Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, March 5, 2010

PAS terlepas dan melepas

Sebenarnya melepas dengan terlepas tidaklah jauh bezanya. Kedua-duanya daripada kata dasar 'lepas'.

Itu mukaddimahnya, sekadar berbasa basi, kata orang.

Demang dan barangkali ramai lagi rakyat Malaysia beragama Islam melihat betapa PAS telah melepaskan peluang keemasan apabila gagal mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO selama 10 tahun ini.

Berapa lama lagi tempoh peluang yang PAS perlukan agaknya? Adakah 10 tahun tidak cukup panjang? Isu apa lagi yang mujarab PAS gunakan? Adakah perpecahan UMNO sehingga terpecatnya timbalan presiden UMNO belum cukup besar untuk PAS gunakan bagi menghenyak UMNO?

Kenapa isu liwat yang didakwa hanya fitnah dan konspirasi tidak mampu menarik simpati rakyat untuk menolak UMNO? Kenapa orang Melayu tetap menyokong UMNO biarpun parti itu dikatakan 'menolak' hudud?

Dengan sebegitu banyak isu sehingga UMNO dianggap seperti sebuah bahtera yang hampir karam, PAS masih gagal menenggelamkan UMNO. Bahkan, PAS pula akhirnya sedang tenggelam!

Justeru Demang fikir para penyokong PAS perlu menilai semula perjuangan PAS. Fikirkan, kenapa Allah Taala tidak izinkan PAS memerintah. Cuba kaitkan dengan doa, solat hajat dan permohonan alim ulama serta sekalian rakyat selama ini.

Bukankah kita pohon Allah Taala beri kemenangan kepada pihak yang benar? Bukankah kita minta Allah Taala tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah? Kenapa masih enggan akur? Kenapa kita tabirkan kebenaran dengan keegoan?

Sekadar 'terlepas' masih tidak mengapa tetapi jangan sampai 'melepas'. Itu khianat namanya.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)