Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, May 23, 2010

PAS Kelantan teruskan lesen arak

Dah lama Demang tak baca akhbar bercetak. Akhbar dalam talian pun kekadang terlepas. Kesibukan sedia ada semakin bertambah sejak kelahiran putera Demang baru-baru ini. Maka jadual harian pun terpaksa dipinda.

Sementara TYDP BPN menimang putera ketiga, YDP BPN pula menyambut kelahiran puteri ketiga minggu lepas. Tahniah Panglima. Nanti boleh berbesan.

Pagi ini ketika bersarapan seorang diri, terlihat seorang pemuda cina menjual akhbar lalu Demang pun membeli Mingguan Malaysia. Selain berita besar kemalangan kapal terbang di India, terdapat kenyataan TPM, TS Muhyidin bahawa kerajaan masih menimbang samada menyambung semula lesen perjudian bolasepak.

La... Rupa-rupanya lesen tersebut bukanlah baru nak diperkenalkan sebaliknya yang hendak diputuskan ialah samada perlu disambung atau ditamatkan.

Lantas Demang teringat pelbagai lesen judi di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Tak ada pula Demang dengar ia hendak ditamatkan. Dulu, pernah kerajaan Kelantan ditanya tentang lesen arak dan judi di negeri yang dipimpin ulama PAS itu. Namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dibasmi.

Sambil menghulurkan tangan mengambil MM, Demang terpandang Harakah di atas meja penjual itu. Tajuk besarnya, PAS anjur bantahan lesen judi.

Mungkin Harakah sindir Nik Aziz kot?

Nota:
Antara rencana terbaik MM hari ini ialah tulisan Dr Ridhuan Tee. Eloklah pandangan beliau diambil kira oleh kerajaan.



foto hiasan:
carlsberg
democraticbelarus.eu

2 comments:

pok nik said...

Lesen Judi Bola ni sama saja dgn Lesen Jual Arak dekat Kota Bharu bandaraya Islam..yg diperkenankan oleh TG Nik Abdul Aziz. Alasan diberi takut nanti puak2 Cina merajuk tak sokong PAS pulak kalau diharamkan jualan arak..Memang arak dijual secara terbuka di jalan Padang Garong..dan pok nik pernah tengok orang melayu pun tunggang jugak..

Jadi kalau Nik Aziz haramkan penjualan arak di seluruh Kelantan, tanah comel tanah serendah sekebun bunga ni..apa akan jadi? Adakah Cina akan angkat senjata melawan kerajaan negeri maka berlakulah pertempuran 7 hari tujuh malam antara Cina (peminum arak) dengan kerajaan Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat???

Dari halalkan penjualan arak secara terbuka di Kelantan baik halalkan Judi Bola TETAPI HANYA untuk orang-orang Kafir saja (Cina etc). Pengawasan rapi perlu dibuat..memang boleh buat..kalau tidak Melayu pun togok arak jugak di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM NIK AZIZ..So...

Dari arak pergi ke berzina..kemudian membunuh.. Ko Guano Tok Guru Nik Aziz?? Dok gitu...

Wake UP! said...

Kelantan ni pun ada jual arak, tak sesuai dengan nama Serambi Mekah.

PKR=Illmuninati.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)