Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 3, 2011

Anwar: anugerah atau ujian Tuhan

Demang tidak ingat sejak bilakah PAS mula menggunakan solat hajat bagi tujuan mencari kebenaran dalam politik.

Yang Demang ingat ialah sejak Anwar Ibrahim disingkir sudah banyak kali solat hajat dilakukan. Kata PAS, untuk mencari kebenaran.

Demang setuju sangat-lah dengan solat hajat itu asalkan ia dilakukan dengan ikhlas agar Allah Taala serlahkan kebenaran.

Demang masih ingat solat hajat ketika Anwar baru disingkir ialah bagi memohon Allah Taala menunjukkan kebenaran siapakah yang bersalah: Mahathir atau Anwar?

Maka dalam diam rakyat pun mula tertunggu-tunggu untuk melihat bencana apakah yang akan berlaku pada Dr Mahathir yang memecat Anwar.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan namun tiada apa-apa yang berlaku kepada Dr Mahathir bahkan dilihat bertambah sihat.

Bagi mengubat rasa kecewa, beberapa pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan bahawa bala Allah tidak berlaku serta merta. Bahkan akan mengambil masa setelah beberapa tahun.

Maka, bulan berganti tahun dan tahun bertukar menjadi bertahun-tahun. Kini sudah melangkaui dekad yang baru. Tun Mahathir yang sudah melepasi usia 80an semakin sihat dan mampu pula terlibat dengan pelbagai program kebajikan di peringkat antarabangsa seperti jihad di Palestin.

Manakala Anwar Ibrahim dilanda pelbagai musibah termasuklah meringkuk selama lebih 6 tahun di dalam penjara.

Mungkin PAS tidak perasan tetapi rakyat sememangnya tidak pernah lupa. Rakyat melihat kesan solat hajat tidak menyebelahi Anwar Ibrahim bahkan bekas pemimpin nombor dua UMNO itu semakin berserabut.

Itulah sebabnya kerusi PAS makin merosot dari semasa ke semasa. Kini PAS cuma mampu meraih 23 kerusi berbanding 87 milik UMNO melalui PRU12.

Itupun dalam keadaan UMNO dilihat amat lemah! (padahal yang lemah ialah parti komponan BN bukan Melayu).

Kemudian PAS menganjurkan solat hajat lagi. Tidak lama selepas itu seorang anak muda tampil membuat laporan polis dengan dakwaan diliwat. Kes tersebut masih dalam proses perbicaraan hingga kini. Anak muda bernama Saiful tersebut malah sudahpun melakukan sumpah laknat. Setakat hari ini keadaannya masih sihat walafiat.

PAS terus melakukan solat hajat dan tidak lama selepas itu, bukti terbaru skandal seks Anwar melibatkan rakaman video bukan sahaja tersebar secara meluas malah pengadunya juga tampil dengan sumpah sekiranya dia bercakap bohong maka Allah Taala akan melaknatnya.

Demang rasa PAS perlu menerima hakikat bahawa Anwar bukan-lah lelaki anugerah Tuhan. Barangkali PAS perlu bertanya kembali, adakah kehadiran Anwar di pihak pembangkang suatu anugerah atau sebenarnya satu ujian Tuhan bagi menguji ketulusan perjuangan PAS?

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)