Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 3, 2012

Plan Perpaduan Hasan Ali

SHAH ALAM 2 Feb. - Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk 'tsunami' baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

''Dengan 'tsunami' itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas," katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

''Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

''Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu," jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

''Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama," katanya.

Demang masih memerhati. Masih berparut di hati bagaimana kami (blogger BPN) bertungkus lumus berusaha agar PAS dan UMNO bersatu namun PAS akhirnya menolak dengan alasan PAS tidak boleh lupa 'penipuan' UMNO 30 tahun lalu!

posted from Bloggeroid

1 comment:

Anonymous said...

SEBAIKNYA TIDAK ADA THIRD FORCE, SEBAB IANYA AKAN MEBUATKAN UNDI MELAYU AKAN LEBIH BERPECAH. SIAPAKAH YANG UNTUNG DISEBALIKNYA. CARILAH KAEDAH SELAIN MENGUJUDKAN PARTI KUASA KETIGA INI

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)