Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, November 28, 2009

Talkin untuk Husam



Husam bukanlah nama lazim bagi orang Melayu. Seingat Demang hanya ada satu nama ’husam’ yang pernah singgah di telinga Demang. Itulah HUSAM.

Barangkali itu salah satu sebab kenapa Husam sukar bertahan lama dalam politik. Orang Melayu keliru dengan bunyi ’sam’ yang boleh terkait dengan macam-macam perkataan yang mempunyai makna yang bermacam-macam juga. Antaranya, masam, kusam, lasam, resam, dsbnya. Tapi bukan ’sam’ dalam sitcom 2+1 yang terkenal suatu masa dulu. Bunyinya lain walaupun ejaan sama.

Tambahan pula Husam bukan ustaz. Beliau sukar menyaingi barisan ’al-fadhil’ yang lebih sinonim dengan PAS. Beliau berkelulusan ekonomi daripada UM. Jaluran pendidikan beliau sebelum itupun tidak pernah menyinggahi mana-mana pondok atau pesanterian. Jauh sekali untuk ke India atau Pakistan seperti Nik Abduh. Cuma Husam pernah mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Lebih daripada itu Husam juga berhadapan dengan ’ahli-bait’ yang mempunyai kelompok penyokong tersendiri. Almaklumlah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Jika Nik Aziz boleh mencapai makam Mursyidul Am dan Menteri Besar, takkanlah putera-puteranya tidak sanggup menjawat Timbalan Presiden?

Lihat sahaja semangat Nik Adli yang membawanya ke Afghanistan. Bolehkah anda ukur semangat juang dan kekentalan hatinya? Cuma dari segi strategi perjuangan, tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang patut dipuji.

Laluan Husam pada suatu ketika nampak lancar menuju ke puncak. Perebutan kerusi presiden UMNO yang membawa pada penubuhan S46 membuka lorong untuk Husam membolosinya. Teringat Demang pada filem 2012 tatkala wiranya mengelak letusan dan hentaman bola api dengan penuh bergaya. Begitu juga Husam yang akhirnya menduduki kerusi nombor dua dalam kerajaan Kelantan ketika Ku Li bersendirian di kerusi rehat villa di Gua Musang.

Akhirnya Husam terpaksa juga mengahadapi tembok besar ahli bait Tok Guru. Nik Abduh secara terang-terangan tidak menyukai beliau sejak awal. Tulisan-tulisannya dalam blog secara nyata berkonfrontasi bukan sahaja dengan Husam malah sesiapa sahaja pemimpin PAS yang dilihat dalam kem Husam.

Pada peringkat pertengahan Husam dibantu Syed Azidi (kickdifella) menerawang dunia cyber menabur propaganda. Dalam masa yang sama hubungan intim kedua-dua mereka dengan Nik Aziz dilihat semakin jelekit sehingga menimbulkan kejengkelan Nik Abduh sendiri. Seterusnya team Husam dicop dengan nama Erdogan.

Bagi sesetangah orang PAS, Husam adalah wira sebenar. Beliau tegas menolak kronisme walaupun melibatkan keluarga Tok Guru sendiri. Konflik tersebut turut menjemput campur tangan anak perempuan kesayangan Nik Aziz sendiri iaitu Nik Amalina. Bagi yang tidak begitu mengenali keluarga Tok Guru, Nik Amalina binti Nik Aziz adalah isteri kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman iaitu CEO PMBK yang dilantik oleh MB Kelantan. Namun bagi yang tidak serasi, beliau sering dikaitkan dengan isu balak dan yang terbaru isu petroleum.

Demikian serba sedikit fakta yang dapat Demang kutip bagi mengiringi pengunduran Husam daripada politik. Biarpun Nik Aziz cuba memujuk Husam kembali namun setakat ini rajuk beliau agak panjang dan sukar diubat. Tambahan pula orang kuatnya kickdifella sudah lebih awal dipecat dan dituduh musang berbulu ayam dan penulis mabuk. Lihat sini.

Lihatlah blog-blog orang kuat PAS sejak kebelakangan ini dan anda akan rasai betapa hebatnya gelora yang mereka sedang hadapi. Anda juga akan dapati cerita tentang PAS di dalam akhbar arus perdana sebenarnya hanya memaparkan ‘cerita-cerita kecil’ sahaja.

Tuduhan paling besar dikenakan pada Husam ialah penentang kuat formula perpaduan UMNO-PAS.

Adakah era selepas Husam akan membuka semula harapan rakyat mengecapi perpaduan?

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Husam_Musa
http://nikabduh.wordpress.com/
http://kickdefella.wordpress.com/
http://profile-husammusa.blogspot.com/

Foto:
husam musa drpd Amin Iskandar flickr.com


Foto di atas sekadar hiasan, diambil daripada batu nisan nesa...ok jpg metacafe.com

1 comment:

Anonymous said...

SLM CHEGU..DULU MEREKA HEBOH MEMPERKATAKAN KRONI DAN NEPO TERHADAP BN. TP SKRG GILIRAN MEREKA YG TERKENA. JGN HARAP MEREKA NAK AKUI PERANGAI BURUK MEREKA SENDIRI

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)