Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, July 11, 2010

PAS percaya bertilik nasib



Terperanjat Demang menatap Harakah keluaran terbaru memaparkan karikatur seekor sotong memilih PR dan membuang BN.

Nampaknya selepas menghalalkan macam-macam termasuk kalimah Allah dan meluluskan pembaharuan lesen arak di negeri-negeri yang dikuasai mereka, PAS melangkah ke belakang lagi dengan turut sama mempromosi Sang Sotong Ahlul Nujum.

Demang faham konsep karikutur namun adakah perkara yang termasuk dalam 7 dosa besar boleh dibuat main?

Demang percaya, para pengikut PAS akan memberi alasan yang lazim iaitu UMNO pun buat salah.

Namun Demang yakin bahawa alasan tersebut akan membuat rakyat semakin menolak PAS kerana rakyat hanya bersedia menukar pemerintah jika ia lebih baik daripada yang asal, bukan sebaliknya.

Hanya ada satu alasan untuk menolak UMNO iaitu jika kita bersedia negara ini diperintah DAP. Jika bersedia, maka pilihlah PR.

Rakyat semakin meragui tindakan pemimpin PAS.

3 comments:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Apa khabar sekarang?

PAS senyap je dalam isu geng baiknya Anwar Ibrahim ada kaitan dengan CNN dan dikatakan ejen CIA oleh blogger US tu..tak terketik pun. Sibuk pulak hal sotong buat ramalan.

Entah apa-apa, logo bulan lambangkan Islam tapi percaya karut marut. Kalau orang lain buat silap sikit MELENTING. Bila kena batang hidung geng sendiri PURA PURA tak tahu..

Sudahlah..

Anonymous said...

Logo bulan sabit lambang Islam tetapi logo bulan penuh macam mata dajjal.

Anonymous said...

Semenjak berkawan dengan PEE K R ni , PAS seolah-olah hilang pegangan berpolitik mereka selama ini. Demi untuk menduduki Putra Jaya yang tak boleh pun kata boleh. Nampaknya ulamak dalam PAS semakin membisu dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin tertentu...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)