Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 29, 2012

Najib kata haram jadah


Sebelum itu Demang nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger prokerajaan yang kini semakin menguasai medan tempur maya dan semakin merapat ke garis kemenangan.

Peningkatan tersebut adalah bayangan pada peralihan semula sokongan rakyat daripada dipengaruhi pembangkang, kepada menyokong pembaharuan yang dibuat kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ada orang tanya Demang, kenapa terdapat blogger prokerajaan bersikap seperti blogger pembangkang yang menggunakan kata-kata kesat dalam blog?

Bagi Demang, manusia ni ada macam-macam. Seperkara lagi, bagaimana rentak begitulah tarinya.

Kami para blogger pun begitu juga. Ada antara kami yang bertahan dan sebahagian daripada kami bertindak sebagai penyerang.

Di jalan yang banyak selekoh kita tidak boleh memandu lurus.

Bagi Demang, untuk majoriti rakyat yang rasional sudah tentu ingin melihat fakta sebelum membuat keputusan.

Berikut adalh contoh fakta yang disirkan dalam media arus perdana hari ini.

Bacalah, dan buat pertimbangan dengan akal yang sihat.

Najib bukan malaikat atau wali. Beliau ada emosi. Kalau dah bersusah payah hendak menolong naun masih dituduh dengan pelbgai tohmahan, siapa yng boleh sabar?

Namun berapa kali Najib bercakap kasar sejak dia menjadi menteri berusia usia 22 tahun?

Sebenarnya, jika nak dikatakan pemimpin anugerah Allah, Najib lah orangnya.

Najib adalah cucu seorang hartawan melayu (sebelah ibu) dan cucu seorang pemimpin besar Pahang (sebelah bapa).

Beliau adalah keturunan bangsawan yang sepatutnya hidup dalam 'istana' dan bukannya berkeliaran di merata tempat menyusahkan diri.

Namun dalam masa yang sama Najib adalah anak Tun Razak yang tidak betah memejam.mata melihat nasib rakyat.



21 lagi projek baru NKEA

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 21 lagi projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka melonjak Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020. 

Projek itu membabitkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM20.46 bilion dan mewujudkan 39,918 pekerjaan dalam tempoh berkenaan.

Projek itu terangkum di bawah NKEA Pertanian, Perkhidmatan Perniagaan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Pemborongan dan Peruncitan, Elektrikal dan Elektronik serta Greater KL/Klang Valley.

Perdana Menteri berkata, bagi NKEA Pertanian, tiga syarikat komited untuk melabur RM456.69 juta yang akan mewujudkan 2,539 pekerjaan, selain meningkatkan keselamatan makanan kebangsaan. 

Bagi Perkhidmatan Perniagaan, tujuh syarikat melabur RM2.4 bilion yang mewujudkan 10,909 pekerjaan dalam bidang seperti membina dan membaik pulih kapal, kejuruteraan reka bentuk, pusat data serta pusat perkhidmatan global. 

"Pendidikan kekal menjadi enjin pertumbuhan utama untuk masa depan dan kita mesti terus melabur dalam bidang ini. 

"Projek AWLU, Heriot Watt University Malaysia dan Kolej Universiti KDU akan membawa amalan terbaik dari seluruh dunia, termasuk institusi terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom. 

"Pelaburan keseluruhan mereka RM535.58 juta akan mewujudkan 660 pekerjaan,” katanya berucap pada majlis Laporan Terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) pertama bagi 2012, di sini, semalam. 

Sejak dilancarkan Oktober 2010, 72 projek ETP dilaksanakan membabitkan pelaburan berjumlah RM188 bilion yang mewujudkan 331,741 peluang pekerjaan baru, selain menyumbang PNK RM129 bilion menjelang 2020. 

Pada majlis sama, Najib yang juga Menteri Kewangan turut menghuraikan pencapaian terkini enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) berasaskan 51 dasar dicadangkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara serta menyampaikan dua teras utama ETP, iaitu fokus dan daya saing. Pencapaian itu, termasuk Akta Gaji Minimum yang baru diwartakan dan tambahan lima rakan kongsi untuk program MyProCert di bawah SRI Pembangunan Modal Insan. 

Di bawah SRI Persaingan, Standard dan Liberalisasi pula, Tribunal Rayuan Persaingan ditubuhkan, perkembangan 12 Standard Malaysia (MS) membabitkan Diod Pemancar Cahaya dipercepat dan liberalisasi sembilan subsektor. 

Di bawah SRI Kewangan Awam, Najib berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melaksanakan beberapa inisiatif menambah baik pentadbiran serta pematuhan cukai. 

Usaha itu membuahkan tambahan kutipan cukai RM192.8 juta pada suku pertama 2012 oleh LHDN dan KDRM, melangkaui sasaran RM191.4 juta. 

“Setahun setengah sudah berlalu sejak saya melancarkan ETP. April lalu, kami menerbitkan Laporan Tahunan ETP yang pertama dan saya bangga pencapaian 23 peratus melepasi sasaran ditetapkan. 

“Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi negara menggalakkan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lalu. 

“Pada suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat peningkatan sebanyak 4.7 peratus, melebihi jangkaan umum. 

“Bagaimanapun, perjalanan masih jauh harus ditempuhi untuk kita nyatakan bahawa `misi kita sudah selesai dengan jayanya'. 

“Dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, inilah masanya untuk kita mengorak langkah dengan lebih tegas dan pantas supaya destinasi yang kita impikan menjadi kenyataan,” katanya.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)