Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, November 15, 2009

Rasuahkah Nik Aziz?



Tokwan hanya orang kampung.

Seingat Demang berbagai pekerjaan telah dilakukannya bagi menampung keluarga. Tokwan biasa mengusahakan bendang di Sungai Besar. Itu sebabnya jika beliau terlihat ada anak cucu yang mencicirkan beberapa ulas nasi ketika makan, segera ditegurnya: “kutip nasi tu, ‘cu. Kalau di sawah, sebiji padi jatuhpun Atuk kutip.”

Suaranya memang lembut. Rasanya, tidak pernah Demang mendengar beliau meninggikan suara. Jika terlalu marah, beliau akan turun dari rumah dan menuju ke kebunnya. Pernah Demang ikut. Rupa-rupanya beliau mententeramkan diri dengan mengutip butir-butir cengkih di dalam kebun di belakang rumah.

Tokwan mengusahakan tanaman kelapa dan koko sebagaimana orang lain di kampungnya. Terdapat juga pokok kopi dan beberapa batang pokok cengkih di dalam kebun itu.

Selain itu Tokwan juga berniaga ayam. Beliau membawa ayam-ayamnya di dalam bakul besar yang diletak di atas basikal tuanya. Setakat Teluk Ensen (Teluk Anson/Intan) atau Hutan Melintang hatta ke Sekinchan santak ke Kuala Selangor, sudah menjadi biasa padanya, hanya dengan berbasikal!

Tokwan juga rajin menyertai kumpulan tabligh. Merata-rata tempat beliau jelajahi. Selain itu, di kampung beliau dilantik menjadi imam. Imam kecil. Demang masih ingat beliau bersama orang kampung berusaha mengutip derma bagi membesarkan surau di kampung tersebut. Sebelum meninggal dunia, beliau mewakafkan sebahagian daripada tanahnya untuk kebajikan surau tersebut. Tindakan sedemikian memang biasa dilakukan oleh orang kampung dulu-dulu.

Sekitar 1980an, Tokwan dan isteri (Tok) diizinkan Allah mengunjungi rumah-Nya (Baitullah) tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Semuanya dibiayai oleh salah seorang anak saudara mereka (anak kepada kakak Tokwan).

Itu bukan rasuah. Itulah rezeki namanya. Alhamdulillah.

Demang teringat kesah ini apabila timbul pertikaian tentang perbelanjaan Nik Aziz ke Mekah yang diakui beliau sebagai pembiayaan daripada pihak lain. Lantas Demang cuba membandingkan dengan situasi yang pernah dialami oleh datuk Demang sendiri.

Pada pendapat anda, adakah kes Tokwan Demang dengan kes MB Kelantan itu sama?

Bagi Demang ada perbezaan yang amat besar. Bukan kerana Nik Aziz ulama besar dan Tokwan Demang imam kecil tetapi yang membezakan mereka ialah KUASA!

Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan. Beliau memegang kuasa yang amat besar di Kelantan. Nik Aziz patut sedar tentang itu dan tidak boleh wewenang menerima budi orang.

Lebih bahaya lagi apabila beliau mengakui bahawa perbelanjaan tersebut dan perbelanjaan ke Mekah sebelum ini diuruskan orang bawahannya. Implikasinya, bukan sahaja Nik Aziz yang termakan budi bahkan orang kepercayaannya juga.

Adakah Nik Aziz tidak sedar bahawa rasuah hadir seiring dengan kuasa? Itu sebabnya dalam kes Tokwan Demang tidak ada unsur rasuah di situ kerana Tokwan Demang tiada kuasa. Sebaliknya Nik Aziz selaku Menteri Besar mempunyai kuasa cukup besar di Kelantan.

Mesej daripada isu ini ialah apabila berkuasa maka akan hadirlah rasuah dan rasuah boleh singgah pada sesiapa sahaja hatta seorang ’tok guru’. Rasuah tetap rasuah walaupun kita tidak menganggapnya begitu.

Wallahu’alam.

(Istilah Tokwan memang asing di Selangor. Gelaran tersebut timbul kerana Demang lahir di Kedah. Padahal Tokwan ini memang anak jati Selangor: lahir hingga meninggal dunia pun di Selangor. Kebanyakan sepupu Demang menggelarnya Atuk sebagaimana lazim orang tempatan manakala sepupu Demang yang berdarah Jawa menggelarnya Embah. Beliau adalah ayah kepada ibu Demang. Al Fatihah untuk beliau dan isteri beliau, Tok).

foto sekadar hiasan:
indonesia lombo...el jpg worldwide-hotel-reservation.com

5 comments:

Arif Omar said...

UPIN DAN IPIN DAH CAKAP : BETUL, BETUL, BETUL.

KALAU LAH PM YANG BERADA DI KEDUDUKAN TGNA , MAMPUS LE DIA ORANG HENTAKNYA.

KES ATLANTUYA YANG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL PUN SEPARUH NYAWA DIHENTAKNYA KEPADA PM. INILAH WAJAH SEBENAR PAS. BUKAN WAJAH NIK AZIZ SAHAJA. WAJAH PAS

YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju sangat dengan komen ArifOmar.......

Ribut taufanlah akan di bawa Mahfuz, Sallehuddin, Nasaruddin Tantawi kalau isu ini kena kat PM......

Pendeknya Harakah akan letak berita muka depan berbulan-bulan jawabnya..... kena batang hidung sendiri padan dengan muka,,,,

Gaya peneroka said...

Saya ini ahli pas seumur hidup "dulu kini dan selamanya"

Terima kasih kerana buat artikal dengan bahasa yang sempurna dan beradat sebagai orang melayu islam.

Saya rasa tokwan saudara saya kenal kerana kg tokwan adalah kg saya.

Artikal saudara ada betulnya juga...

Unknown said...

Salam Demang.

Tidak kira siapa, Demang mungkin masih lagi merupakan penjawat awam dan begitu juga saya. Tidak kiralah dari bawah ke atas kita ada kuasa tertentu dan orang ramai ada kepentingan terhadap kita.

Mana-mana pemberian hatta hamper sekali pun kita tidak dibenarkan terima sebab paling kurang akan mendatangkan fitnah.

TGNA adalah menteri besar yang punya kuasa juga besar. Katakanlah beliau menerima satu hadiah atau pemberian walau ikhlas akan tetap mendatangkan fitnah. Namun begitu niat di hati seseorang siapa yang tahu selain Allah.

Saya rasakan yang TGNA adalah jenis lurus bendul yang sepatutnya sifat ini tidak ada pada seorang Ahli Politik.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

WALAUAPA pun yang dilakukan oleh Tuan Guru mesti ramai yang akan mencari 'justification' terhadap apa yang dia lakukan.

Betul kata Arif Omar, bayangkan kalau ini MB UMNO, lain yang 'terlurus bendul'..habislah...semua hukum hakam akan keluar..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)