Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 9, 2011

KUALA LUMPUR, 8 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah.
Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina.
“PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqrar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah).
“Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali,” kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip.
Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka.
Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama’ Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama’ Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina.
Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud.
”Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina,” katanya.

Demang akui diri ini tidak layak membicarakan hukum apatah lagi untuk mempertikai pihak yang ahli dalam bab hukum Islam.
Namun perlu diingat ada berjuta-juta lagi rakyat Malaysia dan berbilion manusia yang sedang memerhati bagaimana orang yang dikatakan arif dalam Islam memberi tafsiran pada Al-Quran dan Hadis.
Perlu juga diingat bahawa jika pendapat Demang tidak sama dengan majlis peguam Syarie, pendapat Demang masih ada kalibernya kerana secara automatik ia ada persamaan dengan Majlis Peguam Muslim.
Apapun kali ini Demang bukan nak menjatuhkan hukum. Cuma sebagai orang awam, Demang melihat pendirian menolak saksi kamera atau alat lain dalam kes zina adalah satu kesilapan dalam mentafsir saranan Rasulullah SAW.
Adakah saksi yang dimaksudkan Rasulullah SAW itu mestilah terdiri daripada manusia yang melihat secara terus sahaja? Tidakkah rakaman video yang disahkan tulen (kandungannya tidak melalui proses penyuntingan dan pelakunya dapat dikenalpasti) oleh sekumpulan pakar yang cukup syarat sebagaimana dikehendaki Islam tidak memenuhi syarat?
Tidakkah pakar DNA juga boleh dimaksudkan sebagai saksi?
Sebenarnya soalan begitulah yang bermain di kepala orang ramai. Maka pihak tertentu perlu memberi penjelasan rasional, bukan membuat keputusan berdasarkan fahaman politik!
Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said...

Ada ka yg boleh jadi saksi, sebab syarat nk jadi saksi antaranya tidak fasik.

kalau nk harapkan saksi, best la tutuh dalam bilik sebab saksi tak blh tengok.

Anonymous said...

Anon, komen anda nampak mcm loyar buruk tetapi itulah yg difikirkan org awam. oleh itu para ulama kena fikir secara positif dalam menegakkan hukum agar tiada yg teraniaya.

Siapa yang nak bela Saiful?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)