Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 28, 2018

Najib nak ustaz kazim jadi mt umno

Yang Demang Sedang Fikir (03)
Tidak mustahil nanti tok nan bagi laluan sahabat satu kelas Demang di temerloh ini jadi mb pahang. Ustaz syed ibrahim ni letak logo apa pun menang, kata seorang pengundi. Era rahman & rahim ini kita perlu lebih ramai ulama dalam umno. Insyaallah.

Ini cerita lama tapi elok dibuka semula sempena pilihanraya. Maklumlah, kita nak cari pemimpin yang baik.

Sementara itu pagi ini pencalonan pru-14 sedang berlangsung. Sambil menunggu para calon mengisi borang, kita sembang².

Pemimpin yang berani dan bijak kita dah ada. 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Pemimpin yang hebat berpidato dan pandai mempengaruhi orang ramai dengan kata² pun kita pernah ada. Cuma beliau tak sempat jadi PM.

Apa kata kali ini kita berketuakan orang yang ada ciri² baik pula.

Demang setuju Najib bukan lah baik sangat. Tapi beliau ada ciri² orang baik.

Untuk naik ke atas beliau tak pernah mencabar sesiapa. Sepanjang sejarah politik beliau sekadar mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan, kecuali untuk jawatan PM yang ada sedikit konflik.

Paklah dilihat terlalu lemah untuk bertahan dari serangan pembangkang yang ketika itu bagai tsunami.

Maka paklah didesak untuk meletak jawatan. Demang rasa tak perlu diungkit siapa di belakang gerakan menjatuhkan paklah itu.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kebetulan tadi Demang terjumpa sebuah cerita lama. Tentang pelawaan najib pada ustaz kazim elias sebagai MT umno.

Setahu Demang ustaz kazim orang pas. Kenapa najib nakkan ustaz kazim?

Rupa²nya najib inginkan sokongan ustaz kazim bagi menggerakkan pendidikan tahfiz di peringkat nasional.

Kenapa najib tidak gunakan kepakaran dan pengalaman orang umno? Padahal zahid hamidi sendiri ada sekolah tahfiz bertaraf dunia. Lepasan sekolah tahfiz ini akan dihantar ke universiti antarabangsa seperti harvard.

Menteri pelajaran yang juga bekas menteri besar terengganu iaitu idris jusuh adalah pengasas rangkaian sm imtiaz (tahfiz ulul) albab. Bahkan beliau telah memasukkannya ke beberapa mrsm terpilih ketika menjadi pengerusi mara.

Tapi najib tidak berfikir begitu. Beliau mahu semua pihak dirangkum dan digerak bersama. Beliau bukan jenis pecah dan perintah.

Bahkan kalau boleh beliau mahu umno dan pas bersatu walau apa kaedahnya.

Satu lagi yang Demang suka, hampir setiap kali ada masalah besar atau nak buat keputusan penting najib akan ke mekah buat umrah.

Siapa yang tak pernah buat dosa? Najib bukan malaikat atau wali tapi beliau ada kesungguhan.

Yang musuh beliau terpaksa akui ialah najib amat sabar. Itulah kualiti tertinggi untuk jadi seorang pemimpin.

Wallahualam.

Bersambung.. Kelibat syaitan di simpang jalan

Artikal sebelum: masjid umno jemaah pas

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan, saya amat setuju, DS Najib seorang pemimpin yang sangat tinggi kesabarannya. Dia tak melatah dan tidak gunakan kedudukannya untuk mengainaya musuh seperti bekas'maharajazalim' 22 tahun, peristiwa Memali berlaku disebabkan orang ini tiada iman, tiada sabar dan bernafsu ganas..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)