Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, July 24, 2010

the return of budak gembala kambing


"Tolong... Tolong... Harimau, harimau... Tolong, ada harimau nak makan kambing saya" jerit si gembala kambing dari atas bukit.

Orang kampung yang mendengar jeritan itu tertawa sesama sendiri. Kali ini mereka tidak percaya lagi pada si gembala. Mereka meneruskan kerja masing-masing tanpa menghiraukan jeritan meminta tolong itu.

Ada juga satu dua orang yang terfikir mungkin kali ini si gembala kambing benar-benar diancam bahaya. Namun beberpa orang yang agak berpengaruh cepat-cepat memadamkan kekhuatiran itu.

Akhirnya jeritan itu semakin sayup dan akhirnya hilang.

Cukuplah. Mereka tidak mahu tertipu lagi.

Esoknya, satu kegemparan berlaku. Si gembala kambing ditemui dengan perut terburai dibaham harimau.

Orang kampung terkedu.

Demikianlah, Demang bawakan lagi cerita klasik yang sudah acap kita dengar dan baca. Namun sejak dulu mesej yang ditonjolkan pada audiens ialah jangan bercakap bohong. Maka selama berpuluh tahun kita hanya menyalahkan si gembala kambing.

Demang juga setuju, memang budak itu bersalah, dulu. Namun jangan dek kerana kesalahan itu menjadikan kita buta hati dan pekak perasaan. Lantaran kesalahan itu diungkit-ungkit dan dijadikan alasan untuk tidak mahu membantu.

Mujur kejadian itu hanya menimpa si gembala kambing sahaja. Tidak merebak pada orang lain. Tidak mengena diri atau keluarga kita. Yang mati hanya seorang budak dan kambing!

Namun jika ia melibatkan negara, adakah kita akan bersikap seperti orang kampung tadi? Bagaimana jika amaran dan kerisauan cendikiawan seperti Harussani, Ridhuan Tee dan lain-lain tentang bahana jika perpaduan tidak disegerakan itu menjadi kenyataan?

Bagaimana jika DAP berjaya menyatukan orang bukan Melayu dalam PRU13 nanti dan menguasai parlimen Malaysia?

1 comment:

ISAC said...

Betul bro..

Umno mungkin akan masih mempunyai sokongan majoriti kerusi orang Melayu kerusi dalam sebuah parti, tetapi jika DAP, PKR & Pas bersatu kerusi mereka lebih... maka BN tetap kalah.

Ironinya kerana "perpaduan" orang2 Cina, DAP akan mempunyai kerusi mejoriti dalam Pakatan Rakyaat!!!

Lepas tu lu fikir sendiri lah... Adakah wakil Pas dan Melayu PKR berpeluang untuk jadi PM? Takat PM boneka macam Nizar bolehlah...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)