Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, November 3, 2009

3 isu BESAR



Nampaknya ada tiga isu yang dibincangkan oleh blog-blog utama 1-2 hari ini. Pertama, isu tangkapan demi tangkapan oleh SPRM terhadap pemimpin politik. Kedua, isu penahanan Dr MAZA iaitu bekas mufti Perlis, dan ketiga isu penangguhan (untuk kesekian kalinya) perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.

Apabila melihat pemimpin pembangkang ditangkap kerana penyelewengan kuasa, maka mudahlah kita membuat tanggapan bahawa memang nasib pembangkang begitu. Namun apabila melihat pemimpin UMNO juga ditangkap atas kes yang hampir sama, apa pula tanggapan kita?

Yang nyata, kesemua mereka (enam orang dan enam kes berasingan) akan dihadapkan ke mahkamah, dibicarakan, dan dibuat keputusan samada bersalah atau tidak. Nampaknya setakat ini belum ada seorangpun yang mendakwa semua ini hanyalah satu konspirasi politik bagi menghancurkan karier mereka.

Rumusan bagi isu pertama ialah pihak berkuasa tidak melindungi sesiapa.

Dalam isu kedua, Dr Maza adalah bekas mufti yang dikatakan berfahaman Wahabi. Beliau dikatakan ’orang UMNO’ kerana banyak kali menegur tindakan pemimpin PAS yang dirasanya tidak betul. Sebelum itu beliau beberapa kali ’dilamar’ PAS agar menyertai mereka. Dalam politik, kedudukan Dr Maza dengan Dato Harussani hampir sama. Pendapat mereka akan digunapakai jika sesuai dengan citarasa parti-parti tertentu. Jika bercanggah, mereka akan dihentam. Kebetulan beliau ditahan di negeri yang dikuasai pembangkang.

Rumusan bagi isu kedua ialah pihak berkuasa tidak melindungi sesiapa.

Bagaimana dengan isu ketiga? Nampaknya Anwar Ibrahim berjaya meminta mahkamah menangguhkan lagi perbicaraan kesnya walaupun pihak yang bertentangan sudah lama bersedia dan beberapa kali mendesak agar tertuduh dibicarakan segera.

Masih relevankah rumusan isu pertama dan rumusan isu kedua digunapakai untuk isu ketiga? Atau, dalam isu ketiga ada pengecualian sebab tertuduh adalah bekas TPM dan kini Ketua Pembangkang? Adakah kerajaan terpaksa beralah dengan tertuduh kerana bimbang para penyokong beliau akan memberontak?


foto sekadar hiasan:
issue1 pg11 jpg neshq.com

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Apa khabar sekarang?

Saya pun tak faham mengapa mahkamah tangguh lagi kes Saiful - Anwar ni. Dah banyak kali. Bila agaknya kes ini akan selesai? Mana Keadilan yang sebenarnya?

C L J said...

Ada lagi satu lagi isu yang sedang hangat; iaitu kes jk desiplin pas dengan pimpinan pas selangor. Tetapi semuanya reda daripada pembicaraan orang ramai dengan penangkapan tanpa ada pendakwaan Dr MAZA. Malahan kes ini bertambah2 lagi dengan penglibatan macam2 pihak. Hamba dok baca macam2 dicelah2 lipatan.

PENANGGOHAN KES ANUAR TU ORANG TAK SEDAR PUN.

Kes perpecahan PKR orang dah berhenti bercakap dah.

Hamba jadi tak mengerti kini.

amieiezam said...

salam

kalau dah keadilan ciptaan dunia mcm tuh lah...

saya merujuk kata2 saiful.. mahkamah tak 100% salah sebab menjadi hak tertuduh utk menangguh kes dek kerana banyak peruntukkan yang membenarkan tapi makan balik la apa yang diludah

menangguh keadilan maka menangguh kebenaran.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)