Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, August 1, 2017

Motivasi anjing gila (part 3)


Ketika membaca memoir syed mokhtar albukhari beberapat tahun lalu timbul dua persoalan dalam kepala saya iaitu:
Adakah kemiskinan yang menghambat beliau ke arah kejayaan, atau; kekayaan yang menarik beliau keluar dari kemiskinan?

Dengan kata lain, berjaya kerana lari dari kemiskinan atau berjaya kerana ingin menjadi kaya?

Sebenarnya kalau baca kesah hidup orang yang telah berjaya, hampir semuanya berlatar belakang kemiskinan dan kesusahan.

Apakah yang mendorong mereka menjadi berjaya?

Sila perhatikan baik-baik perkataan penting di atas. Perkataan itu ialah. MENDORONG.

Mendorong bermaksud menolak dari belakang. Lawan pada 'mendorong' ialah menarik.

Jarang orang berkata, sipolan berjaya kerana TERTARIK pada kehidupan mewah.

Maka saya katakan sekali lagi bahawa kebanyakan orang yang berjaya adalah kerana mereka telah bersumpah untuk keluar dari kemiskinan.

Saya tak kata semuanya. Saya sebut KEBANYAKANNYA.

Motivasi anjing gila part 2


Sunday, July 30, 2017

Motivasi anjing gila part 2


Apabila saya menulis tentang ini minggu lepas (lihat sini), sebenarnya saya mencadangkan bahawa lebih mudah menggerakkan manusia melalui ancaman berbanding jika kita beri mereka hadiah.

Saya sedar, tajuk berat tak sesuai di fb sebab media sosial hanya untuk bersantai. Sebab tu hanya ada satu respon. Dah la cuma satu, pandangan itu berlawanan pula dengan pendapat saya.

Lebih menyedihkan setelah saya baca respon tersebut saya pula bersetuju dengan beliau.

Maka tidak ada maknalah motivasi anjing gila part 1 tersebut.

Apapun saya bukanlah berseorangan dalam teori ni. Ada nama lain seperti pavlov, skiner, watson dll yang pernah memperjuangkannya, sekitar 1900.

Bahkan dalam dunia pendidikan di negara kita,  ramai peminat (kalaupun bukan pemuja) mereka terdiri dari profesor, pemegang phd, dan pemikir yang membuat dasar pendidikan negara.

Ia dipanggil teori behavior atau tingkahlaku. Teori ini menyatakan manusia bertindak atas rangsangan yang diberikan samada positif atau negatif.

Jap.  Nak buka buku semula.

Bersambung


Motivasi anjing gila part 1




Berapakah modal untuk membeli seekor anjing gila? Sebelum itu, adakah orang nak beli anjing gila? 

Tak apa lah. Kita anggarkan sahaja rm2.

Sekarang, masukkan seekor anjing gila ke dalam sangkar dan letakkan rm2 bersama anjing gila itu.

Mari kita buka tawaran. Siapa sanggup masuk ke dalam sangkar tersebut maka wang rm2 itu akan jadi miliknya.

Sejujurnya jika anda yang diberi tawaran ini apakah yang menyebabkan anda tidak berminat melakukannya?
A.  Anda tidak berminat dengan wang.
B.  Anda tidak mahu digigit anjing gila.

Mari kita cuba eksperimen kedua.
Masukkan sangkar tadi ke dalam bilik berukuran 10 kaki darab 10 kaki.
  
Keluarkan anjing gila dari sangkar tetapi biarkan berkeliaran di dalam bilik itu.

Anda dimasukkan ke dalam bilik tersebut secara paksa. Pintu bilik dikunci tetapi pintu sangkar terbuka. Wang rm2 tadi masih di dalam sangkar.

Apa tindakan anda?
A.  Cepat-cepat masuk ke dalam sangkar dan tutup pintunya. 
B.  Cuba berbaik-baik dengan anjing gila.

Saya percaya anda akan pilih cadangan A. Soalan sebenar untuk eksperimem bodoh ini ialah kenapa anda pilih A?

Adakah kerana anda inginkan wang tersebut atau sebab anda tidak mahu dikerkah anjing gila?

Justeru saya katakan motivasi terbaik bukan wang tetapi anjing gila.

Kenapa saya letak rm2 bersama anjing gila? Kenapa saya nilaikan rm2 sama dengan harga anjing gila?

Saya percaya kebanyakan manusia akan melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh untuk keluar dari ketakutan atau kesengsaraan berbanding  melakukannya kerana inginkan kebaikan.

Seterusnya


Tuesday, July 25, 2017

Anugerah perintis media sosial


Minggu lepas saya dijemput ke Kuantan Pahang untuk diraikan, konon sebagai perintis media sosial di Malaysia.

Sebenarnya title yang diberikan itu rasanya tak tergapai dek tangan sementelah sayapun bukan top blogger ketika itu. Hanya di pinggiran yang akhirnya betul-betul terpinggir.

Apapun jutaan terima kasih pada pihak penganjur iaitu team Media Pahang diketuai Dato Shahaniza Shamsuddin dan orang kuat beliau, sahabat blogger Azam Braveheart.

Rupa-rupanya ada juga pihak yang sudi menghargai spesis terancam yang hampir pupus seperti kami ini.

Mengimbau penglibatan saya dalam penulisan di ruang cyber ala syok sendiri, bermula sekitar 1999 melalui tapak geocities milik yahoo.com. Url tepatnya ialah http://www.geocities.com/panduannet. Kandungan webpage saya itu tertumpu pada bidang pendidikan, kenegaraan, dan sedikit promosi produk keluaran keluarga iaitu minyak morhabshi.



Hidup lagikah link geocities?

Ketika itu untuk menjadikan tulisan kita tersiar di internet tidaklah mudah. Perlukan sedikit kemahiran html.  Namun aplikasi penyunting berkonsep what you see you get (WYSYG) amat membantu saya yang buta bahasa pengaturcaraan.

Terima kasih penyunting web Dreamweaver. Masih ada kah?

Lama juga Geocities berjasa pada dunia. Saya pernah cuba menggunakan Tripod namun tidak begitu serasi.

Tahun masihi 2005 saya membeli domain dan menyewa tapak berbayar yang masih utuh hingga kini iaitu www.morhabshi.com yang merupakan tapak perniagaan online saya. Skrip php pertama ialah skrip murah yang saya beli dari Indonesia dan saya edit sendiri seperti tikus membaiki labu.

Tak dapat kek labu, pengat labu pun jadi lah. Alhamdulillah.

Blogspot muncul sekitar 2009 kalau tak silap. Sebelum dinamakan Waadat saya mencuba beberapa nama lain namun nama Waadat lebih dikenali dan serasi pula hingga ada sahabat blogger yang masih memanggil saya dengan panggilan Waadat.

Alternatif bagi blogspot.com ialah wordpres.  Ia juga menawarkan hosting percuma.


Saya membuka tidak kurang 15 blog (blogspot) secara personal dan menulis di beberapa blog yang dikongsi bersama blogger lain. Saya menulis secara konsisten antara 2 atau 3 blog dalam satu-satu masa manakala selebihnya 'ikut suka hati saya'.

Setakat 24 Julai 2017 terdapat 2156 artikal saya siarkan dalam blog Waadat. Ini bermakana jika dikira dari 2009 hingga sekarang seolah saya masih menulis hampir setiap hari.

Blog Waadat muncul di tengah-tengah medan peperangan besar antara kelompok pendokong gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim (DSAI) dengan penyokong setia kerajaan yang sedang memerintah.

Waadat hidup di zaman Tun Mahathir, Paklah (Tun Abdullah), dan diteruskan pada zaman DS Najib menjadi PM.

Meskipun Waadat dilihat menyebelahi pemerintah namun bagi saya hakikatnya tidak begitu.

Sebagai aktivis ngo (KERIS) yang bergerak bersama Biro Tatanegara (BTN), saya merasa terpanggil untuk mententeramkan orang ramai dengan mengingatkan rakyat bahawa ketua negara yang sebenar adalah Yang Dipertuan Agong dan negara ini adalah negara beraja.

Ini bukannya negara republik atau sosialis berketuakan MR presiden.

Itu sebabnya blog ini dinamakan WAADAT sempena peristiwa bersejarah persetiaan antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat yang bersumpah setia dengan Sang Sapurba di Bukit Saguntang Mahmeru iaitu asal raja-raja melayu bernasab keturunan Parameswara-sultan melaka.

Keaktifan dalam dunia blog membawa kepada usaha menyatukan para blogger sealiran hingga tertubuhnya Blogger Pembela Negara (BPN).



Ibarat belum jumpa rotan akarpun berguna maka saya dilantik menjadi timbalan yang dipertuanya, pertama dan mungkin terakhir. 

YDP disandang blogger dikenali sebagai Panglima Perang Cyber yang kemudiannya saya tahu merupakan seorang ustaz. Beliau perintis yang gigih.

Jika saya sebut nama blogger ketika itu pastilah banyak nama yang akan tertinggal. Namun antara yang boleh saya catatkan di sini ialah Papagomo, Parpukari, Minda Intelek Melayu (Dr Novandri), Taiping Mali, Sekupang Dua, Bumiyang,  Rizqeen Hill, dan Azmi APA.

Sekali lagi saya mohon maaf atas senarai tersebut. Sebenarnya selain nama Papagomo dan Parpukari, saya sekadar menyebut nama blogger yang sempat hadir dalam majlis di Kuantan minggu lepas. Ramai lagi bloggers yang lebih hebat tiada dalam senarai di atas.

Antara bloggers BPN yang masih aktif ialah Panglima Perang Cyber, Pisau,  Angin Perubahan,  Darul Ehsan Today,  Ipoh Malay,  Mymassa,  Pejuang Bangsa,  Badut Rakyat,  Wangsamaju, Blog MIK, Suara Melayu Baru,  Mael Pengerang, dan Tinggalkan Satu Peluru. 

Ada beberapa blogger yang tidak menyertai BPN tetapi menyokong kami seperti Nobisha, Azlishukri, Mysrimuara, dan Husin Lempoyang.

Blogger Azli Shukri hadir dalam reunion di Kuantan yang saya kisahkan ini.

Oh ya.  Anda boleh lihat dalam bloglist di sebelah kiri blog Waadat ini senarai blog yang bergabung di bawah panji BPN. Ada juga yang telah meninggal dunia. Antaranya sahabat saya Dato Azizan Yaakob bekas YB di Jerantut.

Pertumbuhan blog antara 2009-2012 adalah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ia rentetan selepas BN mengalami kehilangan sokongan secara besar-besaran, membawa pada kemerosotan undi dalam PRU meski BN masih mengekal kuasa.

Para pemerhati politik membuat kesimpulan keputusan teruk BN adalah impak serangan pembangkang melalui media cyber tidak bertapis namun dianggap sumber perdana.


Rakyat tika itu sedang dilanda ketakjuban pada kemunculan media baru sehingga apa sahaja yang terbit dari internet dianggap berita dari langit.

Dalam lautan maklumat itulah Waadat muncul. Persoalan besar ialah bagaimana mahu merebut audiens yang mempunyai berjuta pilihan?

Maka Waadat perlu tampil dengan sedikit kelainan. Mesti unik.

Dengan gadjet sederhana serta talian internet terhad,  saya harus mengemukakan sesuatu yang menarik agar tidak tertolak ke tebing. 

Pendekatan yang saya ambil ialah mencungkil dan menyingkap agenda tersirat di sebalik peristiwa tersurat. Ia adalah tugas amat mencabar dan lebih perit lagi ia perlu dilakukan sendirian.

Sepatah kata seorang sahabat blogger ketika itu, jangan komplen sebab tiada siapapun yang menyuruh kita berblog.

Antara contoh tumpuan penulisan saya ialah apabila ramai yang bosan dengan Tuah maka Jebat ditonjolkan sebagai adiwira baru melayu.

Maka di sinilah Waadat mengambil peranan kecil memulihkan semula imej Tuah di mata orang melayu, terutama generasi muda.

Zaman reformasi juga berjaya memberi nafas kembali kepada beberapa pemuja sosialis seperti hishamudin Rais dan Raja Petra. Ini cabaran cukup hebat kerana rakyat amat mudah terpesona dengan bujukan sosialis yang amat muluk. 

Era blog yang dilihat begitu hebat akhirnya tersisih apabila muncul Facebook. Media sosial yang lebih mesra pengguna itu menjadikan blog bukan lagi pilihan utama.  

Audiens tidak hanya ingin sekadar membaca idea blogger bahkan dapat pula melontarkan pendapat sendiri dengan amat mudah.

Ramai kalangan blogger sendiri akhirnya merasa lebih selesa dengan Facebook dan Twitter meninggalkan blog yang makin tersisih dan terabai.



Sebenarnya tidakan tersebut wajar kerana tiada gunanya berpencak di gelanggang sendiri tanpa lawan dan audiens.

Orang ramai sudah lari ke media sosial sebenar.

Bloggers Waadat juga tidak tetkecuali. Saya membuka dua akaun facebook dan dua page atas nama Cheguman Waadat dan Demang Lebar Daun. Itulah dua nama yang dikenali audiens yang selalu menjengah Waadat.

Peperangan dalam media sosial terutananya Facebook rupanya lebih sengit. Undang-undang, etika, dan peraturan dibuang terus. Malah hukum agama seolah tidak perlu dipatuhi di ruang cyber.


Facebooker bertempur siang malam,  24 jam. Gambar pemimpin samada kerajaan mahupun pembangkang diconteng dan disebarkan semahu-mahunya. Ulama pun dihina dan dipersenda. 

Carut marut,  maki hamun dihambur wewenang. Langsung tiada pantang larang atau segan silu. Padahal akaun masing-masing bertaut dengan anak-anak serta kaum keluarga.

Akhirnya saya ambil keputusan membuka Akaun baru atas nama penuh saya Noor Azman Aminudin.



Saya jemput kaum keluarga, rakan taulan, dan kenalan sahaja. Apapun untuk meluaskan kenalan saya jemput dan terima rakan kepada rakan saya. Biasanya saya akan lihat profile mereka terlebih dahulu.

Yang tidak beradab biasanya saya akan buang.

Sejak kebelakangan ini pengguna facebook sudah semakin matang. Dalam kalangan rakan saya perkongsian merapu dan komen maki hamun sudah hampir tiada.

Saya sukakan fb. Sesekali terfikir juga,  alangkah baiknya jika Malaysia boleh buat sesuatu supaya kita tidak perlu 'bergantung' pada FB lagi.

Sebenarnya kita perlu buat sendiri. 

Sekian,  wassalam.

Cheguman, Waadat. 
Demang Lebar Daun. 

Wednesday, July 12, 2017

Kill two birds with one stone


Rasanya ramai yang pernah dengar pepatah inggeris "kill two birds with one stone" tak kiralah samada betul-betul faham atau setengah faham.

Oleh kerana ramai yang sudah tahu maksud asal pepatah itu maka saya ingin menarik perhatian anda maksud kedua pepatah tersebut. Maksud tersirat. Ia lebih praktikal.

Melontar, melastik, atau menjadikan seketul batu sebagai peluru bagi membunuh seekor burung adalah tugas amat sukar. Itu sebabnya ramai yang gagal.

Maka saya cadangkan diterbalikkan peribahasa itu yakni kita guna dua batu atau peluru bagi meningkatkan kebarangkalian menewaskan seekor burung.

Membazir?  Mana lebih membazir antara guna dua biji peluru dapat seekor burung berbanding guna sebutir peluru tetapi sampai kesudah tak dapat walau seekorpun?

Saya tidak menyalahkan pepatah itu atau mengatakan masyarakat inggeris tertipu selama ribuan tahun. Pepatah itu benar jika dilakukan oleh orang bijaksana. Malah pepatah itu memang bertujuan menjadikan kita bertindak secara bijaksana.

Bijaksana itu bagus namun kiita nak berniaga, bukan nak tunjuk pandai. Berjaya dalam perniagaan juga membuktikan kita sudah bijaksana.

Bagi anda yang mengikuti blog waadat saya sejak 2008 akan sedar betapa saya amat menghargai kebijaksanaan orang dulu-dulu tak kira bangsanya.

Pepatah yang ditinggalkan perlu dilihat dari dua sudut iaitu tersurat dan tersirat.

Sunday, May 7, 2017

Islam bukan agama rasmi negara kita


Apa beza agama rasmi dengan agama persekutuan?

Jom kita lihat kenapa ditulis dalam Perkara 3 perlembagaan Malaysia "Islam agama persekutuan" dan bukannya 'agama rasmi persekutuan.'

Kuncinya, apabila ada yang rasmi selalunya ada yang tidak rasmi. Dalam bab lain mungkin boleh tetapi dalam soal aqidah,  ia adalah tidak masuk akal.

Analoginya:
Apabila Richard memeluk Islam maka Islam itu adalah agama beliau dan bukan sekadar agama rasmi beliau. Beliau tidak boleh mempunyai agama utama (rasmi) dan dalam masa yang sama memiliki agama kedua.

Sebagai penganut Islam,  tugas utama richard ialah melaksanakan perintah Allah taala. Yang lain2 hanya sunat selagi bukan haram di sisi Allah.

Solat adalah tugas wajib. Kerja hanyalah ibadah sunat. Maka apabila bertembung perkara sunat dengan wajib maka yang sunat perlu ditangguhkan, bukan sebaliknya seperti yang lazim sebahagian dari kita lakukan.

Saya bagi contoh lebih jelas. Apabila Malaysia ini beragama Islam, maka keseluruhan yang ada di Malaysia mestilah berlandas Islam.

Namun ada sedikit tolak ansur yang para ulama kita ambil, yang saya rasa dibuat berdasarkan tafsiran surah alkafirun... "bagimu agamamu dan bagiku agamaku".

Kelonggaran ini diiringi syarat yang ketat. Perkara 3 menetapkan "...agama lain boleh diamalkan dengan AMAN dan DAMAI".

Ini bermakna apabila penganut agama lain ingin meneruskan kepercayaan nenek moyang mereka yang dibawa dari negara asal,  mereka mestilah melakukan tanpa menyinggung perasaan ummat Islam. Kalau sampai mengganggu ketenteraman awam,  lebih2 lagi la.

Menyebarkan ajaran selain Islam samada secara terang-terangan atau senyap-senyap terutama kepada anak cucu ummat Islam akan menyebabkan ummat Islam marah. Ini yang tersirat di sebalik 'aman dan damai'.

Bagaimana pula jika program agama Islam mengganggu ketenteraman awam?  Perkara 3 dengan jelas mengatakan agama negara kita adalah Islam. Apabila beragama Islam maka ada ibadah wajib dan ada yang sunat dilakukan. Selain itu ada harus,  makruh,  dan haram.

Justeru secara asasnya tidak timbul soal ibadah ummat Islam yang dilakukan di negara ini mengganggu ketenteraman awam.

Apapun,  dalam melaksanakan ibadah, Islam juga menggariskan apa yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Ada hukum wajib, sunat, harus, makruh, dan haram.

Isu yang timbul dan menjadi viral sekarang ialah apabila orang ramai tidak faham dengan perlembagaan. Bukan sahaja orang bukan Islam yang keliru dan tidak faham bahkan ummat Islam pun masih ramai yamg keliru.

Perkara 3 dalam perlembagaan mengesahkan secara muktamad bahawa Malaysia adalah negara Islam secara total,  bukan separuh-separuh.

Tanpa prejudis politik atau sentimen keagamaan, kerajaan yang memegang kuasa perlu memikul tanggung jawab memastikan semangat perlembagaan tidak hanya di atas kertas sahaja.

1. Melaksanakan Islam di negara Islam adalah wajib.

2. Kerajaan perlu memberikan kefahaman sejelas-jelasnya pada sekalian rakyat dan warganegara supaya semua pihak lebih bersedia. Itulah konsep penerimaan. Tanpa kefahaman, konsep tolak ansur hanya tinggal anganan.

3. Kerajaan yang diberi amanah mesti menyediakan prasarana dan kemudahan agar konsep 'aman dan damai'yang tercatat dalam perlembagaan mampu dipatuhi.

4. Untuk perkara di atas,  bukan sahaja menyediakan masjid yang sesuai malah kemudahan parking,  kelicinan lalu lintas dan pergerakan para jemaah dan orang lain perlu diselia.

5. Perlu disedari,  masa solat jumaat bukan hanya orang bukan Islam sahaja yang tidak ke masjid malah wanita Islam juga tidak bersolat jumaat dan ramai juga yang menggunakan jalan raya berhampiran masjid.

6. Jika ini belum mampu kita usahakan bagaimana kita mahu melaksanakan perkara yang lebih besar seperti pelaksanaan hudud sepenuhnya?

Saya rasa bukan hanya orang Islam yang patut faham perkara ini malah rakan2 bukan Islam kita juga elok memahami perkara ini.





Thursday, April 27, 2017

Hospital ditutup?


Takde le sampai tutup hospital

Minyak apa ni?
Minyak morha (morhabshi) jwb saya.

Saya sedar, itu bukanlah jawapan yang orang tu mau. Dia peduli apa nama minyak saya? Dia nak tau apa faedah minyak morha morhabshi kat dia.

Dulu-dulu dengan bangganya saya jawab ini minyak serbaguna. Tokwan saya buat. Tapi ramai orang yang lebih arif pasal marketing menegur saya. Susah nak jual produk serbaguna. Tak khusus. Takut orang tak beli sebab dia tak nampak kegunaan khas untuk masalah dia.

Kata mereka, orang nak tau apa perlunya dia beli sesuatu produk. Lagipun kalau betul satu produk boleh selesai semua masalah, buat apa susah-susah buat klinik & hospital . Buat apa habis duit ratus ribu latih bakal doktor?

Ye tak ya jugak.  Logik.

Saya renung balik. Tak bergunakah minyak morha morhabshi selama ni?

Sayapun tak tau bila tarikh sebenar tokwan kami ustaz hamid mula buat minyak morha morhabshi. Yang saya ingat, sejak awal remaja jika luka, sakit perut, atau cedera masa bermain kami sapu minyak ini.

Apabila saya dapat anak, saya & isteri guna sejak mereka bayi. Sapu perut, dada, betis, lengan... Cepat baiknya pusat baby kami... Hari-hari sapu. Walaupun takde sakit apa-apa. Sediakan payung sebelum hujan, kata orang.

Bila sembang dgn jiran-jiran, mereka pula tertarik nak guna. Jiran saya di melaka, cucunya asyik menangis sampai mak ayahnya tak boleh tidur, berjaga.

Mak mertua saya bagitau pasal minyak morha  morhasbhi. Diapun try. Alhamdulillah malam tu jugak laki bini tu dpt tidur lena sampai pagi. 'Ter'cuti diorang berdua pagi tu sebab lelap sangat. Tahun 1999 tak silap saya.

Sejak itu ramai org kampung yang cuba. Ramai pulak yang serasi dan membeli setiap bulan. Dulu saya jual rm5 botol saiz 15ml. Sekarang rm45 tapi botol 120ml. Nampak macam naik harga tapi lebih kurang je sebenarnya. Botol lebih besaw. Masa tu gaji cikgu rm435, sekarang keluar maktab (ipg) dah rm1800 belum campur elaun. Berapa kali ganda tu?

Zaman ni kalau pergi kenduri nak bagi rm5 pun tak tergamak. He he...

Atas permintaan ramai, sekarang dah ada saiz 500ml. Lebih jimat. Siap bagi botol refill.

Oh ya. Klinik dan hospital berhampiran berjalan seperti biasa. Pengguna pun takde la fanatik sangat dengan minyak morha morhabshi sebab setiap kaedah perubatan ada kelebihan masing-masing. Orang sekarang termasuk doktor bersikap terbuka dan berlapang dada.

Bagi saya, minyak morha morhabshi ni macam kotak kecemasan. Terkejut terjaga tengah malam, boleh capai dan guna sebelum buat rawatan lanjut di hospital.

Hebatnya minyak morha morhabshi, ia lebih laju dari van ambulan dan lebih dekat daripada klinik yang paling hampir dengan rumah anda. Maklum la.. Boleh simpan di rumah dan tahan hingga 2 tahun.

Eh,  nak panggil minyak morha ke minyak morhabshi? Mana-mana pun boleh la...

Kannnn...

Insya-Allah. Semua dengan izin Allah taala.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)