Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 17, 2011

Jasa terbesar PAS di Jepun

Oleh kerana tidak ada isu lagi untuk dimainkan, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPP Pusat) hari ini menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak pro-aktif terhadap kebajikan  pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Jepun sekarang.

“Terima kasih je le...” kata Demang.

Sebenarnya tanpa ‘gesaan’ itu pun kerajaan memang sudah ambil pelbagai tindakan bagi membantu rakyatnya walaupun ramai juga pelajar Malaysia di Jepun yang ikut sama menentang kerajaan tanpa tahu hujung pangkal.

Sama juga halnya seperti yang berlaku di Mesir sebelum ini. Padahal pelajar di sanalah yang ramai membenci kerajaan. Akhirnya terhegeh-hegeh beratur balik dengan duit tambang kerajaan.

“Dah memang tanggungjawab kerajaan.” Kata salah seorang pelajar yang terlibat apabila ditanya.

“Alhamdulillah, akhirnya awak mengaku bahawa kerajaan kita memang bertanggungjawab.” Balas Demang.

Berbalik pada perkara tadi, Demang percaya, setelah selesai semunya nanti, dapatlah para pemimpin lajnah PAS itu bercerita betapa hebatnya mereka menggesa kerajaan agar membantu mangsa gempa dan tsunami di Jepun.

"Phehh... berjasa sungguh PAS di Jepun!"




Foto hiasan:
http://apusa.us/japan-plan-12404/

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)