mengatakan Melayu BODOH! Lihat sini

anwar ke mahkamah

Mahkamah Tinggi tetapkan sambungan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dari 14 Februari hingga 25 Mac depan.

Kita lihat nanti apa pula helah Anwar? Cubaan terbaru Anwar ialah dengan mengajak PM berdebat. Dengan cara itu Anwar berharap rakyat akan melupakan kes liwatnya.Mentang-mentang pro US, dengan PM pun nak lawan berdebat.Setahu Demang, Islam tidak menggalakkan perdebatan sebab tak banyak mendatangkan kebaikan.

calon PAS Tenang diumum

Bekas guru, Normala Sudirman diumum calon PAS tanding pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

Sunday, January 16, 2011

SEBARKAN: awas penipu di internet


Hampir setahun yang lalu Demang menyiarkan pengalaman Demang hampir ditipu penjenayah cyber.

Siaran tersebut mendapat respon daripada beberapa orang yang turut menjadi mangsa.

Sebentar tadi Demang menerima lagi pengakuan mangsa penipuan tersebut. Nampaknya kegiatan tersebut masih bergerak aktif mencari mangsa.

Justeru Demang minta kerjasama orang ramai termasuk blogger untuk menghebahkan perkara ini bagi mengelak lebih ramai mangsa teraniaya.

Sila klik di sini bagi melihat artikal berkenaan. Mana-mana blogger yang ingin menyertakan link di blog, FB dan sebagainya, sila gunakan link http://waadat.blogspot.com/2009/12/apabila-terlalu-banyak.html bagi memudahkan perbincangan.

PERKASA nafi ugut cina


Demang perturunkan kenyataan Perkasa berikutan penyebaran surat yang mendakwa dikeluarkan Perkasa Johor bagi mengugut pengundi cina.




KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan 'desperado'.


Inilah akibatnya apabila Nik Aziz membuka laluan 'matlamat meenghalalkan apa sahaja (lihat kenyataan Nik Aziz bahawa 'kita boleh terima bantuan syaitan').

Kalau dengan syaitan pun boleh bekerjasama, menipu kepala surat bukanlah masalah sangat.

pemimpin MIC manipulasi Interlok


Nampaknya ada sekerat dua orang politik kaum India yang cuba mengeksploitasi novel Interlok untuk tujuan populariti.

Jika demikian rentak, maka akan bersambutlah tarinya. Sebelum Demang membuka langkah seterusnya, sila lihat gerak Flyingkick.

Demang percaya, jika sekalian kaum India di Malaysia membaca novel Interlok, tak sampai 2% yang akan mengatakan novel tersebut menghina kaum mereka.

Persoalannya, berapa orang daripada kalangan orang India yang membaca novel itu? Yang membacapun, semata-mata untuk mencari perkataan untuk dikaikan dengan dakwaan mereka.

Nik Aziz elok tanggalkan serban


Dalam sistem demokrasi, pemimpin parti yang lemah akan mudah dieksploitasi sekutunya.





Sementara Anwar melangut melihat Najib mengagih-agihkan perbagai insentif dan bonus kepada rakyat , dan melengung melihat ketangkasan dan kelincahan Najib menguasai setiap isu yang timbul, Nik Aziz pula tak habis-habis membebel dan mencari salah orang.

Sebuah blog pembangkang mencatatkan kenyataan berikut:
“Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. kata Nik Aziz.

Eh, bila masa pulak UMNO kata begitu pada orang bukan Islam? Setahu Demang, lelucon begitu selalunya diulang ustaz-ustaz semasa berceramah bertujuan menarik perhatian audiens yang sedang mengantuk.

Takkanlah orang cina begitu bodoh tidak mengetahui bahagian mana yang dipotong? Tak tahulah Demang kalau-kalau orang PAS memang ‘potong habis’.

Peel Nik Aziz yang begitulah yang banyak mempengaruhi orang PAS berfikir, bercakap, dan bertindak. Jika Demang ada kuasa, Demang akan haramkan orang begitu memakai serban dan jubah. Tindakan mereka hanya menjatuhkan maruah orang lain yang ikhlas mengikut sunnah Rasulullah.

Demang cadangkan Nik Aziz tanggalkan ketayap, serban, dan jubah itu dan marilah kita berpolitik secara matang. Kalau nak amalkan sunnah, amalkan betul-betul. Jangan berselindung di sebalik sunnah Rasulullah bagi mencapai maksud politik.

Kalau nak perjuang Islam, moh kita masuk UMNO.

Anwar melengung orang Belaga rai Najib


Foto di sebelah menunjukan dua orang budak lelaki sedang menggayakan aksi 'melengung' sambil membayangkan begitulah situasi Anwar yang melengung memikirkan betapa 'lajunya' Najib berlaari.(gambar hiasan: flikr.com)


Jika pagi tadi Demang mencatatkan kisah orang Kapit yang mendapat bonus awal tahun melalui pelepasan hutang bernilai 41 juta, orang Belaga pula melahirkan rasa syukur apabila Najib mengumumkan peruntukan RM62 juta bagi menaik taraf dan membina jalan raya menghubungkan pekan kecil Belaga dan bandar Bintulu untuk manfaat kira-kira 15,000 penduduk di pedalaman Sarawak.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembinaannya akan dilaksanakan menerusi projek Jiwa Murni oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai usaha mengurangkan kos pembinaannya.” (Berta Harian, Jan 16)

Najib memang kreatif. Seboleh mungkin beliau akan membantu kebajikan rakyat walaupun peruntukan tidak begitu mencukupi.

Sekaligus, Anwar terus tertinggal dan kembali melangut.

Kalau tak melangutpun, melengung.


Fakta bukan auta:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM60jnaiktaraf_binajalandiBelaga/Article

Anwar melangut


'Melangut' ertinya memandang ke atas. Menurut kamus Dewan ‘melangut’ juga digunakan untuk orang yang sedang termenung melihat orang lain sedang makan dengan tujuan meminta.

Istilah ‘melangut’ memang tidak asing pada Demang. Orang-orang tua Demang selalu berpesan agar “jangan melangut di rumah orang” atau “jangan melangut ketika orang sedang makan”.

Apabila Demang katakan ‘Anwar melangut’ ertinya:

Pertama, kerana prestasi Najib di mata rakyat yang semakin tinggi menyebabkan Anwar perlu mendongak ke atas bagi melihatnya.

Kedua, dalam keadaan sekarang, dengan pelbagai masalah lama dan baru Anwar hanya mampu meminta simpati pada Najib.

Berkenaan prestasi Najib, terbaru Najib mengumumkan pelepasan hutang sebanyak 41 juta penduduk Sungai Asap, Kapit.

Berikut adalah kutipan berita Utusan Online:
Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa berita gembira kepada penduduk kawasan Sungai Asap apabila beliau menyatakan persetujuan kerajaan secara prinsipnya untuk menghapuskan baki hutang perumahan berjumlah RM41 juta yang ditanggung oleh mereka.

Mungkin bagi anda pengumuman itu biasa-biasa sahaja namun bagi para pengundi di situ, ia amat bermakna. Kemudian, kesannya akan merebak ke seluruh negara.

Demang nasihatkan Anwar, “toksah lah dok melangut macam tu. Malu kat orang.”


Keterangan foto:
Penduduk Kapit mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri mereka.


sumber berita dan foto:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Saturday, January 15, 2011

Anwar masuk hospital?




Beberapa blog menyiarkan berita bahawa Anwar Ibrahim dimasukkan ke hospital di Kuantan sekembalinya dari Terengganu tadi.

Demang khuatir Anwar digigit nyamuk.

Demang tak berani nak mengesahkan berita ini namun jika benar, Hj Hadi patut dipersalahkan kerana gagal menjaga kebajikan tetamunya itu.

Bukankah Hj Hadi mencanangkan negara berkebajikan bagi menggantikan negara Islam?

Dalam masa Anwar sedang kelam kabut menjawab isu, mencari isu baru, mencipta isu, memanipulasi isu, dan pelbagai ciri isu lagi, Najib Razak semakin merapat kepada rakyat dengan gayanya yang bersahaja.

Sesiapa sahaja yang melihat kedua-dua bekas rakan karib itu pasti nampak perbezaan mereka. Yang seorang berwajah keruh manakala seorang lagi sering kelihatan ceria.

Lihat video ini.

antara nyamuk Anwar dan nyamuk Hadi

Foto di sebelah bukan nyamuk aedis tetapi tidak kurang bahayanya serta boleh membawa maut: Malaria.





“Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

“Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. Kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula.

Jika nyamuk yang dimaksudkan Anwar itu ialah Umi Hafilda, siapa pula nyamuk yang dimaksudkan Hj Hadi yang akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh nyamuk pertama?

Demang percaya Hj Hadi masih ingat punca kematian Firaun dek kerana seekor nyamuk.


Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cabaran-debat-ummi-hafilda-hanya-soal-nyamuk-kata-anwar/

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)