Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, January 15, 2011

Khalid cuba bohongi rakyat


Bakal MB Selangor Baru



Berikut adalah kronologi lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Dato’ Menteri Besar.

ii) Dato’ Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Dato’ Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.



Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Padahal fakta sebenarnya ialah:


1) 3 Disember 2010
* Surat rujukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (S) 328/2/1-1 Klt.22/(73Y dari JPA mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebelum ini, Datuk Ramli Mahmud.

2) 3 Disember 2010
* Surat rujukan IPK.Sel. (S) 1095/6 Jld. 44 daripada SUK Selangor memanjangkan tiga calon untuk mengisi jawatan SUK Selangor yang baru bagi mendapat perkenan Sultan Selangor kepada Setiausaha Sulit kepada Sulit Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

3) 10 Disember 2010
* Surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan SUK Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, SUK Selangor sebelum ini.

4) 17 Disember 2010
* Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan tiga nama untuk calon SUK Selangor.

5) 21 Disember 2010
* Surat rujukan (65) dalam Pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor menyampaikan satu salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor iaitu surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01. Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan Sultan Selangor terhadap Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru.

6) 27 Disember 2010
* Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pelantikan SUK Selangor yang baru di dalam akhbar-akhbar tempatan.

7) 27 Disember 2010
* Menteri Besar mengutus surat kepada Sultan Selangor mohon menghadap bagi membincangkan pelantikan Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru. (Sultan Selangor pada masa ini sedang bercuti dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).



Bagi Demang kalau dalam hal melantik Setiausaha Negeri pun Khalid boleh berbohong, bolehkah dia dipercayai sebagai wakil rakyat dan ketua kerajaan negeri?


Tidak hairanlah dalam kalangan mereka sendiripun sudah semakin berani meminta Khalid meletakkan jawatan, malah calon pengganti Khalid pun sudah dikenal pasti.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)