Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 5, 2011

rais yatim dituduh, anwar ibrahim yang risau

Piiraaah... hang pun sikit lebih kurang... macam aku jugak!!!


Mungkin itukah yang dikatakan Anwar?

Mari kita lihat berita ini dulu:

BH 05/01: Datuk Seri Rais Yatim nafi dakwaan laporan blog dan parti pembangkang yang dibuat terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa: BERNAMA


Kita imbas kembali; suatu ketika dulu apabila Najib dan Rosmah dituduh membunuh seorang wanita Monggolia, maka mereka berdua pun menafikannya.

Namun ramai yang tidak percaya. Padahal, si pembawa berita itu hanyalah seorang lelaki yang diragui statusnya sebagai saksi. Bahkan, tidak ada satu ciri pun yang membolehkan lelaki itu dikategorikan sebagai saksi.

Nak kata dia lihat kejadian itu, jauh panggang dari api. Hujah paling kuat yang digunakan lelaki aneh itu ialah:

1) Wanita Monggolia tersebut tiba di Malaysia untuk mencari seorang lelaki bernama Razak Baginda. Benarkah yang dicarinya itu Razak Baginda? Ataukah dia tersilap sebutan memandangkan nama orang Melayu dengan orang barat berbeza? Yang dicari sebenarnya Najib Razak. Oleh kerana silap pemahaman maka disebutnya 'Razak'!

Sebenarnya itu bukan fakta tetapi hanya persoalan bagi menimbulkan was-was dan curiga! Itulah kerja syaitan (rujuk Al-Quran, surah Annas).

Namun ramai juga yang percaya cerita dongeng itu.

Keistimewaan lelaki yang menggunakan nama Raja Putra itu ialah dia seorang penulis blog yang pro kepada pembangkang. Ketika isu itu dikeluarkan, blog-blog pembangkang dianggap menyampaikan berita dari langit!

Tambah memeriahkan suasana ialah apabila pihak tertentu yang berusaha mempertahankan Pak Lah sebagai PM turut menghebahkan isu tersebut dalam UMNO sendiri. Dengan cara itu mereka berharap najib akan tersingkir terus dan Pak Lah kekal sebagai PM.

Ada dua versi ceritera yang disebarkan. Versi pertama karya RPK menyebut Najib sendiri terlibat dalam pembunuhan itu. Manakala versi kedua yang berlegar dalam UMNO ialah Najib tidak terlibat sebaliknya Rosmah. Malah dikatakan Rosmah sendiri berada di tempat kejadian menyaksikan pembunuhan.

Rosmah kemudiannya mengemukakan dokumen-dokumen rasmi bagi menyangkal tuduhan tersebut. Manakala Najib mengambil keputusan untuk melafazkan sumpah bagi menafikan penglibatannya.

Malah, Najib telah bersumpah sebanyak TIGA kali di TIGA tempat berasingan bagi menafikan tohmahan tersebut.

Berbalik pada tajuk di atas, kali ini seorang lagi menteri yang bukan calang-calang orang sedang menghadapi tuduhan. Rais Yatim memang tokoh pemimpin hebat di zaman Tun Mahathir. Sebagaimana hebatnya beliau dalam kerajaan, begitu juga lah hebatnya ketika menyertai parti Semangat 46 bersama Razaleigh Hamzah menghentam kepimpinan Tun Mahathir.

Jika Anwar Ibrahim berslogan ‘Lawan Tetap Lawan’ maka Rais Yatim mengumumkan bahawa jambatan untuk beliau berpatah balik ke pangkuan UMNO sudah dibakar!

Persoalan sekarang, Najib sudah bersumpah TIGA kali, bagaimana pula dengan Rais Yatim?

Rosmah sudah mengemukakan alibi, Rais Yatim bagaimana pula?

Cara yang bagaimana akan dilakukan Rais?

Ataukah Rais akan mengikut cara Anwar Ibrahim iaitu sekadar menjerit ke serata pelusuk alam mendakwa semua tuduhan tersebut hanyalah konspirasi?

Jika Rais mengambil cara Najib atau pun Rosmah, maka Anwar-lah yang KANTOI!

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)