Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 22, 2009

Signal Hj Hadi



Mujur.
Sedang Demang mengekori sebuah kereta pagi tadi tak semena-mena kereta itu membelok ke kiri.

Mujurlah Demang sempat menekan brek dan mujur jugalah tiada kereta dari arah depan. Yang lebih mujur lagi ialah tiada kereta di belakang Demang. Jika tidak, mahu kena sondol belakang Demang. Maksud Demang, belakang kereta lah.

Kepada pemandu kereta tersebut Demang nasihatkan lain kali jika nak membelok, berilah isyarat terlebih dahulu. Orang di belakang bukanlah wali yang kasyaf dan boleh tembus ke hati sanubari anda. Beritahu mereka apa yang anda hendak lakukan supaya mereka bersedia.

Maklumlah, kendatipun anda seorang presiden, pemimpin lain perlu tahu tujuan anda. Tambah-tambah jika beliau orang tua. Mentelahan pula beliau bukan calang-calang orang: Dato' Seri, Tuan Guru, dan yang lebih penting Mursyidul Am.

Demangpun tak faham sangat maksud Mursyidul Am tu. Tapi yang penting, jawatan tu mestilah hebat dan bermakna. Masa Demang isi borang PAS dulu, lupa nak tanya maksud mursyidul am tu.

Demang bawa cerita ini kerana Demang dengar salah satu punca Nik Aziz tak puashati ialah kerana rundingan kerajaan perpaduan ini dibuat tanpa pengetahuan beliau yakni ketika Paklah menjadi PM dulu.

Jika anda tidak pernah memegang jawatan setinggi mursyidul am, janganlah nak sindir Nik Aziz. Anda tidak tahu perasaan pemimpin yang diketepikan dan tidak diajak berunding.

Lain kali Hj Hadi kenalah berhati-hati. Walupun niatnya baik, cara atau kaedah kenalah baik juga.

(foto: ihatemycubicle.com) Thanks.

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Mak Cik dengar cadangan Perpaduan Melayu itu tidak menjadi.

Memang Mak Cik dah jangka, selagi yang sekor itu masih ada, memang tak akan damai Malaysia ini. PAS dan terhutang budi pada dia dan terpaksa tunduk apa sahaja cadangan dia agaknya.

Melayu Melayu...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)