Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, December 11, 2009

DAP ungkit masjid, PAS diam

Nampaknya isu BTN masih belum habis dipolitikkan oleh kaum pembangkang. Demang katakan 'kaum' sebab belum tergamak nak guna istilah 'penganut pembangkang' atau 'ummat pembangkang' untuk mereka! Padahal jika dilihat tindak tanduk dan pegangan kaum pembangkang, mereka seolah menganut agama baru yang sama.

Nak kata Islam, adakah Islam menolak perpaduan dan membenarkan doa agar saudara seagama musnah? Islam apa yang sanggup mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah?

Kaum pembangkang dari suku DAP pula tanpa segan silu mengungkit HAK penduduk asal yang turunannya berakar umbi sejak ratusan tahun di nusantara.

Agama apa yang mengajar begitu? TIADA! Melainkan agama yang dibikin oleh mereka sendiri!

Demang tidak mengungkit tetapi lihatlah dua isu berikut. Siapa yang mulakan?

Isu 1
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming persoal kerajaan bina 611 masjid (748.26 juta 8 tahun), melalui peruntukan khas PM.

Isu 2
Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran persoal ketuanan Melayu.

Demang tak nak berhujah banyak-banyak kali ini namun kaum pembangkang dari suku PAS boleh lihat sendiri betapa UMNO sudah memainkan peranan dengan baik apabila PM menggunakan peruntukan khas beliau bagi membina 611 buah masjid sebagaimana yang dibantah pemimpin kaum pembangkang daripada suku DAP itu tadi.

Tohmahan PAS kepada UMNO selama ini 'disangkal' saudara DAP mereka sendiri!

6 comments:

adf55650 said...

Mana ada Islam dalam PAS

bakmai said...

pas mana ada rasa..dia bukan parti islam tp parti ajaran sesat..silap2 dia akan bersekongkol dgn dap haram jadah tu untuk hapuskan islam..lihatlah hadi dan nik ajis punya lar mesra dgn pemakan babi tu..sesama islam dia kutuk dan musuhi..islam apa ni..mereka ni sebenarnya kaum khawarij ketika nabi dulu yg sepatutnya diperangi habis2an.

Anonymous said...

Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.. Fitnah dasyat thdp kor ming hendaklah segera dihentikan.. Baca dulu teks beliau.. Tak semestinya org bising(umno) itu bijak, org snyp(pas) bodoh.. Pas tahu mana isu perlu berbunyi mana isu pas kne senyap.. Pas bkn snyp ttp menjelaskan kenyataan sebenar.. Dalam hukum islam, masyarakat cina di malaysia bukanlah kafir harbi.. kafir harbi dikelaskan apabila org kafir itu menentang islam secara lgsg iaitu angkat senjata.. Kafir yg berbeza ideologi(islam) bknlah islam.. Mereka tidak beriman bg mmpercayai islam.. Tetapi mereka boleh dipujuk.. Kafir harbi sebenar adalah org kafir yg tahu islam tetapi ingin memusnahkan islam.. Malah kalau ic islam tetapi menentang islam juga adalah kafir harbi.. Salam..

adf55650 said...

"Kafir harbi adalah orang yang tahu Islam tapi menentang Islam.Malah kalau ic Islam tetapi menentang Islam juga adalah kafir harbi"
So PAS ni kafir harbi ke?
Saje tanye jer.

imambec said...

anonymousBakmai tu budak umno yang bodo je. Dia bukan taw apa2. Menyerabutkan... Yang umno halalkan arak, judi ngan kelab malam tu islam sangat ke? Ke arak dari arab saudi.. Menteri deme kata halal. Kot kot judi kalau tak pakai daun terup halal kot... Haprak punya umno.

adf55650 said...

Jangan cakap la pasal judi dan arak. Di Selangor PAS diam aje bila arak dijual secara terbuka di tempat majoriti Islam. Pusat hiburan dan maksiat bukan dikawal malah dibuka lagi banyak. Di Shah Alam dimana PAS? Rumah urut pun dah banyak.
Di Penang, Kalau pasal arak, jgn berdalih la. PAS dalam Pakatan Rasuah ade bersuara sikit pun?

Di Kelantan, PAS berkuasa penuh. Tak de kedai Nombor ekor ke? Tak jual arak ke? Pelanggannye pun orang2 PAS jugak. Nak nafikan atas kertas boleh la.

Memang inilah kerja PAS. Islam atas kertas je. Tengoklah realiti.

Bandaraya PAS yang terbesar, Kota Bharu, sampah sarap merata-rata. Inikah kehidupan Islam?

Jangan nafikan dalam komen. Tengo realiti.

Allah pun nampak. Mungkin PAS nak nafikan jugak?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)