Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, September 22, 2012

Jangan boikot youtube



Ummat Islam dipersenda lagi.

Kenapa? Kerana ummat Islam bukanlah ummat yang digeruni apa lagi dikagumi.

Dulu orang kata Iraq kuat dan Saddam hebat. Nampaknya ia hanya khayalan semata-mata. Fatamorgana.

Iran juga khabarnya ada banyak senjata termasuk nukleur. Padahal cerita itu hanyalah bom jangka yang akan dijadikan alasan untuk menghancurkan Iran suatu hari nanti.

Filem dan buku yang menghina ummat Islam bukan perkara baru. Sebelum ini isu Salman Rushdi sudah meletup. Apa orang Islam boleh buat?

Setakat mengugut? Salman makin terkenal dan masih hidup hingga sekarang.

Kali ini sebuah filem dikeluarkan oleh orang kafir yang menghina Rasulullah SAW. Demang memang sedih tapi nak marah pada siapa?

Memanglah orang kafir itu musuh Islam. Apa nak dihairankan? Dalam berperang, kita tidak boleh mempertikaikan senjata pihak lawan sebaliknya usahakanlah senjata yang lebih baik.

Maka ummat Islam seluruh dunia membantah. Ada kesankah? Boleh menangkah kita?

Pagi ini Demang terima lagi mesej agar memboikot Google dan Youtube selama 3 hari!

3 hari sahaja? Apa kesannya?

Demang cuba untuk menuruti kempen tersebut namun pagi tadi apabila Demang mencari video untuk pendidikan Islam maka semua video yang disenaraikan berada dalam Youtube! Bagaimana?

Selama ini pun para ulama dan pendakwah Islam menggunakan Youtube sebagai media untuk berdakwah. Kenapa kita nak boikot saluran itu hanya kerana ia tidak menyebelahi kita dalam isu ini?

Bagi Demang boikot memboikot ini bukan strategi yang bijak. Kita perlu lebih bijaksana menggunakan ruang yang ada.

Baca semula sejarah dan lihat bagaimana Rasulullah menggunakan perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan berat sebelah akhirnya menguntungkan dakwah Islamiyah.

Janganlah kita mudah sangat melatah dan terjerat dengan provokasi. Bahkan isu ini sebenarnya telah dijadikan bahan untuk mendapatkan 'politic miles'.

Buka semula Youtube atau apa sahaja saluran dan binalah, perbanyakkan bahan dakwah Islamiyah di dalamnya.

Tawanlah sekalian manusia agar mengESAkan Allah Taala dengan berhikmah.

Banyak kesah teladan pekerti Rasulullah yang boleh kita filemkan. Ia akan menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.

Ia jauh lebih berfaedah berbanding BOIKOT YOUTUBE 3 HARI!

Ok lah. Demang nak cari nasyid Al-Mizan dalam Youtube kejap lagi.

Mula-mula, cari dalam Google dulu.

3 comments:

Anonymous said...

seluruh dunia tahu bahawa negara-negara islam ada banyak gunting dalam lipatan.umpamanya jika sesaorang ahli politik yang tidak terpilih sebagai calon,maka kemungkinan berlakon ok hanya diluar tetapi dalam hati Allah yang tahu.tengok saja di Malaysia bertahun-tahun duduk dalam kabinet,bila kena berhenti mengalabah fitnah sana sini?.macam orang-orang inilah yang boleh dikudakan untuk menjalankan jarun syaitan-syaitan yang sedang menunggu.any time mereka akan bantu bagi melingkupkan keamanaan.

usin said...

salam. akupun dpt msj yg sama. boikot youtube & google selama 3 hari. hrp di akhirat nanti kita boleh menjwb apa tindakan kita bila rasulullah dihina. yg aku tak faham ialah kenapa boikot 3 hari sahaja? kan baik jika sampai bila2. namun sebelum boikot, bangunkan sistem Islam itu sendiri yg boleh menyaingi google (termasuk youtube). setakat 3 hari, itu lebih bersifat emosional. mcm budak2 yg kuat merajuk. hilang rajuk, mendakap balik. sekadar pendapat aku.

Cheguman said...

setuju Usin. Bina alternatif dan kita takde masalah nak boikot terus pun boleh.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)