Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, May 29, 2010

DEB zalim?


Demang masih ingin melanjutkan diskusi dengan beberapa pengunjung terutamanya Melayu 2020 yang sudi memberi respon bagi mencari kebenaran.

Bagi melangsungkan perbincangan tersebut, Demang sarankan para pengunjung memahami hasrat sebenar DEB dan bertanya dengan jujur adakah DEB itu alat bagi menzalimi kaum lain atau sekadar memelihara hak orang Melayu yang telah dirampas penjajah dan diberikan kepada orang asing.

Sementara itu, mari kita lihat perkara lain pula yang masih bertitik tolak pada pembinaan negara.

Baca seterusnya.

4 comments:

melayu2020 said...

chegu kata - Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, kenapa PAS tidak diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?

saya kata - apa maksud cegu? serangan bagaimana yang cegu harapkan dari pas kepada kerajaan? Adakah cegu bermaksud pas semestinya membalas keganasan ke atas pengikut as syahid ibrahim libya dengan melakukan serangan balas ke atas kerajaan secara gerila? Kalau begitu maksud cegu,maka pas tidak mungkin berbuat begitu. Kenapa? Sudah saya bagitahu sejak awal lagi bahawa pas di wujudkan untuk berdakwah dan bukan untuk berperang. Dan amatlah sia-sia sekali pas ingin berperang dan berbunuhan dengan umno.Kerana ahli umno masih bersyahadah. Cuba lihat situasi memali. Bagaimana ahli2 pas dan pengikut ibrahim libya mempertahankan madrasah. Semuanya berbukti secara rakaman video. Bagaimana kereta perisai di gunakan untuk merobohkan pintu pagar madrasah. Kenapa pas mengelarkan mereka syahid? Sebab fatwa majlis agama islam kedah sendiri mengatakan mereka semua syahid dan Sultan kedah sendiri menziarahi pengkebumian mereka. Jika umno boleh katakan pejuang memali itu sesat atau pengganas,maka sila pertikaikan perbuatan sultan kedah itu. Belum ada dalam sejarah kesulatanan melayu yang menziarahi jenazah pengkhianat atau pengganas.

Soal DEB

Cuba cegu fikir. Siapa kah yang biasanya mendapat projek atau tender melalui DEb ini?. Jangan cuba nafikan ianya tidak berputar di kalangan kroni umno sendiri. Contoh paling kecil,kenapa setiap projek yang berjalan di kampung2 sahaja,perlu ada komisyen pada ketua umno cawangan,tabung umno kampung? Saya tidak pertikaikan perjalanan projek tetapi saya pertikai kenapa ada komisyen? Ok,sahabat saya. Baru dapat tender. Buat jalan dan menurap tar. Ketua kampung minta sikit.Ketua umno minta sikit. Tabung umno sikit. Apa kesudahannya pada jalan dan kos turap? Jawabnya..jalan semakin nipis. Tidak menepati specs JKR. Nasib baik kalau jalan kampung(jalan D.O ),tidak perlu specs asal projek berjalan sudah. Kesudahannya tak sampai setahun jalan rosak. Jadi itu sudah satu pembaziran. Dan itu baru satu kampung. Berapa puluh ribu kampung di malaysia ni? Itu baru projek kampung. Belum projek daerah,belum lagi projek negeri. Kalau projek kampung dah menanggung rugi,cuba cegu bayangkan kalau projek yang lebih besar. Bayaran untuk projek bukan duit kerajaan. Itu adalah duit rakyat. Kerajaan di beri amanah cuma untuk mentadbir sahaja. Menteri2 sudah dapat gaji. Juga yb. Kenapa nak telan juga ?. ( perkara ni cegu kena ambil pusing kerana inilah akan menyebabkan penduduk kampung akan mula menolak BN ) Itu bab projek.

Bab kontraktor.

Jika mereka enggan 'gosok' ( masuk duit tabung umno,ketua cawangan ) maka itulah sekali peluang mereka untuk dapat tender. Sahabat saya dah kena. Alasan sahabat saya,jika masuk sana sini ( tabung itu dan ini ) maka jalan tidak berkualiti. Stadium dan sekolah boleh runtuh inikan jalan tak boleh merekah. Mencuba dia kali kedua untuk satu projek. "blacklist". Alasan? Tak bagi pada jkkk kampung. Menyesal sahabat saya. berenti dia jadi kontraktor,meniaga kedai makan. Dapat sikit pun jadilah cuma dia kata dia menunggu peluang jika PR di takdirkan Allah memegang tampuk pemerintahan,dia akan cuba memohon semula.

Rumusan

Bn nak pegang balik malaysia majoriti lebih 2/3 ? Boleh. Berubahlah.. Jadilah pemimpin yang telus. Kalau gaji rm 5000 sebulan,maka makanlah gaji yang itu. Jangan di kacau hak orang lain. Sudah saya ceritakan sedikit perihal Rosul dan khalifah umar,bagaimana baginda berdua wafat meninggalkan harta yang sedikit. Contohi baginda,insya Allah Umno dan BN bakal di hormati semula. Percayalah.

Cheguman said...

“Saya kata – “Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, kenapa PAS tidak diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?”

Maafkan saya kerana saudara Melayu 2020 sudah membuat tafsiran yang begitu jauh menyimpang daripada maksud ayat di atas.

Maksud saya begini:
Saudara mengemukakan contoh Memali yang saudara dakwa suatu tindakan politik. Maka saya jawab, tindakan polis terhadap pengikut ustaz Ibrahim Libya bukan kerana politik tetapi kerana mereka dianggap membahayakan negara (orang awam). Tindakan yang sama juga diambil ke atas pengikut sebuah ajaran di Batu Pahat dan juga Al-Maunah di Jenalik.

Justeru saya mengemukakan persoalan tersebut iaitu, ’Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, kenapa PAS tidak diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?”

Dalam ayat yang lain, ia boleh berbunyi begini:
”Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, maka PAS juga akan diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?” Maknanya, pengikut PAS juga akan dibunuh. Namun kenapa ia tidak dilakukan?

Kerana, PAS adalah parti politik manakala Ibrahim libya bukan politik. Maknanya, tindakan polis di memali bukan bermotif politik. Maka saudara 2020 tidak sewajarnya mengemukakan isu Memali bagi menuduh kerajaan zalim!

Saya akan jawab persoalan lain (kontraktor, tender dll) di waktu lain.

Sementara itu saya harap ustaz lebih berhati-hati membuat tafsiran terhadap sesuatu kenyataan sehinggalah ustaz benar-benar memahaminya.

Saya juga belum berpuas hati dengan jawapan ustaz tentang DEB. Ustaz hanya memberi beberapa contoh perlaksanaan DEB sedangkan yang saya minta ialah apakah hasrat kerajaan dalam mengemukakan DEB.

Ingat, jika saudara ke masjid dan kemudiannya mendapati kasut saudara hilang maka jangan dituduh semua orang di dalam masjid itu pencuri!

Apapun, saya optimis UMNO dapat dibawa ke landasan yang betul dan suatu hari nanti presidennya ialah seorang ulama berwibawa.

melayu2020 said...

chegu kata - Dalam ayat yang lain, ia boleh berbunyi begini:
”Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, maka PAS juga akan diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?” Maknanya, pengikut PAS juga akan dibunuh. Namun kenapa ia tidak dilakukan?

Kerana, PAS adalah parti politik manakala Ibrahim libya bukan politik. Maknanya, tindakan polis di memali bukan bermotif politik. Maka saudara 2020 tidak sewajarnya mengemukakan isu Memali bagi menuduh kerajaan zalim!

saya kata - cegu membaca tragedi memali yang menjadi sejarah hitam umat islam malaysia itu dari perspektif yang salah. Adakah cegu bertanya kenapa as syahid ibrahim libya dan pengikutnya di perlakukan sebegitu rupa? Atau cegu bertanya pada tempat yang tak sepatutnya? Saya nak tanya cegu satu perkara. Cegu mengajar di sekolah. Mengajar menggunakan buku teks yang di sediakan kerajaan. Di dalam buku teks tersebut telah di tulis tentang aspirasi kerajaan. Jadi pendapat saya ,jika cikgu seorang yang berani mengajar benda yang lain dari aspirasi kerajaan,mungkin cegu akan di kenakan tindakan tatatertib. Contoh:

1. Buku teks agama islam sukatan menengah memberitahu islam merangkumi segalanya termasuk perundangan islam. (malangnya dlm buku teks tersebut tidak tersebut perintah melaksanakan hukum itu padahal ianya wajib )

2. Cegu sebagai seorang ustaz yang menadah ilmu daripada ulama muktabar yang di yakini imannya,bahkan dalam al quran sendiri tertulis WAJIBnya hukuman di jalankan.

Saya nak bertanya pada cegu. Yang mana satu cegu nak bagitahu pada murid? Yang di tetapkan oleh buku teks atau memberitahu pada murid ilmu yang cegu belajar?

Saya pasti jika cegu seorang yang beriman dengan Allah swt dan rosulNya takkan bersifat menyembunyikan ilmu. Maka cara ke 2 di atas wajib cegu beritahu dan ajarkan pada murid.

Begitu juga hal ibrahim libya. Bertanyalah pada mereka yang haq dan mengetahui kisah sebenar KENAPA beliau di hukum sebegitu rupa. Siapa almarhum di dalam kerajaan semasa hidupnya. Tak mengapa..saya bagi hint kenapa ibrahim libya di bunuh dan kenapa ahli pas seluruh malaysia tak jadi macam al marhum.( mati di bunuh).

Sebab almarhum mempertahankan dirinya dari di tahan di bawah i.s.a lah di antara punca pembunuhannya. Kenapa beliau mahu di tahan i.s.a ? Yang itu cegu kena pergi melawat keluarga almarhum yang sekarang masih hidup,dapatkan terus cerita yang benar. Baru kena pada tempatnya cegu. Kalau semua ahli pas di tahan i.s.a , insya Allah..semuanya sanggup di bunuh kerana kami mempertahankan nyawa dan tidak sekali kali tunduk pada akta tahanan terhad peninggalan penjajah. Tapi kisah semua ahli pas akan di perlakukan seperti di memali tidak mungkin berlaku,jika berlaku juga ianya di namakan political cleansing. Harap ianya tidak berlaku. Nampak kan bezanya?

Saya faham maksud cegu. Dan saya faham hasrat kerajaan. Sudah saya kata pada awal,jika apa yang di bawa oleh kerajaan itu baik,insya Allah semuanya di terima dengan baik. Takkan satu benda pun selama kerajaan memerintah itu tiada satu yang baik? Tapi sampai masanya cegu,kita harus terima hakikat,kita tidak selamanya berada di atas. Kalau kita rasa kita baik,hendaklah kita berbaik sangka bahawa ada pihak lain lagi yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Apa yang cegu mahu risau jika malaysia bila tiba masanya berubah pucuk pimpinan? Jika yang berubah itu tidak baik,maka sampai tempohnya tukar balik. Inikan demokrasi. Kita kena belajar terima hakikat,kerajaan beratus tahun boleh tumbang,tapi kerajaan Allah swt yang di langit dan di bumi itulah yang kekal selamanya. Soalnya adakah kita menyokong penuh kerajaan di langit dan di bumi pimpinan Allah swt yang bersambung dengan para khalifahNya di muka bumi ini?

saya bukan uztaz,jauh sekali seorang guru. Saya hanya tahu menaip bahkan kurang ilmu. Saya duduk di kejauhan dan hidup melalui duit zakat yg di terima oleh muslimin dan muslimat maka HARAMlah bagi diri saya menyembunyikan benda yang benar walaupun ianya pahit.

Salam.

Cheguman said...

Terima kasih Melayu 2020 atas penerangan isu Memali. Saya tidak ingin menyambung isu tersebut dan enggan mengambil sebarang pendirian samada mereka syahid atau tidak.

Saya juga sering ulangi bahawa dalam PAS ramai ahli agama yang sedang menjadi ahli politik. Cuma saya masih keliru tentang hubungan PAS dengan DAP yang terang-terang sebuah parti chauvinis. Mereka mendakwa bukan perkaunab tetapi terang-terang anti Melayu-Islam.

(lihat tulisan Dr Ridhuan Tee).

Sudahkah saudara meneliti DEB sebagaimana yang saya sarankan sebelum ini?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)