Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 21, 2012

temui Zulfahmi pelumba MotoGP di perhimpunan belia 2012 lusa

Penunggang AirAsia-SIC-Ajo, Md Zulfahmi Khairuddin ketika mengambil selekoh pada GP Perancis yang berlangsung di litar Le Mans pada 15 Mei 2011. (Gambar arkib).

PETALING JAYA, (Bernama) - Pelumba AirAsia-SIC-AJO, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menyimpan azam untuk meraih kedudukan 10 terbaik dalam setiap perlumbaan Grand Prix Motorsikal (MotoGP) yang disertainya musim ini.
"Berdasarkan kepada pengalaman yang saya ada, meletakkan sasaran seperti itu  adalah sesuatu yang positif. Saya memang bersedia untuk itu.
"Saya tahu, dalam perlumbaan motosikal seperti ini agak sukar untuk mendapat kedudukan 10 terbaik dalam setiap perlumbaan. Saya akan cuba yang terbaik dalam setiap sesi kelayakan untuk mendapatkan grid yang baik," kata pelumba berusia 20 tahun dari Kampung Bukit Canggang, Banting, Selangor ini.
Beliau ditemui pemberita pada majlis penerimaan penajaan di Damansara  Perdana yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Pada majlis berkenaan, Ahmad Shabery mengumumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan menyumbang sejumlah RM96,000 kepada Muhammad Zulfahmi untuk kegunaan beliau sepanjang musim ini.
Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Shabery berkata Muhammad Zulfahmi  boleh menjadi ikon bidang permotoran kepada para belia di negara ini dan beliau berharap lebih ramai golongan belia akan melibatkan diri dalam bidang ini secara serius pada masa akan datang.
Menyentuh mengenai penajaan itu, Muhammad Zulfahmi berkata ia merupakan   kesinambungan kerjasama antara pihak KBS dan Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sejak 2009.
Sementara itu, beliau turut berharap lebih ramai peminatnya dan juga sukan  permotoran untuk datang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motorsikal Malaysia pada 21 Okt depan.
Mengenai cabaran Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali yang mahu menyaksikan beliau meraih kemenangan podium, Muhammad Zulfahmi berkata itu menjadi tekanan kepadanya.
"Itu satu cabaran yang besar buat saya. Ia juga satu tekanan kepada saya. Tekanan berlumba di Malaysia banyak, daripada peminat, daripada media dan saya perlu positif dan banyak bersabar," katanya.
Untuk musim perlumbaan kali ini, Muhammad Zulfahmi akan menunggang jentera 250cc empat lejang untuk kategori Moto3 yang menggantikan kategori 125cc musim lepas.
"Perubahan jentera daripada 125cc kepada jentera Moto3 ada banyak perbezaan. Dulu dua lejang sekarang kena guna jentera empat lejang, jadi saya kena banyak tukar cara pemanduan saya.
"Kalau dilihat dari segi kuasa enjin, Moto3 lebih lemah daripada 125cc tetapi dari segi catatan masa jentera Moto3 lebih baik. Dengan sokongan penuh daripada KTM (pengeluar jentera) saya mengharapkan saya mendapat kedudukan yang baik di setiap perlumbaan," katanya.
Menurut beliau, berdasarkan kepada dua sesi ujian pramusim yang dijalankan pada Februari lepas di Litar Ricardo Tormo, Valencia dan Litar Jerez, Sepanyol, masih ada banyak yang perlu beliau dan jurutera pasukannya lakukan untuk memastikan jentera KTM beliau berada dalam keadaan terbaik.
Sebelum memulakan musim 2012 pada Grand Prix Motorsikal Qatar di Litar Losail pada 8 April depan, Muhammad Zulfahmi perlu menghadapi satu lagi sesi latihan pramusim di Litar Jerez minggu depan.

Demang: Mutakhir, Zulfahmi telah menyatakan akan hadi dalam himpunan belia di putrajaya lusa.



No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)