Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, June 12, 2012

3.8b komisyen kapal selam untuk siapa?


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.  

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.  

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa. 

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini. 
112090028784
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.  

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen. 

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan. 

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti. 

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill. 

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.  

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

(artikel di atas adalah email yang Demang terima daripada seorang sahabat Demang. Oleh kerana tulisan beliau memang Demang minat maka Demang turunkan di sini tanpa sebarang perubahan).

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)